Assalamualaikum..
Salam ukhwah.. salam jumaat yg indah.. alhamdulillah kita masih lgi diberi kesempatan menghirup udara yg segar hari ini. Esok dah cuti sampai ler selasa kan.. so, zaza ambik kesempatan nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam pada hari Ahad 5hb Feb 2012.
"Rasul adalah pemimpin umat islam yg tiada tolak tandingnya. Marilah kita berpegang kepada Sunnah & ajarannya."
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada Isini (Dari hadith riwayat, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dgn 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yg diutus oleh ALLAH s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yg dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dgn mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yg akan dikurniakan oleh AlLLAH s.w.t. kpd mereka yg dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan org yg memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar utk melakukan sesuatu yg baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kpd kita bahawa pembalasan ALLAH s.w.t. akan memberi pembalasan yg tiada terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah ALLAH s.w.t. akan memberi pembalasan yg tiada ternilai. Seseorang yg beriman, kuat bersabar kpd ALLAH, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kpd ALLAH dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang ALLAH s.w.t.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh org yg mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau org yg tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Pengertian Maulidur Rasul Muhammad s.a.w ... Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.