Khamis, 2 Disember 2010

Mak Dan Ayah Nak Tahu Tak?



السلام عليكم ورحمة الله


Mak dah Ayah nak tahu tak? dalam koma, adik lihat syurga itu sangat hebat. Hebat dari apa yg mak cakap. Adik dah tak boleh nak tunggu lagi.. sekarang juga adik nak pergi.
 
 
Mak dan Ayah nak tahu tak?  suatu malam datang malaikat, adik merayu2 adik dah tak larat. Tolong ambil nyawa adik cepat.. tapi kata 'nya' sabarlah dulu kerana apabila sampai waktu, Dia takkan pernah lewat.


Mak dan Ayah nak tahu tak? pagi tadi 'dia' datang lagi, masa hujan turun membasahi bumi. Dia datang dengan senyuman yg manis berserta kiasan. Tanda adik dah tak berkesempatan.


Mak dan Ayah nak tahu tak? bila adik dah tiada nanti, bolehlah mak dan ayah berehat lagi. Kerana adik selama ni sering membuat mak menangis tak henti2.


Mak dan Ayah nak tahu tak? bila mak dan ayah leka tak nampak, adik bisik kat 'dia' ambi lah sekarang kalau 'dia' nak. Adik taknak mak nanti ternampak2 wajah adik yg sedang menanggung azab.


Mak dan Ayah nak tahu tak? masa semua taks edar yg adik dah tiada, adik dah tak sakit, tak kejang dan tak derita. Alhamdulillah, adik sihat2 je.. dan dalam erat pelukan malaikat. Adik terus dibawa ke syurga.


Mak dan Ayah nak tahu tak? dari atas adik nampak mak menangis kehilangan. Adik nampak ayah menangis ketakutan dan adik nampak semua menanis keinsafan.


Mak dan Ayah nak tahu tak? adik nampak muka mak pucat, adik nampak ayah peluk erat mak dalam malam yg pekat.


Mak dan Ayah nak tahu tak? tiada lah lagi duka nestapa.. lenyaplah segala sakit sengsara buat mak dan ayah. Teruskanlah kehidupan berdua seperti sediakala. 


Mak dan Ayah nak tahu tak? adik akan sentiasa memerhati setiap langkah mak dan ayah. Dan semua saudara sedarah ku nanti kerumah kita. Disyurga nanti.


Mak dan Ayah nak tahu tak? benda ni adik tak sempat nak cakap, tapi adik malu nak cakap.. sssshhh adik amat sayang pada mak dan ayah.

ehsan google

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan