Ahad, 31 Oktober 2010

Jom Layan Ayat Power


السلام عليكم ورحمة الله


SEBELUM TIDUR
6 Minggu - Selamat tidur sayang, mimpi indah2 ye.. muaahh!!
6 Bulan - Tolong matikan lampu tu, silau lahh..
6 Tahun - Sana sikit boleh, tidur kalau tak mengepit tak boleh ker?
More than 10 year - Tidur asing2.. suami tidur depan tv.. isteri tidur dengan anak2 huhu..


PAKAI TANDAS
6 Minggu - Tak pe, U masuk ler dulu.. I tak kisah lambat..
6 Bulan - Masih lama lagi ke ni?
6 Tahun - Brug! [suara puntu digegar], kalau nak betapa! pergilah Gunung Ledang woii.


BALAS SMS
6 Minggu - Iye sayang.. jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan Murtabak kesukaan U ni.
6 Bulan - Trafik jam aahhh..
6 Tahun - Ok
16 Tahun - ...... [tak balas terus!] haha


DATING PROSES
6 Minggu - I Love U.. I Love U.. I Love U..
6 Bulan - Of course I Love U, sayang..
6 Tahun - Iyelah, kalau I tak cintakan U.. buat apa I nikah dengan U?
More than 10 years - Buang tabiat ke U ni? cakap mengarut.


PULANG KERJA
6 Minggu - Sayang, I dah balik nie..
6 Bulan - I'M back!!
6 Tahun - Masak pe hari ni?


HADIAH [Ulang Tahun]
6 Minggu - Sayang, I harap U suka cincin yg I beli untuk U nie.
6 Bulan - I beli lukisan.. nampak sesuai dengan suasana ruang rengah kan?
6 Tahun - Nie duit.. U beli sendirilah apa yg U nak.
More than 10 years - Dah tua2 pun nak beli hadiah ke? macam budak2 je..


TELEFON
6 Minggu - Baby, ada yg ingin berbual dengan U nie..
6 Bulan - Eh, you ada call?
6 Tahun - Woii.. telefon bunti tue, angkat la? 


MASAKAN
6 Minggu - Wah, tak sangka I, U ni pandai masak.. rasa sedap sangat!
6 Bulan - Kita makan apa malam ni?
6 Tahun - Haaah!! lauk ni lagi?
More than 10 years - Today balik lambat, I makan kat luar dengan kawan2.


MEMAAFKAN
6 Minggu - Sudahlah, tak apa benda dah pecah.. nanti kita beli yg baru erk.
6 Bulan - Hati2.. nanti jatuh pecah pulak!
6 Tahun - Org dah cakap berkali2 pun tak faham2!!


BAJU BARU
6 Minggu - Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian tu..
6 Bulan - La... beli baju baru lagi?
6 Tahun - Dah berapa ribu habis? asyik beli baju baru je..


MERANCANG HOLIDAY
6 Minggu : Macam mana kalau kita jalan2 ke Amerika atau tempat2 yg U nak honey?
6 Bulan - Kita ke Bukit Bintang je la ye.. senang sikit tak perlu nak flight.
6 Tahun - Jalan2? duduk rumah aje tak boleh ke? buang duit je la.


TV
6 Minggu - Baby, kita nak tengok citer apa erk malam ni?
6 Bulan - Sekejap eh, citer baguss ahh..
6 Tahun - Jangan tukar2 boleh tak?
More than 10 years : Takde kerje ke? asyik tengok tv je dari siang sampai la malam.


Sharing is caring.. tapi rasa2 semua tu macam betul je hehehe.


 






Jumaat, 29 Oktober 2010

Hari Jumaat yang Indah..


السلام عليكم ورحمة الله


Bersyukur kerana masih diberi hidayah dari Allah swt. Semoga terus mendapat hidayahMu.


ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR!


Daripada Umar berkata : Nabi SAW bersabda;
"Sesiapa yg membaca Surah Al-Khafi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat". [HR. Ibu Katsir]. 




Di penghulu segala hari.. marilah kita sama2 membaca Surah Al-Kahfi tiap2 kali Jumaat.







BACA
FAHAM
AMAL


Khamis, 28 Oktober 2010

Kartun Kegemaran 'Detective Conan'


السلام عليكم ورحمة الله


Pedulikan apa org nak ckp ye!! macam budak2 ke, macam apa2 la kehkeh.. yg penting 'detective conan' tetap dihati zaza. Walhal dah jadi isteri org cuma belum rezeki anak je lagi. Aura budak kecik ni tersangat menggamit perasaan buat peminat setia diseluruh dunia.. tak kira lah tua, muda or kanak2. Tapi yg pastinya kanak2 la yg memberikan komitmen terhadap kisah yg menarik ni. Dengan kebijaksanaan 'detective conan' cukup mengasyikkan dan meralitkan zaza.


ehsan google

meZaza suka layan citer ni sb banyak menunjukkan kisah persahabatan dan kesanggupan mengorbankan diri atau perasaan untuk menyelamatkan org yg disayangani serta apa jua keadaan sekeliling. Citer ni memang best giler!! walaupun wataknya kartun tetapi memberi kesan yg besar.


 


Rabu, 27 Oktober 2010

Aku dan Kamu..


السلام عليكم ورحمة الله


Cuaca mendung je arini.. bersemangat nak update blog hehe. Aku dan Kamu.. zaza berkawan rapat dengan Norlailie Alias, Rosmani Abd Razak, Che Wan Hasiah @ Nora Che Wan Hasan, Rahayu Bahanudin, Norahimah Mustafa dan Mastura Mohd Min. Kami rapat sejak zaman persekolahan lagi. Tapi masing2 dan punya family serta komitment sendiri kecuali Nora yg masing bujang sampai sekarang. Belum sampai jodoh lagi.. In Shaa Allah, semoga beliau akan bertemu dengan jejakan idaman hati.


Akrab sangat kami berenam.. mana2 gambar mesti muka kami je la hehe. 








Isnin, 25 Oktober 2010

Hati Seorang WANITA


السلام عليكم ورحمة الله


SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
 
 
CEREWET
Bukan bermaksud 'fussy' tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata2nya sekali sekala.
 
 
HALUS
Ibarat sehelai sutera.. cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik koyak. Walaupun seorg wanita memaafkan seseorg yg lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi penganjaran namun bukan berdendam. 
 
 
IKHLAS
Ikhlas seorg wanita tak perlu diragui.
 
 
KORBAN
Wanita sanggup berkrorban apa saja untuk seseorg yg amat disayangi termasuk family, anak2 dan suami. Wanita amat tabah.
 
 
PERHATIAN
Sentiasa memerhati keadaan sekeliling dalam diam. 


MANJA
Walaupun dia adalah seorg wanita yg pandai berdikari, naluri seorg wanita masih lagi tetap wanita. Suka bermanja hanya kepada insan yg bernama lelaki dan juga sesama kaum.


EGO
Wanita yg terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yg dicintai.


CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yg paling dalam dan tulus.



SEKS
Seks bukanlah segala2nya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yg banyak tidak tertumpu kepada satu sahaja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.



MOVIE [Cuti-Cuti Cinta]


السلام عليكم ورحمة الله


Pagi ni sempat jugak curi masa kat opis nak update blog hehe. Sepi sikit sebelum ni sb bz dengan kerja2 yg ada. Alhamdulillah so far, lega sikit. Baru2 ni suami ajak tengok wayang at Piramid. Pilihan kami berdua 'cuti-cuti cinta' perghhh! tak pernah2 suami nak layan citer melayu ni kehkeh.


sumber google


Patut la sakan beria suami pilih citer ni rupanya memang kelakar habis. Memang tak kering gusi kalau korang tengok. Kepada siapa yg nak tengok tu.. selamat menonton ye!.