Jumaat, 31 Disember 2010

Heppy New Year 2011, Friends!!


السلام عليكم ورحمة الله


Hari ni dah 31hb Disember, esok pulak 1hb Januari. So, sempena tahun baru.. zaza ingin mengucap "HAPPY NEW YEAR 2011" kepada kedua family serta teman seperjuangan. Semoga kita mempunyai azam baru di tahun baru dan akan cuba mencapainya".


Ha ha ha.. gaya over lebih pulak kan! macam kat oversea je padahal over the river pun tak hihihi. Pejam celik, sekejap je tahun berganti tahun huhuhu.. sedih ofkos la umur zaza meingkat satu anak tangga.


Memori 2010 kalau nak citer balik memang tak kan habis tak gitu?. Apa kata kita sematkan saja semua tu dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan kita dimasa akan datang.


Marilah kita ambil kesempatan yg ada dalam masa terdekat ni untuk berubah demi kebaikan dan kesejahteraan bersama demi kesaksamaan dan keadilan sejagat demi Malaysia yg lebih baik. In Shaa Allah. Ha ha ha.. ucapan dah macam PM kan kan!..


*
*
*
*
*
*
*
*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
LOADING..









ZAZA MINTA MAAF SEKIRANYA ADA BUAT SALAH BILA BW OR KOMEN YE!










SESIAPA YG ADA TERASA DENGAN ZAZA.. AMPUN BANYAK2!.. TAK NAK SIMPAN DALAM HATI K.

Khamis, 30 Disember 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Plus Cuti Umum


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat pagi!.. semoga pagi ni indah buat semua, seindah pelangi hihihi. Semalam, sempat la zaza tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Eh, bukan pergi stadium ye! muahahaha. Kami suami isteri layan kat kedai mamak je.. itupun kebetulan kami makan hehe.


Hero Harimau Malaya iaitu keeper Khairul Fahmi memang cemerlang kerana beliau banyak menyelamatkan pintu gol dari dibolos Indonesia.. dan Safee Sali pula penjaring terbanyak dengan 5 gol. Setelah Malaysia menang 3-0 di Bukit Jalil dan kalah di tempat Indonesia 1-2, Malaysia menjadi juara dengan agregat 4-2. Alhamdulillah.



Apa2 pun TAHNIAH kepada Malaysia. Zaza yg tak tahu sangat pasal bola pun terasa happy kemain lagi dan banggsa sangat2. Perdana Menteri Malaysia pun telah mengistiharkan hari Jumaat 31hb Disember 2-10, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.



nOte : gambar sumber dari google


Rabu, 29 Disember 2010

Rindu Serindu Rindunya


السلام عليكم ورحمة الله

sumber google



Hari ni kemain rajin pulak kite hehe. Mood zaza pulak tetiba rindu serindu rindunya huhu. Rindu dengan xopismate keje dulu.. dah ler berjauhan sekarang ni. Sabo2 pujuk hati yg lara. Zaza bersyukur sangat.. dengan adanya fb masa kini, dapat la zaza melepaskan rindu kat mereka semua. Tak kisah ler dia tak rindu zaza.. janji zaza ikhlas. Zaza nak always keep in touch. Kita banyak tahu pasal erti persahabatan. Masa tu ler susah senang bersama. 
 
zaza bersama nuru, kak noor, kak yah dan nona
zaza bersama nuru, aini, kak yah dan kak sha
sukeri, kak jue, kak chaz dan abg zizo
mctie, yaya, kak waheda dan kak chaz
syida, yaya, kak waheda dan kak chaz
zaza bersama ayu, murni dan suami
zaza bersama kak faridah
zaza bersama hujzah
zaza bersama masni



nOte : smoga korang semua berada dibawah lindunganNya. Aamiin




Berapa Pantas Anda Menaip?


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, mood hari ni lebih baik dari semalam hihihi. Zaza ada benda nak share dengan korang. Website ni menguji kepantasan kita menaip. Zaza owhhh, masih berada tahap bawah lagi huhu. Korang pun boleh try, mana la tau korang punya lagi bagus!.

sumber google

KAMU MENCAPAI 257 MARKAH, JADI KAMU BERADA DI POSISI 1580 DARI 27577 DALAM SENARAI KEDUDUKAN
KAMU MENAIP 331 ASKARA SEMINIT
KAMU MENDAPAT 51 PERKATAAN BETUK\L
KAMU MENDAPAT 0 PERKATAAN SALAH


TOTAL 51 PERKATAAN


Selasa, 28 Disember 2010

Bagi masa untuk jari jemari


السلام عليكم ورحمة الله


Tetiba mood nak tulis entri ke laut hahahaha.
Dah elok2 login lepas scroll bawah terus off balik hihihi.
Mood kita ni tak boleh dijangka sangat.. ada hari terlebih rajin dan ada hari malas semalasnya.
Nak kata idea tak datang kemain berlegar2 dalam benak kepala otak ni hehe.
Saje je kan.. okey la kita bagi masa untuk jari jemari ni relaks lama sikit kehkeh.




Isnin, 27 Disember 2010

Part 2 [Surprise Anniversary]


السلام عليكم ورحمة الله


Entri ni khas untuk suami tersayang.

MENGAPA?
Ini semua gara2 zaza telah membuat kejutan khas teristimewa untuk dia. Suami pulak mengikut je kemahuan zaza meminta dia menemani berjumpa dengan 'seseorg' selepas waktu kerja.


TARIKH : 16Hb Disember 
JAM : 6.30 Petang
Kenyataab rasmi, muka suami macam 'blurr' siapakah gerangan org yg zaza maksudkan itu. Setahu dia, zaza mana ada kawan selain dari kenalan opis dan kawan2 kat kg hihihi. Okey, sampai di lokasi berkenaan.. zaza terus mendapatkan org itu. Sebenarnya, zaza nak ambik tempahan 'cupcake anniversarry kami' hehe.


Surprise!!!
terkejut bila zaza tengok suami.. malu2 kucen bila zaza bagi 'cupcake' tu. Ucapan terima kasih ikhlas darinya. So, kami celebrate je dekat2 situ jugak. Pilihan kami Pizza-hut.


happy anniversary sayang!

ALASAN?
Sebagai tanda ucapan terima kasih yg tak terhingga buat suami yg tidak jemu2 menyayangi diri ini walaupun macam2 kerenah zaza selama ni ada yg menyakiti hati beliau.



Alhamdulillah, Subhanallahm Allahukhbar.
Terima kasih kepadaMu tuhan atas nikmat kurniaMu dengan menghadiahkan diri ini naugan kasih sayang insan paling bermakna dalam hidupku. Moga balasan yg paling mulia dariMu buat dirinya. Aamiin.


Jumaat, 24 Disember 2010

'City Ville' Punya Pasal


السلام عليكم ورحمة الله


Bosan yg amat sangat petang ni. Korang suka tak main game fb "City Ville" hehe. Zaza dah terjebak sekali kehkeh. Pantang free je kat opis mesti tak lepaskan peluang muahaha. Tapi game ni nak kena ada jiran supaya boleh kita mintak tolong bila diperlukan. Kalau takde pun susah jugak huhuhu.
 
 
Business is money! berangan nak jadi jutawan kejap ngeee!.. Alangkah bestnya kalau betul2 zaza dapat duit citttt. Seronok tau, tapi yg betul2 takde komitmen keje yg banyak la. Macam zaza ni, takde la selalu sibuk.. hari2 free sentiasa ada muahaha. Kalau tak, mesti bosan tak tau nak buat apa.
 






Khamis, 16 Disember 2010

Watikah Ulangtahun Perkahwinan ke3


السلام عليكم ورحمة الله


Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru hehe. Rupa2nya hari ni dah genap tiga tahun. Selamat Ulangtahun Perkahwinan sayang. Semoga perhubungan kita berkekalan hingga ke syurga. In Shaa Allah. Sama2 kita mengharungi kehidupan ini dengan sabar dan tabah. Saya sebagai isteri sentiasa memberi kata2 semangat untuk awak lebih maju dan berusaha untuk mencapai kejayaan.





Dulu bujang, kemudian berdua dan sekarang masih lagi berdua. Pelbagai masam manis kami lalui bersama tanpa kehadiran zuriat disisi dan ini membuatkan kami lebih tabah. In Shaa Allah, semoga Allah memberi kami nikmat merasa dan dapat menjaga sendiri anak dari zuriat kami suatu hari nanti.



 




Rabu, 15 Disember 2010

Happy Birthday Pn. Azieah Mohamad [151210]


السلام عليكم ورحمة الله


Kepada kakak awet muda yg ku sayangi..
15hb Disember 2010 mereupakan ulangtahun kelahiran yg ke ??? [rahsia muahahaha].
I want to wish HAPPY BIRTHDAY to you.
Pagi2 lagi zaza dah send sms hehe.. sekarang kat belog pulak ye sis.


Takde apa yg boleh za bagi kat sis tahun ni, cuma sekeping kad ringkas. Za doakan semoga kyah di panjangkan umur, dilimpahkan rezeku dan semoga tahun ni memberi sinar kegembiraan dan kebahagiaan dan juga persahabatan kita akan kekal hingga ke syurga. 
I love u more..




Rabu, 8 Disember 2010

Two Hearts, Two Heart That Beat As One


السلام عليكم ورحمة الله


My love, there's only in my life the only thins that's right my 1st love, you're every breath that i take you're every step i make and i want to share all my love with you no one else will do and your eyes they tell me how much you care yes, you will always be my endless love.









Isnin, 6 Disember 2010

Saya Cintakan Awak


السلام عليكم ورحمة الله


Terlebih dahulu, zaza nak ucap SELAMAT MAAL HIJRAH 1432H. Moga kehadiran tahun baru ni, disertakan dengan azam dan tekad yg tidak hanya menjadi azam rutin setiap kali tahun baru menjelma kan?.. tetapi azam yg dilaksanakan dan dicakap dengan jayanya. Aamiin.


Okey, ada story menarik yg nak dikongsi hehe.
Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam dijalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit motor ni, saya takut..
Lelaki : Tak nak! bawak laju2 macam ni ler seronok..
Gadis : Takk.. langsung tak seronok pun. Tolonglah! saya takut.
Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motor ni, awak kena kata awak cintakan saya dulu.
Gadis : Okey, SAYA CINTAKAN AWAK!..
Lelaki : Okey.. sekarang peluk saya kuat2.

Gadis memeluk lelaki dengan erat.

Lelaki : Awak.. boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak? kemudian pakaikan kat awak.. 
           saya rasa tak selesalah. 


[DALAM AKHBAR KEESOKANNYA]
Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa yg terlibat dalam kemalangan tersebut dan hanya satu daripada mereka terselamat.


Kisah sebenarnya, semasa sedang menurubi jalan, lelaki telah mendapati yg brek motosikalnya tak berfugsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan 'saya cintakan awak' dan merasakan dakapan terkahir kekasihnya. Dia juga memberikan topi keledarnya kepada gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat walaupun itu bererti dia akan terkorban. Jadi, sekiranya anda ada seseorg yga amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yg anda cintakannya.


Jumaat, 3 Disember 2010

Kalender Bulan-Bulan Islam


السلام عليكم ورحمة الله



 
1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari saja je lagi. Di kesempatan ni, apa kata kita lihat semula apakah bulan2 yg ada dalam kalender Islam. Selain tu, kita lihat jugak perkara yg menarik di sebalik setiap bulan.


Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 belas bulan dalam ketetapan Allah diwaktu Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya, 2 bulan haram [Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab]. Itulah ketetapan agama yg lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yg 4 itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah, bahawasannya Allah beserta org2 yg bertaqwa. [Surah Al-Taubah :36].


12 bulan yg disebut oleh Allah didalan ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yg telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Ssiddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata :


Ketahuilah bahawa masa berputar, seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi setahun ada 12 bulan antaranya 4 bulan haram dan 3 daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yg terletak antara Jumada dan Syaaban. [Hadis riwayat Imam Aham].


Bulan dalan bahasa Arab disebut 'Al-Syahru' bermaksud bulan yg merujuk kepada bulan2 yg terdapat dalam Islam yg dipanggil bulan2 Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yg pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama2 bulan Arab telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut:- 


MUHARRAM
Ertinya diharamkan. 
Bulan ini merupakan bulan yg termasuk dalam senarai bulan2 yg diharamkan berperang.


SAFAR
Ertinya kosong.
Merupakan bulan kedua dalam bulan Islam.
Penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


RABIULAWAL DAN RABIULAKHIR
Ertinya musim bunga.
Iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau.
Merupakan bulan Islan yg ketiga dan keempat.


JUMADILAWAL DAN JUMADILAKHIR
Merupakan bulan kelima dan keenam. 
Perkataan Jumada bermaksud kemarau, dimana bulan ini merupakan musim kemarau yg bermula pada bulan Jumadilawal dan berakhir pada Jumadilakhir.


REJAB
Bulan ketujuh bermaksud mengagungkan dan membesarkan.
Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan org Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya.
Bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'abah dibuka.


SYAABAN
Bererti berselerak/pecahan yg banyak.
Pada zaman Arab sebelum Islam, mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung ketika bulan Rejab. Bulan ini juga mereka keluar beramai2 menari air dan makanan.


RAMADHAN
Merupakan bulan kesembilan dalam kalender Islam. 
Bererti terik atau terbakar.
Bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di semenanjung Ara. Setelah Islam menapak, bulan ni merupakan bulan puasa bagi umat Islam.


SYAWAL
Dinamakan sempena dengan musim, dimana unta kekurangan susu pada waktu itu. 
Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yg bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadhan. Pada awal bulan Syawal, kaum muslim merayakan hari raya aidilfitri atau perayaan yg menandai kemenangan melawan hawa nafsu. 
Merupakan bulan kesepuluh dalam kalender hijrah.


ZULKAEDAH
Merupakan bulan kesebelas.
Merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan2 haram berprang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa'ada' yakni duduk.


ZULHIJJAH
Bulan kedua belas terkahir Hijrah.
Di sebut Zulhijjah [Ar. Zu Al-Hijjah] yg bererti 'yg empunya haji'.
Pada zaman sebelum kedatangan Islan, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah [Ka'abah]. Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijjah yakni pada tanggal 8, 9 da 10 Zulhijjah.





Khamis, 2 Disember 2010

Mak Dan Ayah Nak Tahu Tak?



السلام عليكم ورحمة الله


Mak dah Ayah nak tahu tak? dalam koma, adik lihat syurga itu sangat hebat. Hebat dari apa yg mak cakap. Adik dah tak boleh nak tunggu lagi.. sekarang juga adik nak pergi.
 
 
Mak dan Ayah nak tahu tak?  suatu malam datang malaikat, adik merayu2 adik dah tak larat. Tolong ambil nyawa adik cepat.. tapi kata 'nya' sabarlah dulu kerana apabila sampai waktu, Dia takkan pernah lewat.


Mak dan Ayah nak tahu tak? pagi tadi 'dia' datang lagi, masa hujan turun membasahi bumi. Dia datang dengan senyuman yg manis berserta kiasan. Tanda adik dah tak berkesempatan.


Mak dan Ayah nak tahu tak? bila adik dah tiada nanti, bolehlah mak dan ayah berehat lagi. Kerana adik selama ni sering membuat mak menangis tak henti2.


Mak dan Ayah nak tahu tak? bila mak dan ayah leka tak nampak, adik bisik kat 'dia' ambi lah sekarang kalau 'dia' nak. Adik taknak mak nanti ternampak2 wajah adik yg sedang menanggung azab.


Mak dan Ayah nak tahu tak? masa semua taks edar yg adik dah tiada, adik dah tak sakit, tak kejang dan tak derita. Alhamdulillah, adik sihat2 je.. dan dalam erat pelukan malaikat. Adik terus dibawa ke syurga.


Mak dan Ayah nak tahu tak? dari atas adik nampak mak menangis kehilangan. Adik nampak ayah menangis ketakutan dan adik nampak semua menanis keinsafan.


Mak dan Ayah nak tahu tak? adik nampak muka mak pucat, adik nampak ayah peluk erat mak dalam malam yg pekat.


Mak dan Ayah nak tahu tak? tiada lah lagi duka nestapa.. lenyaplah segala sakit sengsara buat mak dan ayah. Teruskanlah kehidupan berdua seperti sediakala. 


Mak dan Ayah nak tahu tak? adik akan sentiasa memerhati setiap langkah mak dan ayah. Dan semua saudara sedarah ku nanti kerumah kita. Disyurga nanti.


Mak dan Ayah nak tahu tak? benda ni adik tak sempat nak cakap, tapi adik malu nak cakap.. sssshhh adik amat sayang pada mak dan ayah.

ehsan google

 
 

Rabu, 1 Disember 2010

Bulan Disember untuk kami


السلام عليكم ورحمة الله


Dalam org lain sibuk dengan kerja masing2.. zaza pun sibuk jugak tapi dengan belog hihihi. Pejam celik dah masuk bulan Disember, cepatnya masa berlalu. Syukur alhamdulillah, kerana Allah swt memberi zaza peluang hidup sampai ke hari ini. Bercakap pasal bulan Disember, sebenarnya.. bulan ni jugak merupakan ulangtahun perkahwinan zaza dan suami. Suka la tu, hihihi.
 


Apa kata, sebelum kita mula kerja.. kita bertanyakan dalam diri masing2, apakah? setiap gerak dalam melaksanakan amal ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti dan juga mahukan redha Allah swt. Semestinya korang pun nak redha Allah baru kerja kita berkat kan?. In Shaa Allah. Dengan tulus ikhlas kita semua akan sentiasa dirahmatiNya.