Jumaat, 24 Oktober 2014

Sebaliknya mengadulah pada Allah SWT


السلام عليكم ورحمة الله


Salam Jumaat barakah ! 
Doaku semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dimudahkan segala urusan utk akhirat, disayangi penduduk bumi dan langit, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman dan faqih dalam agama. Aamiin.


sumber google

 Jika kita tidak suka dengan perangai pasangan.. 
tidak berpuas hati dengan perbuatan pasangan..
atau pasangan kita ada kekurangan..
jangan mengadu pada manusia.. 

jangan komplen di laman sosial tak kira la fb, twitter, instagram, wechat dan sebagainya.. 
Sebaliknya mengadulah pada Allah SWT kerana Dia yang telah menetapkan jodoh kita.. 
yang telah mengurniakan pasangan kita sebagai teman ke syurga.. 
kunci ada di tangan Allah Yang Maha Mengetahui.. 
In Shaa Allah yg buruk akan jadi baik. :)

Zaza tersentuh dengan kata diatas yg telah di kongsi oleh seorg teman.. kata2 itu diambil dari inspirasi #semaniskurma. Zaza setuju sangat2 apa yg dikongsi. Semoga apa yg terjadi pada kita jangan sekali2 hebohkan pada manusia.. kekadang tu bukan sahaja mengaibkan diri sendiri malah akan dapat dosa kering je. Ramai sangat antara kita ni yg terlalu mengikut perasaan marah.. Anggaplah itu semua ujian dariNya.
In Shaa Allah, berkat kesabaran tinggi ganjarannya nanti :)

"siapa pun suami kita kurus ke dia, buruk ke dia, hitam metalic ke dia, selagi dia suami kita, isteri mesti hormat pada dia. Hormat dalam 2 aspek, yg pertama hormat dari segi perbuatan dan kedua hormat dari segi perkataan"
- Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz -

 nOte : Sempena hari AWAL MUHARAM esok [1 Muharam 1436], zaza ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, tersilap bicara, menyentuh perasaan semua dari segi aspek sepanjang tempoh melayari blog ini.. jutaan maaf dipohon. Moga kita semua mendapat keRedhaan yg Maha Esa, diberi petunjuk. Aamiin.

1 ulasan:

  1. timm pun nk minta maaf klau2 ada terguris hati kat mna2 dlm dunia blog ni yer :)

    BalasPadam