Rabu, 16 Disember 2015

Manja Dalam Kenangan


السلام عليكم ورحمة الله




15 Disember 2015, manja sudah tiada disisiku. Perasaan sedih tak tergambar aku nak ucapkan. Walaupun sempat 4 bulan menjaganya, manja tetap bijak serta pandai.. dan yg paling best terlalu 'manja'.

pagi sebelum manja mandi.. termenung jauh.. kebiasaan manja akan lepak atas atap beranda.

Sehari sebelum manja pergi, manja asyik tidur je, makan tak lalu. Langsung aku tak ambik port disitu. Fikiranku, maybe manja keletihan. Pagi sebelum mandi, manja asyik termenung!. Lepas mandi terus masuk bilik. Tengahari tu manja ada muntah.. keluar air je sebab dia langsung tak sentuh makan. Aku masih biarkan!. Aku ambik peluk manja, tanya kenapa muntah ?. Manja dengan mata tak berkedip tengok aku. Lepas tu manja sambung lepak.. tapi tak tidur.

manja sesudah mandi dalam keadaan sejuk..

Petangnya tergerak hati aku pergi seven-e beli makanan pek untuk manja. Aku bawak manja sekali. Then lepak kat taman bersama2 manja. Bukan takde makanan untuk manja, tapi manja langsung tak sentuh makanan. Gembira bila tengok manja makan. Time nak Maghrib, terus balik rumah. Sebelum tu, aku bagi manja makan antibiotik. Macam biasa, manja terus masuk bilik lepak atas katil. Manja dah tak seceria sebelum ni. Aku kesian, bila masuk tengok manja asyik terbaring tidur je. Aku ambik dan main2 dengan manja. Manja langsung takde nak bagi feedback. Tapi aku langsung tak terfikir lagi !.

manja lena tidur..

Malamnya, manja keluar bilik sebab selalu manja akan tidur luar. Aku rasa tak sampai hati, aku ambik manja dan letak atas dada.. terus je manja lentok tidur. Ya ALLAH, aku langsung tak tahu lagi. Jam 4 pagi manja terkejut dari tidur, seolah2 memanggil aku. Fikiran aku, manja mesti nak makan, berak or kencing. Aku lepaskan manja. So aku sambung tidur. Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi plastik. Sangkaan ku, maybe manja masuk dalam almari. So aku biarkan. Tak sampai 5 minit, aku terdengar bunyi barang2 jatuh!.. sekali dengan suara manja.

time ni manja teman tengok bola..

Terus bangun bukak lampu. Ya ALLAH, apakah ini ?. Aku tengok manja dah terbaring. Aku tak tau nak buat apa dengan haiwan yg sekecik itu. Aku ambik dan peluk manja. Manja dah tak larat time tu. Aku nangis.. aku gosok badan manja. Manja seperti kena strok !. Manja marah bila aku pegang kepala dia. Badan manja langsung lemah. Keluar air liur serta keluar tahi. Cuma masih lagi bernyawa. Mata manja setiasa terbuka luas melihat aku. Masa tu jam 7 pagi.. so ada lagi 2 jam aku nak bawak manja ke klinik. Bartabahlah wahai sayang.. aku usap2 manja. Aku bagi manja air.

manja sangat ringan time ni..lemah atas ribaku..

Tepat jam 8 pagi, manja dah diam kaku. Ya ALLAH, ujian apakah ini. Tak sempat aku nak bawak manja ke klinik. Sedihnya aku.. terus menangis. Betapa sayangnya aku dekat manja. Tak sempat suami aku nak balik main dengan manja. ALLAH lebih menyayangimu.


nOte : dalam aku menaip entri khas untuk manja, tanpa ku sedar air mata membasahi pipi seperti ujan diluar. Patut la ALLAH tergerak hati aku untuk tidur bersama manja.. rupanya manja akan tinggalkan aku buat selamanya.

sebelum ni kehilangan manja..  



 

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. tu la nani, kzaza pun tak tau apa sebb..skjap sngt dia sakit mcmtu n terus pergi huhu..

      Padam
  2. in shaa Allah zaza., pasti ada penggantinya. redha k..
    ciksu paham perasaan zaza.
    sama mcm mak ciksu di kg mak ada bela kucing cacat tau, masa tu ada org ckp dgn mak, bela la, mana tau ada hikmah.
    mak bela. lama juga. sblm arwah adik ciksu mninggal thn 2012, dia dh ada dgn kami dik kg.
    masa ciksu call mak gtau dh mngdung, mak happy sgt. tp masa ciksu dlm pantang, mak mai kl,jaga ciksu. adik bongsu call, kucing tu dh meninggal.
    mak menangis, masa ni bru la mak citer kenapa dia bela kucing tu.. mak sedey sangat

    lagi satu, sblm jenazah arwah adik dibawa blk ke rumah, byk hri juga kucing tu x balik tup2 lps semua selesai dia balik. seolah dia tahu.
    sbb arwah dgn adik bongsuu rapat dgn kucing tu. dia suka dtg manja2 bila nk tidur..

    tabahhkan hati tau.jgn sedey2.. pasti Allah nakbg yang lebih baik nanti. mana tahu, kan ! hadiah ulangtahun perkahwinan zaza nanti.. aammiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa ALLAH ciksu.. mekasih bgi semangat dekat zaza. memang sedih bila manja sekelip mata takde. betul tu ! maybe ada hikmah disebalik apa yg terjadi.

      #Al-Fatihah utk arwah adik ciksu. semoga tenang disana. Aamiin.

      Padam
  3. Tiba2 bergenang airmata baca kisah mnja akk ni.
    Sbb dulu ada kucing kita. Bbrpa ekor sakit mmng kita kna rawat. Ada ank kucing, tu umur 2bln. Mati atas riba kita. Ya Allah. Mmng xsnggup nk bela kucing bila dduk gemas ni. Sbb tkut klau jd pape, msti sedih sngt2..

    BalasPadam