1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari saja je lagi. Di kesempatan ni, apa kata kita lihat semula apakah bulan2 yg ada dalam kalender Islam. Selain tu, kita lihat jugak perkara yg menarik di sebalik setiap bulan.
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 belas bulan dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya, 2 bulan haram [Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab]. Itulah ketetapan agama yg lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yg 4 itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah, bahawasannya Allah beserta org2 yg bertaqwa. [Surah Al-Taubah :36].
12 bulan yg disebut oleh Allah didalan ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yg telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Ssiddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata :
Ketahuilah bahawa masa berputar, seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi setahun ada 12 bulan antaranya 4 bulan haram dan 3 daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yg terletak antara Jumada dan Syaaban. [Hadis riwayat Imam Aham].
Bulan dalan bahasa Arab disebut 'Al-Syahru' bermaksud bulan yg merujuk kepada bulan2 yg terdapat dalam Islam yg dipanggil bulan2 Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yg pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama2 bulan Arab telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut:-
MUHARRAM
Ertinya diharamkan.
Bulan ini merupakan bulan yg termasuk dalam senarai bulan2 yg diharamkan berperang.
SAFAR
Ertinya kosong.
Merupakan bulan kedua dalam bulan Islam.
Penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
RABIULAWAL DAN RABIULAKHIR
Ertinya musim bunga.
Iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.
Merupakan bulan Islan yg ketiga dan keempat.
JUMADILAWAL DAN JUMADILAKHIR
Merupakan bulan kelima dan keenam.
Perkataan Jumada bermaksud kemarau, dimana bulan ini merupakan musim kemarau yg bermula pada bulan Jumadilawal dan berakhir pada Jumadilakhir.
REJAB
Bulan ketujuh bermaksud mengagungkan dan membesarkan.
Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan org Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya.
Bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'abah dibuka.
SYAABAN
Bererti berselerak/pecahan yg banyak.
Pada zaman Arab sebelum Islam, mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung ketika bulan Rejab. Bulan ini juga mereka keluar beramai2 menari air dan makanan.
RAMADHAN
Merupakan bulan kesembilan dalam kalender Islam.
Bererti terik atau terbakar.
Bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di semenanjung Ara. Setelah Islam menapak, bulan ni merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
SYAWAL
Dinamakan sempena dengan musim, dimana unta kekurangan susu pada waktu itu.
Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yg bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadhan. Pada awal bulan Syawal, kaum muslim merayakan hari raya aidilfitri atau perayaan yg menandai kemenangan melawan hawa nafsu.
Merupakan bulan kesepuluh dalam kalender hijrah.
ZULKAEDAH
Merupakan bulan kesebelas.
Merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan2 haram berprang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa'ada' yakni duduk.
ZULHIJJAH
Bulan kedua belas terkahir Hijrah.
Di sebut Zulhijjah [Ar. Zu Al-Hijjah] yg bererti 'yg empunya haji'.
Pada zaman sebelum kedatangan Islan, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah [Ka'abah]. Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijjah yakni pada tanggal 8, 9 da 10 Zulhijjah.