Selasa, 30 Ogos 2011

1 Syawal 1432 Hijrah

Assalamualaikum..

Hari ni jam pukul 8.00, aku bukak tv tengok berita, seorang atok jadi pengacara umum esok dah hari raya, melompat2 aku tergangga (hehehe tu masa aku kecik2 dulu la), riang hati  tak terkata menyambut raya yang esok tiba, ... maknenya esok tak payah makan pagi pukul 5 atau makan bila tiba senja.

Selamat Hari Raya untuk semua..hulur maaf sehabis bahasa dan ampun kesalahan aku yang tak sengaja, jangan simpan dalam hati sana, kita selesai sesama kita, biar luruh segala dosa, selamat hari raya dari aku & en.suami, tak tipu wooo ni ikhlas punye!!..

Sekarang mood raya....so belog aku pun nak cat umah baru gak..hehehee
raya!raya! raya!...

nOte: mlm ni otw balik umah mertua kat jeram je!!...


Jumaat, 19 Ogos 2011

saya ♥ mereka

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...kejap je da Ramadhan ke 19 kita berpuasa.

Bukak belog ari2 tp nak tulis entri baru malas. Idea kemain lagi banyak.tapi nak tulis malas. Sawang pun dah banyak dah. Ish2. Eh ni dah lari entri ni.. huhu aku tak nak citer panjang2..tapi terpaksa tulis jugak, petang ni mungkin last untuk aku berblogwalking secara tegar...sebab??? malam ni aku ngan hubby sayang balik kampung!!.. owhh mak, tunggu kpulangan anakmu ini..tak sabar dah nak sahur sama2 bukak pose sama2..he3.. dan yg penting rindu masakan mak!! ♥ u mak

Bila cakap pasal masakan mak ni..mesti kita teringat bila dibulan puasa dan hari raya kan??..uols pun ada mak jugak kan...Masakan mak aku adalah yang terbaik dalam dunia!! paling sedap abad ini - paling bestttt!!!.. uols jgn menyampah ngan statement ni k!..Paling simple yg aku suka sambal tumis ikan bilis cicah lempeng panas2. wahh!! asyik citer pasal makanan ni..lapo pulak perut aku ni..adoii~sabo-sabo...

entry ni khas utk mereka..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku sayang mereka (♥mak+ayah+angah+ateh+adik♥)


nOte : doakan perjalanan kami selamat sampai dan pulang k!..


Isnin, 15 Ogos 2011

GX77 Berbuka Puasa - - - > Kafe D'Manggis

Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah, umur kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yg ke-15.
nak tulis pasal pe kat blog ni erk!!..tiba2 otak jadi blank hahahaha.. jadi aku nak citer kt mana aku buka pose semalam..hehehee semalam aku berbuka bersama GX77 kat Kafe D'Manggis..

Korang mesti tertanya apa itu GX77 kan??
bekas2 ahli pengakap bgi group my husben ngan kengkawangnya..
walaupun dah lama diaorg kuar sekolah..tpi tetap masih aktif diluar sana dan bermacam2 aktiviti diaorg
lakukan..

Menu kat sini banyak pilihan la...
lauk kampung/ikan bakar...nasi briyani...nasi ayam...soto/sup..kuih muih dan yg penting mestilah ada air kan?? hikhikhik.... Jom layan beberapa gambar yg sempat aku snap!..:))


 
 
 

Dan....terima kasih jugak pd botak  (juvana) kerana sudi bergambar dgn kitaorg semua...
memang sporting giler la!!....Alhamdulillah...majlis berbuka berjalan dgn lancar....
next year mana pulak erk?? hmmmd~ tunggu!!...

nOte : arini berbuka umah mertua plak..yehhhhh!!!




Khamis, 11 Ogos 2011

✿JANGAN BANGGA!!✿

Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
Jgn bangga dgn rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
Jgn bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
Jgn bangga dgn kereta & motor bsr, kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA

Mandikan dirimu dengan IMAN
Kenyangkan perutmu dengan KETAQWAAN
Ukirkan senyummu dengan KEIHKLASAN
Peliharalah hatimu dengan KESABARAN

Hati orang yg SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan  CI NTA akan diriNYA.

Namun..
Hati orang yg BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA padaNYA..

Lalu..
Golongan manakah kita berada? Tanya diri izinkan hati menjawab sendiri..
Semoga Allah melindungi HATI2 semua INSAN yg membaca ini..
 nOte: crdt by email~

Selasa, 9 Ogos 2011

(。❤‿❤。)Berbuka Puasa bersama Gafis(。❤‿❤。)

Assalamualaikum..
Mood tak mau sedih2 dah...
En3 kali ni nak citer pasal makan lgi..hehe

Tempat : Grand Dossert Hotel, Subang
Tarikh :  06 Ogos 2011
Masa : 6.30 ptg

Tahun ni Alhamdulillah, rezeki aku dapat berbuka puasa bersama2 staff Gafis. sebenarnya aku di invite..syukur sangat2..aku tak nak citer banyak...sb bkn nya rmai yg baca kan??
Jom....terjah satu persatu!!..

 photo gediks gitu!!..hahaha

bergambo dulu sebelum org lain sampai..he3
group ijau ni yg paling awal!!..
family kak lina & family kak zura.. 

 tu dia.... mcam2 ada!!..
nk tambah lgi dah  xmuat meja..adoii!!

 kerabu, sup tulang, buah2 , udang
& macam 2 lgi ada

memang menyelerakan..nyum!!..

 dah selesai makan.. gambo ngan baby plak..
mak ayah dia pun kitaorg xkenal..main ambik je .
suka..sb dia xnangis!!..


 time ni..nak balik daaa...
sempat gak posing!!


Thanks pada company Gafis..mudah2an murah rezeki lagi..
memang enjoy!!..


nOte: Terbaeeekkkkk!!!

 

Isnin, 8 Ogos 2011

Secebis Nota Dari Seorang Ayah


السلام عليكم ورحمة الله


Masih sedih bila teringkatkan pemergian adik Fakhrul, empat hari berlalu di hari yg baik dan bulan yg baik. Menitis air mata zaza bila dapat tahu berita. Arwah adik Fakhrul merupakan anak kepada sahabat zaza iaitu anie. Anie sekeluarga seramai empat beranak dalam perjalan dari rumah [Dungun] untuk pulang ke kg. halaman suami [KL]. Kemalangan berlaku betul2 dah masuk KL dan berlakunya kemalangan akibat kereta yg di pandu suami anie terbabas kerana jalan agak licin akibat hujan time tu. Syukur semua selamat kecuali arwah adik Fakhrul. Arwah adik Fakhrul dikejarkan di PPUM. Namun, ALLAH lebih menyayanginya.. beliau tak dapat nak diselamatkan.


Jom ! kita baca secebis nota dari seorg ayah buat anaknya..


 
Fakhrul Mukminin anakku sayabg,
Dikala ayah menyambut hari lahir ini, kau sudah tiada disisi..
Suara tangis mu masih kendengaran.. tawa dan sukamu masih terbayang..
Anakku, kau pergi dikala usiamu yg masih kecil..
Ayah dan Umi akan mengingati, menyayangi dan mencintaimu sehingga akhir hayat kami..
Ayah dan Umi berjanji akan berusaha dan berdoa ke hadrat Ilahi agar ditingkatkan iman dan takwa kami agar kita akan bertemu kembali dipintu Syurga anakku.
Ayah dan Umi amat kehilangan, namun redha dengan ketentuan ALLAH.
Semoga kita bertemu jua anakku.

AL-FATIHAH buat anaku Fakhrul Mukminin

nOte : wahai sahabatku, segala ujian dan dugaan dariNya ada hikmah yg berlipat ganda. Kuatkan semangatmu untuk meneruskan kehidupan.



Khamis, 4 Ogos 2011

✿ GA Brooch Raya✿


Korang nak menang Brooch Raya??
Jom join contest yg senang giler nih.. Tak rugi mencuba kan?
so apa tunggu lagi?? KLIK link kat bawah ni untuk join  !!..
http://rossrazif.blogspot.com/2011/08/ga-brooch-raya.html

Tarikh Tutup : 22/08/2011 jam 8am


Rabu, 3 Ogos 2011

♥♥ Free Domino's Pizza♥♥

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..pagi ni masih lgi dalam mood segar..hehee

Nak citer ckit ni..bukan nak kecoh lebih2 erk!!...
Hatiku gumbira tak terkata bila dapat invite berbuka puasa dari kwn mr. nizam semalam..
so xpayah la nak susah payah masak itu ini kan...mcam ayat malas je  bunyi..

nak tau kita berbuka apa??..ecehceeehh
tadaaaaaaa!!

Domino's Pizza rupanya..
sampai je umah diorg.. terkejutz...sbnya mak oii,..bayknya pizza!!
dah macam adiah cabutan bertuah pulak tersusun rapi...

kami ber2 makan xbyak pun..pizza kan cepat muak!.
air 2 gelas....pizza 3 keping dah kira byak la tu kan??
chicken wings ponnnn...mamam 2 ketul gak ..alaaa..kecik je tu. nak sedapkan ati..

kenyang pewot kami ber2...tq..tq..
   la...ada lagi rupanya..nak blik dapat pulak 1 kotak..
wah package  ni..leh buat sahur nnti..

Syukur Alhamdulillah..rezeki kami ber2..
Harap bertambah2lah rezeki Abg Zul dan family sekeluarga..

nOte: kenyang bangat!!..


Selasa, 2 Ogos 2011

MODE : Rindu kampung halaman

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat menjalani ibadah puasa buat uols semua..
harap2 uols semua cergas la ye..Alhamdulillah...arini  hari ke-2 kita berpuasa..

MODE : Rindu kampung halaman. tak sabar nak balik berbuka kat sana..huhuhuhu
aku tak rasa mengidam nak makan benda lain cuma...2 makanan yang aku rindu sebab dah lama tak makan.

1st - Nekbat (My most favorite!!!) pda bulan puasa..
2nd - bubur lambuk (My mom)..hehehe

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan

Seronok kan time2 macam ni dapat berkumpul dengan family kita..
 Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna... 
Agar dpt ku tempuhi dgn sempuna...

nOte: ......:)
               



Isnin, 1 Ogos 2011

(。❤‿❤。) Tahniah buat SSTSBM!..

 Assalamualaikum..

Maaf kerana post kali ini lambat 2 minggu oleh kerana kemalasan yang melanda, alhamdulillah, pada tarikh tersebut Seni Silat Tonggak Siliwangi Biru Malaysia, telah di jemput bagi pihak persandingan Nurul Syuhada Nurul Ain dan Suami Raja Amir Shah Raja Azwa di Sime Darby Convention Centre untuk memeriahkan majlis persandingan mereka.

Jom kita layan!!..

 Eddy, Syazeer, Ismail, Amin & Abg Zul

 
sorry gmbr blurr..dptpon kt tonton..hehee


 Dan tahniah juga buat Nurul Syuhada Nurul Ain & Amir atas pernikahan ni. Semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat (^_^)


 nOte: alhamdulillah...