Jumaat, 29 Julai 2011

♥♥ Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H♥♥

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar, tinggal 2hari jerk lagi untuk kita sume umat islam sama2 menunaikan ibadah puasa.
So....
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERTERAWIH
SELAMAT BERSAHUR
dan SELAMAT BERBUKA di bulan RAMADHAN yg mulia ini.
dan juga aku berharap agar kita semua diberi kesabaran dan ketabahan menjalani ibadah puasa nnti. amin
  

 Doa serta niat di bawah “dicilok” melalui Google dan diambil sebagai rujukan. Harap penyebaran benda2 macam ni dapat sdikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam diluar sana. InsyaAllah.

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


 nOte: xsabar  ni!!..

Rabu, 27 Julai 2011

✿Malu rasanya mengatakan cinta✿

 Assalamualaikum..
 Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

*************************************
mesti ramai pernah dengar lagu ni kan?
dinyanyikan oleh hijjaz,

lagu ni dah lama..
zaman2 sekolah dulu lagi dah dengar
(ye ke?)
seingat aku lah..

memang syahdu bila dengar lagu ni kan..
tpi waktu dulu,
pernah rasa pelik dengan lirik dia..

"malu menyatakan cinta kepada nabi?"

akal aku waktu budak2 dulu ligat berfikir..
kenapa nak malu?
bukan ke memang kita perlu mencintai rasulullah..

ayah cakap 
mak cakap
cikgu cakap
dan semua cakap kena sayang nabi.. jadi kenapa nak malu pulak.. macam satu kesalahan pulak cakap sayang kat nabi.. (dulu2 punya citer la).. xbaligh lagi kot masa tu...huhuhu

memanglah rasulullah insan mulia dan kita hanya manusia biasa..
okay2....itu masa lalu..

sekarang
Alhamdulillah lirik nasyid ni sangat bermakna!
bagi aku, kerinduan pada Rasulullah tu memang mampu menitiskan air mata ummatnya..

tapi, aku sering meninggalkan sunnah nya.. sama ada dalam keadaan sedar atau tidak..
aku rasa masih banyak membuang masa,
aku masih lgi sayang nak tinggalkan katil pada waktu malam,
sedangkan aku tahu betapa banyakknya dosa,
tapi tiada rasa malu?

erm..apa2 pun, aku sebenarnya saja nak kongsi lirik nasyid ni,
sebab baru je terdengar tadi..:)

moga kita semua akan sentiasa berusaha
untuk memperbaiki diri! Insyallah

ya Allah,
ampuni dosaku dan dosa mereka disekelilingku..
golongkan kami sebagai ummat nabi Muhammad SAW..
junjungan yang mulia


ya Rasulullah,
sungguh..
aku merinduimu..
namun aku malu untuk menyatakan itu
kerana aku hanya manusia biasa
yang penuh dengan dosa~

Jumaat, 22 Julai 2011

~Renungan bersama~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...pagi ni nk kongsi sket dgn korang semua..harap2 renungan ini dapat membantu kita dalam menempuh cabaran hidup ini dalam usaha melakukan yang terbaik di DUNIA sebagai BEKALAN ke AKHIRAT yang sudah pasti..

9 Sebab Hati Tak Bahagia





1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. 

2. Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 

3. Hasad Dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 

6. Tidak Sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego  
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. 

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.  

9.Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


 




Rabu, 20 Julai 2011

Jom Layan!!....Farah AF2 & Johan

Assalamualaikum..

Hari ni aku tak nak membebel sb xde ideal..hehe
Cuma aku nak korang layan gambar perkahwinan Farah AF2 dengan suaminya Johan. 
Tahniah buat diaog ber2..
 






































 nOte: FARAH AF2 sangat2 comeyyyyy..suka!!!



Khamis, 14 Julai 2011

(。❤‿❤。)To Iwan & Eg..congrate ye (。❤‿❤。)

 Assalamualaikum..

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman

Wahhh!!...pantun pulak aku ni erk..
Baru nie (02.07.11) majlis pertunangan adik ipar di Melaka. 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selesai sudah majlis tersebut dan rasmi sudah jugak majlis pertunangan tersebut. Jom layan gambar-gambar yang sempat di snap melalui LG hpone aku je..hehe.

 
 
 
 
 
 

  selipar capal pun nak kena sama ke?..huhuhuhu 

To Iwan & Eg, congrate yer..Selamat menempuh dugaan bertunang! Jangan gaduh2 tau.

nOte: teringat balik masa aku tunang ngan hubby..he3