السلام عليكم ورحمة الله
Seorg budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yg diusahakan oleh ibunya. Menjelang tenghari, dia sudah berasa lapar.. namun, tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
"Kakak, saya nak segelas air kosong boleh ?"
sumber google |
Direnungkan wajah budak yg kelihatan lesu dan sayu itu. "Tunggu sebentar ye" seketika kemudian.. wanita itu keluar dengan segelas susu ditangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah. "Berapa ye saya berhutang dengan kakak ?" katanya sambil meyeluk saku poketnya. "Tak perlu bayar". "Tetapi, saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar.. jangan ambil apa2 daripada org lain tanpa bayaran". "Kalau begitu, bayarlah dengan ucapan ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH". "Okey, ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH kakak.."
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata2 kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu.. kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yg serius. Dia telah dirawat di sebuah Hospital di bandar tersebut dengan dibawah pengawasan oleh seorg doktor pakar. Rupa2nya, doktor pakar yg merawat wanita itu adalah budak lelaki yg pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu walaupun dia sudah berusia. Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Diatas bil itu tertulis..
"Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima Kasih". Dr. Muhammad.
Moral of The Story,
Walaupun kecil bantuan yg dihulurkan, namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH swt sering ada dimana2 dalam pelbagai bentuk dan kadang2 disampaikan melalui perantaraan org yg berada berdekatan dengan kita.
Renungkanlah Firma ALLAH swt yg bermaksug, "Berbuat baiklah kepada hamba ALLAH seperti mana ALLAH berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatNya yg melimpah2. Surah Al-Qasas : Ayat 77.
Renungkanlah Firma ALLAH swt yg bermaksud, "Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik2 antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat daripada ALLAH". Surah Al-Hujrat : Ayat 10.
Renungkanlah sabda RASULULLAH saw, "Perumpamaan org2 mukmin dalam hal kecintaan, kasih sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut, maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia [tidak boleh tidur] dan demam [panas dingin]". Hadis Riwayat Muslim.
nOte : sumber fb.. sharing is caring !
alhamdulillah...perkongsian yg menarik..tq for sharing
BalasPadam