Ahli-ahli sains masih berdebat mengapa kita selalu menguap? sesetengah orang percaya kita menguap apabila tidak cukup udara dalam bilik. Kita juga menguap taktala kita hendak tidur dan sewaktu bangun dari tidur.
Teorinya, setiuasi itu menunjukkan pernafasan kita lemah dan menguap memberi peluang kita menyedut udara segar ke dalam paru-paru. Tetapi, ahli sains menganggap teori itu mengarut! Mereka meletakkan orang yang sedang menguap dalam bilik yang penuh dengan oksigen..dan mereka masih menguap.
Sesetengah orang berfikir apabila kita men guap secara automatik ia bertujuan untuk merengangkan otot-otot leher. Ada yang berpendapat apabila kita menguap ia bertujuan untuk mendapatkan lebih oksigen ke dalam saluran darah kita. Teorinya menguap membantu badan kita berfungsi dengan lebih baik dengan merengangkan otot pernafasan.
Hakikatnya ahli sains masih gagal menemukan jawapan kenapa manusia dan sesetengah haiwan seperti mawas dan cimpanzi sering menguap.
Semasa zaman pertengahan, sebelum ahli sains cuba mengenal pasti punca menguap, orang menganggap syaitan menyebabkan mereka menguap. Kononnya syaitan akan masuk ke dalam roh manusia apabila menguap. Ternyata dakwaan seperti ini tidak berasas!.
Paling melucukan, teori yang sering diutarakan bahawa mungkin kita mendapat jangkitan menguap daripada nenek moyang evolusi manusia yakni spesies mawas dan cimpanzi seperti yang dicetuskan Charles Darwin.
Memang mawas dan cimpanzi ada persamaan dengan manusia dalam soal men guap. Jika anda tidak percaya...cuba pergi ke zoo dan perhatikan...jika seekor mawas menguap, semua mawas lain dalam kandang itu pasti akan menguap sama.
Mike Meredith dari Program Neurosains di Florida State University percaya jangkitan menguap merupakan suatu tindak balas biasa.
"Hanya dengan melihat atau terdengar bunyi kuapan...menyebabkan semua orang mula menguap," katanya.
Hakikatnya, ini hanya teori. Sains masih belum dapat menemukan jawapan sahih mengapa kita menguap!.
Note : sape tau!..share2 la yerk...
Two Hearts, Two Heart That Beat As one
¸¸.•* Zaza ❤ Nizam *•.¸¸