Selasa, 11 Ogos 2015

Resepi : Kek Coklat Moist


السلام عليكم ورحمة الله






Kek Coklat Moist ni la gara2 jari zaza luka hihihi. Tapi bukan kek yg ini tau, kek yg ini jari masih lagi tengah berbalut huhu. Zaza dapat resepi ni dari blogger Namee Roslan. Bila pertama kali buat terus jatuh cinta rasa nak buat lagi muahaha. Bahan2 kek pun senang dan mudah. Gambar kek ini zaza buat time malam raya baru2 ni. Jom ! kita tengok resepi.

BAHAN-BAHAN KEK :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum (B)
  • 1 cawan gula perang (A)
  • 1 cawan serbk koko (A)
  • 1/2 cawan susu pekat manis (A)
  • 1 sb soda bikarbonat (B)
  • 1 sb baking powder (B)
  • 1 cawan minyak masak (A)
  • 3 biji telor (C)
  • 1 sb essence vanila (C) 

BAHAN-BAHAN TOPPING :
  • 1 sb butter
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis

PENYEDIAANNYA :

1. Masukkan 5 bahan bertanda (A) sekaligus ke dalam periuk atau kuali. Masak guna api perlahan. 
    Kacau biar sebati dan tutup api, ketepikan.

2. Kemudian, campurkan 3 bahan bertanda (B) ke dalam bekas lain. Tapi sebelum tu, korang ayak 
    terlebih dahulu untuk menggelakkan ketulan2.

3. Selepas itu, 2 bahan bertanda (C) di masukkan ke dalam bekas lain dan kacau hingga sebati.

4. Bila ke semua bahan tadi dah siap. Campurkan bahan (C) ke dalam bahan (A), kacau hingga sebati. 
    Dan selepas itu, masukkan pula bahan (B) dan gaul hingga sebati jugak.

5. Kukus dalam masa 1 jam 20 minit iaitu sehingga betul2 masak.

6. Untuk buat topping kek, memerlukan 3 bahan sahaja. Masak semua bahan sehingga sebati dan 
    bila dah siap masak, korang bolehlah salut atas kek yg dah siap tadi.

7. Akhir sekali tabur Meises Coklat.. siap !.


12 ulasan:

  1. Balasan
    1. sape suka mam kek coklat sedap ler hihihi.. zaza tukang buat je..

      Padam
  2. Salam perkenalan zazanizam..

    Wow kek tu looks moist! Mesti sedap..
    Bahan-bahan pun mudah, boleh plan buat hujung mggu nnti..

    Thanks for sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..salam kembali,
      ye bahan2 sgt la mudah.. lpas ni boleh je buat hehe..

      Padam
  3. wah, cantik betoi kejadian kek ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih ina.. aahh cntik je naik

      Padam
  4. kek coklat, sedapnya lahai.. nyum nyum..
    simple, kan.

    kek coklat mmg sedap di makan.tak jemu
    ciksu buat satu adunan dapat 3 bekas sbb kena bahagi maklum le pengukus kecik.hihi.tp tak letak topping pon.just potong masuk bekas je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg simple2 ja zaza suka buat hihihi..
      owhh camtu pun ok jgak kan ciksu.. byak tu smpi 3 bekas, zaza rajin buat je.. mkn org lain hehehe..sb tak suka sgt coklat.

      Padam