السلام عليكم ورحمة الله
Entry kali ni zaza nak kongsi dengan korang semua tentang 'apa itu fb'. Ramai yg suka menggunakan laman web sosial seperti 'myspace, friendster, tagged dan fb' untuk mencari ramai kwan serta kawan2 lama yg sekian terpisah. Zaza sendiri pun ada fb hihihi.
Tapi kadang2, ada juga mereka yg berkarya dan tidak kurang juga menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah pemiran masing2.. yg penting, ianya PERCUMA dan makin berduyun2 la pengguna internit akan berusaha untuk mendapatkan 1 akaun bagi diri masing2.. betul tak?
Sebenarnya, ada sebahagian 'dark side' yg tidak di ketahui oleh berjuta2 pengguna internit di dunia mengenai fb. Jika ada antara korang semua yg meletakkan butir2 peribadi sebenar.. maknanya, tiada apa yg boleh dilakukan. Sedarkah kita sapa sebenarnya yg ada di belakang fb? dan sedarkah kita data2 tersebut telah pun di simpan oleh pihak CIA?.
Mereka boleh mengakis kita dengan mudah sebab? 100% butir2 peribadi kita telah diberi dengan tepat. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab 'nanti kalau kawan lama cari senang sikit'.
Malang sekali, bukan itu yg berlaku.. Mengapa?
Kerana percaya atau tidak, ramai golongan pro yg meletakkan butir2 peribadi dengan tepat bagai nak rak dengan alasan mempunyai rakan2 kenalan seluruh dunia. Bukankah itu semua 'privacy' kita sendiri?.
Kita marah apabila org lain mengambil tahu hal kita, walhal kita tidak sedar bahawa kita telahpun 'memberikan' semuanya dalam fb. Renungkanlah wahai teman2 sekalian.
Fb best! Fb no.1 memang betul pun.