Rabu, 15 Oktober 2014

Hati aku tersangat MERINDUIMU..


السلام عليكم ورحمة الله

Tetiba malam ni teringat pulak dekat bff time skoll dulu..
Sejujurnya jauh dasar hati aku tersangat MERINDUIMU sahabat..
Kau sentiasa ada saat aku memerlukanmu. aku pulak? aku tak tau samada aku masih lagi berfungsi dgn baik dalam hidupmu. [cewahh ayat tak boleh blahh mcm meminta simpati je kan kan!.] :p



Kau menjadi tempat untuk aku mengadu susah senang, menjadi teman yg sering menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan.. maafkan aku teman, jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini dgn izinNya. Tetapi kita terpisah jauh hujung KL dan Kemaman hehehe..

Masih kau ingat?
Sejak zaman persekolahan lagi memang aku lebih rapat dgn dirimu berbanding yg lain. Suka duka kita lalui bersama. Aku rindukan detik2 itu.. semuanya sentiasa diingatanku.. [yg paling best time kelas malam kita sama2 naik basikal lalui satu kawasan yg gelap tanpa lampu jalan hanya diterangi lampu suluh yg malap.. tetiba time tu jugak la rantai basikal aku tercabut.. grrrrrrr!! nak tak nak aku terpaksa berhenti utk membaiki dan kau masih setia menolong aku.. oh so sweet hehe..]

Namun,
Kini kau sudah berkeluarga ada suami dan anak2.. aku tumpang gembira kerana hidup kamu sangat bahagia kawan. Kau sibuk dgn urusan tak terkecuali dgn aku yg masih lagi 'honeymoon' bersama suami tercinta hehe..
[doakan utk aku dan suami agar dikurniakan juga anak2..]



Sering kali jika aku balik ke kg halaman, hati melonjak utk berjumpa dgnmu.. itu pun jikalau ada jodoh masa yg sesuai erti kata.. hari kau betul2 free. Bila dah dapat jumpa hati ini terasa gembira yg teramat walaupun sekejap je kita bersama. Apa yg ingin aku katakan padamu mungkin kedengaran seperti sudah basi.. namun kata2 ini adalah sesuatu yg lahir dari hati.. aku amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik dirimu. Terima kasih utk segala kebaikan yg telah kau beri padaku.

Aku doakan yg terbaik untukmu teman. Semoga kita sama2 berjaya dlm perkara yg diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. Sekali lagi maaf ku pohon darimu atas segala kesilapan dan keterlanjuran diriku semasa kita berkawan. Satu perkara yg aku harus tahu.. aku sangat menyayangi dirimu kerana bagiku engkaulah anugerah terindah yg diberi Allah padaku.



nOte : nak sangat lepak2 sampai ke pagi hehe


2 ulasan: