Assalamualaikum..
Al-Hamdulillah, .. Kali ini aku ingin berkongsi Takzirah Hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah Penghulu bagi segala hari.
Petua Mencuci Hati oleh :: Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah ::
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku bersih".
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
di-ampunkan, otak tenang. murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan
minda.
4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang,
terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan
diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya .... (perkara yg elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan
didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku . Esok aku nak jadi baik,
berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. " Menurut kajian saikologi, apa yg
disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepan jang tidur sehingga keesokan
harinya - cubalah!!..
8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana
bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
nOte: Renung2kan..Selamat BerAmal..