Rabu, 1 Februari 2012

Bersih asas cantik

Assalamualaikum..

REMAJA perempuan sering menganggap amalan mencuci muka dgn pembersih muka sbg satu rutin wajib utk mendapatkan kulit yg bersih serta bebas dari jerawat dan cela.

Bukan itu sahaja, penjagaan kulit remaja ini disusuli dgn penggunaan losen  pelembap menyebabkan kulit lebih lembut dan gebu.

Penampilan tambahan menarik dgn seikit solekan selain berupaya menambah keyakinan diri.

Remaja yg mengabaikan kebersihan diri hanya akan mengundang pemasalahan lain seperti  jerawat, kulit  kering  dan macam2 lagi.

Malah  di peringkat usia  remaja. hormon badan lebih aktif  dan perpeluhan berlaku dgn banyak. Sekiranya kebersihan diri diabaikan pasti menimbulkan bauan yg kurang menyenangkan.

Tidak dinafikan gaya hidup remaja yg aktif seperti  bersukan, keluar bersama rakan2 menyebabkan masa yg ada begitu suntuk utk penjagaan  diri. Bagaimanapun sekiranya pandai membahagikan masa, semuanya boleh diaturkan. Paling penting bagi setiap remaja itu mendisiplinkan diri serta mengutamakan kebersihan sebagai agenda utama setiap hari.

Justeru gologan remaja disarankan supaya mengamalkan amalan mandi, gosok gigi, cuci muka, syampu rambut sebagai rutin harian. Sekurang 2nya  dua kali sehari.

Kulit  yg bersih melambangkan  imej serta  personaliti seseorang. 

Mereka tidak perlu menyusahkan diri pergi ke salon atau spa yg  menuntut perbelanjaan yg tinggi.

Dengan status yg di sandang sebagai  remaja, apa salahnya meminta ibu atau bapa  utk membeli pembersih muka, mandian, losen utk penjagaan kebersihan serta kecantikan diri.

  • Pastikan anda mempunyai sekurang2nya pemberish muka yg sesuai dgn kulit anda.
  • Gunakan losen atau  pelembap utk memelihara kulit.
  •  Berus gigi setiap pagi dan sebelum tidur mengelakkan plak dan bakteria.    
  •  Jangan ulang pakain lebih dari sekali, termasuk pakaian dalam utk kebersihan.
  •  Lap seluruh badan terutama kaki dgn kering selepas mandi utk elak masalah kaki berbau.
                     
Jom kita pakat jaga kebersihan diri ye kawan2..:)) jgn ambil mudah..

 nOte : info diambil dari Utusan Malaysia & gambar dari cik google.


2 ulasan:

  1. mcm pakar perunding kecantikan.. hehe.. :)
    tq for sharing..kebersihan mmg aspek utama kat diri cma ni..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.