Jumaat, 23 April 2010

Sejenak..


السلام عليكم ورحمة الله


Nabi SAW bersabda:

"Aku diutus dengan agama yg dipegang teguh dan toleran". Kerana itu tidak ada kesusahan yg tidak dapat dilalui, tidak ada pemaksaan diri, tidak ada yg harus diada-adakan, tidak ada bebanan dan tidak ada sikap yg berlebih-lebihan yg ada dalam agama ini adalah fitrah, sunnah, kemudahan dan kebersahajaan. 


"Pilihan yg baik bagi seorg hamba adalah apa yg Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya dan Allah lebih mengasihi hambaNya daripada ibu yg melahirkannya kerana itu seorg hamba harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepadaNya dan menvukupkan diri dengan kecukupan yg diberikan Tuhan kepadanya".


"Maafkanlah org yg menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturahim dengan org yg memutuskannya dengan anda. Berilah kepada org yg tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap org yg berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semu ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan".





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.