Sabtu, 28 Ogos 2010

Berbuka Puasa di BBQ Land bersama GX77


السلام عليكم ورحمة الله


SPetang baru dapat update blog ni haah.. Saje nak kongsi pasal berbuka puasa bersama group GX77 di BBQ Land, Sungai Plong. Kami pergi 21hb Ogos 2010 setelah semuanya bersetuju. Best bila dapat kumpul ramai2 dan satu lagi dapat kenal isteri masing2. Diaorg pun semua sporting habis. GX77 ni sebenarnya geng2 bekas pengakap Sek. Men. Keb. Taman Medan, Petaling Jaya. Walaupun diorg dah habis belajar still ke hari ni diaorg berhubung antara satu sama lain. Betapa akrabnya diaorg kan!.  


Makanan kat sini semuanya nampak best fresh gitu. Air pun bermacam2 jenis ada. Tempat makan pun okey startegik ala2 kampung gitu. Parking kete pun luas kat dalam pagar.. nak park kat luar pun boleh. Dan yg pasti harga berpatutan untuk semua.








Isnin, 16 Ogos 2010

Berbuka Puasa di Flaming Steamboat


السلام عليكم ورحمة الله


Salam Ramadhan buat semua.. sedar tak sedar, dah pun masuk hari ke6 kita berpuasa alhamdulillah. Tapi aku baru je dapat berbuka sama2 dgn suami seronok sangat. 


Kami berbuka kat luar konon nak makan steamboat so pergilah kami ke 'Flaming Steamboat, Sunway. No.. no.. bukan ber2 je sekali dengan kawan suami masing2 bawak adik. Puas hati sangat sampai kenyang tak lalu nak bangun. Macam nak sandar je hehe.













 


  
     




Selasa, 3 Ogos 2010

Hari lewat semalaysia la konon kan..


السلام عليكم ورحمة الله


Petang baru sibuk nak update hihi.. sorry! pagi terlalu bz dengan kerja2 yg berlambak atas meja. Perasan tak, tajuk macam  gempak la konon kan?.  Kisahnya jam 7 pagi aku dah keluar rumah untuk menggelak dari jem bagai kan, biasa suami hantar tapi terpaksa servey diri suami outsation la pulak. Macam biasa aku menggunakan perkhidmatan awam tren kalau naik bas mesti sesak kat jalan raya hehe. Tunggu la aku bersama2 org lain yg ingin ke tempat kerja. Dari redup je cuaca sehinggalah matahari terpancar betul2 atas kepala tren masih jugak belum kelihatan huhuhu. Rupanya tren dibatalkan ada masalah hmmm pasrah okey! tak pe tunggu lagi. Dan akhirnya sampai la lebih kurang jam 7.30 pagi camgitu.. memang parah la kan, tin sardin pun tak padat macam tu sekali muahahaha. 


Syukur sangat 'koc wanita' disediakan bagi perempuan sahaja. So, takdelah nak himpit bagai dengan org lelaki. Dah sampai ke destinasi kedua aku terminal subang jaya.. aku naik pulak bas mini ataupun rapid. Kalau ada bas terus naik dikira satu bonus untuk aku tapi sebaliknya? aku terpksa pulak tunggu bas uwaaa sedih jam dah 9 pagi macam mane? waktu masuk pejabat dah tu.. apa boleh buat kan, aku terpaksa say sorry dekat bos nanti kalau dia masuk awal dari aku. Akhirnya sampai opis jam 9.45 pagi hampir jam 10 pagi. 

[sumber gambar google]