Rabu, 30 November 2011

♥~Dunia Si Comey Kami~♥

Assalamualaikum..

Alaaaa..... tajuk pun dah comel kan, 
mestilah apa yang aku nak taip ni mengisahkan.....si comey ♥♥
saja jer nak gtaw yg aku tgh addicted bela 2ekor kura-kura!..



 Kura-kura ni en.asben aku yg bagi..aku rasa dah dlm 3bln kita org jaga 'upin&ipin' (pemberian nama dari adik aku)..  masa dia kat umah aku bru2 ni..siap rajin kan diri salinkan air...bagi makan..buat teman lagi kat umah aku haha..yelah time tu kan aku keje!!..apapun..aku sayang sangat2 si comey ni..suka tengok bila dia berenang ..dapat tengok dia makan!..bila aku pegang!!. dia malu2  kucin..hahaha

nOte: ni ler hobi baru aku kat umah!!.. (",)

Selasa, 29 November 2011

Happy Birthday Nuru Hasikin Ali [271111]


السلام عليكم ورحمة الله



SELAMAT HARI LAHIR ! ! !
buat sahabatku NURU HASKIN BIN ALI


[sumber google]

Zaza mengenali belaiu since bekerja di pejabat lama Local Engineering (M) Sdn Bhd. Kami satu department. Kisahnya, Nuru ni buat praktikal dekat pejabat zaza dan terus serap bekerja. Alhamdulillah, rezeki namanya kan !. Bukan dapat bekerja je ye.. package dengan calon suami sekali hihihihi. Kalau dah jodoh tak kemana kan ?. Dari situ la zaza dengan nuru menjadi sahabat baik. Nuru banyak juga membantu zaza dalam perkara yg di perlukan. Orgnya tak kedekut ilmu dan sangat sopan santun. Bertuah Encik Zaidi dapat isteri sebaik-baiknya.

 
Tarikh : 27 November 2011
Merupakan Birthday Nuru.. semoga dirimu dilimpahi rahmat, kasih sayang dariNya, dipanjangkan umur, dikurniakan tubuh badan yg sihat, dimurahkan rezeki, dimerpudahkans egala urusanmu, berbahagia disamping suami dan anak2 seta dikuatkan jodoh persahabtan kita. Aamiin.


 

Jumaat, 25 November 2011

TAZKIRAH HARI JUMAAT


Assalamualaikum..

Al-Hamdulillah, .. Kali ini aku ingin berkongsi Takzirah Hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah Penghulu bagi segala hari.

Petua Mencuci Hati oleh :: Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah ::

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 


1.   Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
      Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa   berdo'a turut 
      katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku  bersih".


2.   Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. 
      Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa 
      di-ampunkan, otak tenang. murah rezeki, orang sayangkan kita dan 
      mencetuskan semua perkara kebaikan.


3.  Solat taubat
     Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan 
     minda. 


4. Membaca Al-Quran
    Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, 
    terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
    Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 
 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
    Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan 
    diri sendiri. Katakan lah "Aku sebenarnya .... (perkara yg elok2 belaka).


7. Program minda/cuci minda
    Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan 
    didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku . Esok aku nak jadi baik,
    berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. " Menurut kajian saikologi, apa yg
    disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepan jang tidur sehingga keesokan
    harinya - cubalah!!..


8. Berpuasa
    Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan. 


9. Cuba ingat tentang mati
    Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana 
    bimbang akan mati bila2 masa). 


10. Kekalkan wuduk. 


11. Bersedekah. 


12. Belanja orang makan. 


13. Jaga makanan
      jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak). 


14. Berkawan dengan ulama. 


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 


16. Pesan pada orang, jadi baik. 


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang 
      mengumpat. 

      "Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat." 

nOte: Renung2kan..Selamat BerAmal..


Khamis, 24 November 2011

Seminar Bar Council

 Assalamualaikum..

Ada je benda yg aku nk post kan!!...hehehe..tajuk post dh macam aku je yg pi seminar tu!!.. ok!! skrg aku nak citer pasal adik aku bukan aku tau!!.

Apapun yg penting adik aku (ateh) dh selamat smpi ke umah aku malam tadi  jam 8.30. Aku pi ambik Hentian Putra, kL..Almaklum ler..1st time dia naik bas sorg2 jauh pulak tu perjalanan dari Trganu. Kalau x.. mana maunyer dia dtg kL sorg2.. Itu pun ada tujuan  PENTING!!!.. dia ada seminar Bar Council hari ni. So skrg ni en.asben otw pi ambik dia lerr.. ^_^


 Ini ler dia...A.T.E.H merangkap anak ke3 dlm family aku
Nengok gambar dia cam blurr je kan?? hahaha
apa la yg dia duk pikirkan!!..
apapun yg penting ateh kena keje rajin2..jangan ponteng tau!!..
nenati bos sayang - - - > terus up GAJI..hahaha

nOte:  aku syg adik2 aku semua..muaaahh!!

Rabu, 23 November 2011

Siapa yg Tak Pernah Menangis..

Assalamualaikum..

Menangislah bila setiap kali terluka... jangan simpan .... jangan biarkan ia terbuku dihati .. kerna bila airmata sudah hilang jangan dicari kerna yg pastinya airmata tadi telah bertukar menjadi DENDAM.. masih ramai yg sangka bila kita menangis kita tunjukkan sifat yg lemah tetapi sebenarnya airmata itu pencuci rohani, sakit hati, amarah dan dendam !!

Janganlah menangis jika kecewa dalam kegagalan bercinta sesama manusia tetapi menangislah jika tidak mendapat cinta ALLAH,  cinta ALLAH adalah cinta yg paling kekal..amin

nOte: Air mata..adalah..prasaan..yg tak mmpu di ucap dgn kata2


Selasa, 22 November 2011

sang Harimau muda

Assalamualaikum..

En3 kali  ni  tak  lain  tak bukan..mesti  pasal bola punya!!..
aku rasa  pun rata2  mesti bercakap pasal bola  malam tadi.. xkira  la.. surat khabar ker,  facebook ker, twetter ke, blog ker  dan yg penting!...Malaysia Boleh!! .. ^_^

 TAHNIAH!!!!..diucapkan kepada pemain2 Malaysia meraikan  kejayaan memenangi  pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan  Indonesia 4-3 menerusi penentuan  sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi. wink2****

Memang sengit perlawanan diaorg kan!!.. aku kat umah xpayah nk citer ler..sorak2  dh macam histeria..hahahahah.




Tahniah sekali lagi buat sang Harimau muda kerana berjaya patahkan sekali lagi sayap sang garuda....team malaysia terbaik...kami bangga dengan anda semua..



Isnin, 21 November 2011

Majlis Resepsi Wan & Eg

Assalamualaikum.

Selamat tengahari uols!..
sekejap je kan..arini dh ISNIN kembali.. ^_^

Alhamdulillah..semalam selamat sudah majlis resepsi perkahwinan adik ipar aku (Wan&Eg) di Jeram, Kuala Selangor. Aku nak ucap ribuan terima kasih kepada tetamu2 yg hadir..Suasana ketika majlis berlangsung agak meriah dengan kehadiran sanak saudara dan jugak teman2 silat.. Sorry ler  klu aku xsempat nk layan korang ye!.. al maklum ler...aku kan dikategori tuan rumah gak kan?? muahahahaha... Tema kita org 'Blue Colour' (pihak lelaki)


Jom!!.. kita terjah gambar bawah ni

*

*
*
*
*
*

*

*
*
*
*
*
*

Geng upin&ipin..Opssss!! geng SILAT ler..


















Sorry yerk..klu gambar ni blurrr!!...
nenanti klu ada yg tomey2 lagi...aku share ngan korang!!..



Jumaat, 18 November 2011

Kerana Allah teramat mencintainya…

Assalamualaikum... 

 Pempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…


Khamis, 17 November 2011

Tak perlu kata apa-apa!!..

Assalamualaikum..


@TGV Mesra Mall
Insyallah, ada masa kita jenjalan lagi yerk sis Azieah Mohamad
 

Rabu, 16 November 2011

Cinta tersemai dalam hati | Wan&Eg |

 Assalamualaikum..

Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati,





nOte:  Syukur Kehadrat Ilahi..amin

Selasa, 15 November 2011

SORRY uncle!!... sorry sangat2..

Assalamualaikum..

Kalau aku buat tebal muka boleh x?? huhuhuhuhhuhu..
Al-kisahnyer, tdi time lunch aku dgn selamba nyer ambik nasi..
pegang pingan nasi tangan sebelah kiri.. coz tangan sebelah kanan ada sup rassam dlm cawan..
so, aku pun menuju ler ke meja aku..tup..tup..tup!!! kaki aku tegelincir di tepi sorg uncle tua cina ni..
abis  ler sup tu terkena kat pakaian dia.. yg tengah leka duduk menggu makanan...
aku?? apa lagi.... xpayah nk cakap la....abis terkena kain aku..sib baik xkena pda baju..wawawawa!!
malu weh!!!.. nsib baik time tu org xrmai mane..
 ayat pertama yg keluar kat mulut aku...
 SORRY uncle!!... sorry sangat2..

uncle : its ok!..
en.asben : sorry uncle
uncle : xpe2...u pegi makan.. ( uncle tu senyum) ^_^

Fuh!!!...cuainyer aku!!...kesian pulak kat uncle tu..
aku letak nasi atas meja...terus balik opis nk bersihkan kain aku yg terkena sup tdi..
datang dengan muka selamba..hahahaha buat2 mcm xde apa yg berlaku..

En.asben panggil waiter bagitau dia  bayar utk uncle tadi tu!!
 bagi mohon maaf atas kesilapan wife dia ler aku!!..  hukhukhuk..
pengalaman yg agak ngeri ler....xpenah2 terjadi selama ni kat aku!!..adoii..
Lain kali..ko berhati2 ler zaza weh!!..

dahh2..ler citer ok!..
aku nk sambung keje  ni..


nOte:  merah padam muka!!.. :p
 

S. P. B - - > IwAn & eG

 Assalamualaikum..

Hari ni aku selsema  ckit...hukhukhuk
mybe aircond kuat sangat kot!!...
xpe2 yg penting jari jemari aku ni boleh taip lagi kan!..hahahaha
(en.asben dh balikkk!!!..wink**** suka)

  Kalau nak citer pasal nikah pulak boleh kan??
bukan pe..tarikh kat bawah ni...mesti ramai yg tertunggu2 kan??
nak buat hari bersejarah diaorg katakan!!..

Tarikh : 11 November 2011
Masa : 3.00 Petang
 Bertempat : Masjid Bandar Baru Kuala Selangor

“Debaran yang aku rasakan ketika akad lafaz nikah... 
mcm aku pulak yg nak nikah
Alhamdulillah. hanya 2 x lafaz...
Iwan (brother in-law) SAH menjadi suami kpd Eg, Amin.
Hantaran ke2 belah pihak, sepakat setuju utk mengadakan hantaran sebanyak 8 dulang berbalas 9.

 


:: K a s i h T e r i k a t C i n t a  T e r s i r a t
S e m o g a B e r k e k a l a n
K e A k h i r H a y a t ::

Selamat Pengantin Baru buat Khairul Irwan Shah & Nurul Azhani
Tahniah!!!..  (",)

 nOte: minggu ni kenduri sbelah pihak lelaki pulak..^_^**

Isnin, 14 November 2011

(。❤‿❤。)To Ila & Hadar ~congrate ye!! (。❤‿❤。)

 Assalamualaikum..

En3 kali ni, aku nk share citer pasal adik aku (angah) tunang baru2 ni pada hari Raya ke2 Qurban.
walaupun dah seminggu majlis tu berakhir... Alhamdulillah, majlis semuanya berjalan dgn lancar.. (",)

Tapi..xde cbuk mana pun time tu!!..
coz mak&ayah tempah je lauk pauk yg dah siap..
* nasi minyak
* gulai daging
* ayam masak merah
* acar timun
* sambal belacan
* sirap ais n agar2 mak yg buatkan..^_^

kita org pakai hidang je.. mcm org dulu2... memang seronok!!
apa org kata...yg penting bekerjaSAMA!!.hikhihkik


Pakaian pertunangan sponser : En.Hadar..tenkiu ^_^
Dekorasi Mini Pelamin ideal tuan badan sendiri (angah)
pink + cream + purple = so sweet..
kita org buat sendiri je!!..

barang hantaran pulak gubahana dari : kakak sebelah pihak lelaki
so dh save kat ctu kan!!...  xpayah nk  tempah2..
mula2  tu memang nk buat sendiri jugak..rezeki jgn ditolak hahahahaha..
kejam sungguh ayat aku kan??...
 semuanya dihadiri ke2 belah kaum family je...sebab buat majlis tertutup daa!..
opsss!! lupa daa..jurumekap by  kak yah (xopismate aku) ..tq!!
jom!!  kita terjah gambar kat bawah  ni..

***************************************

********************************

***********************

**************

*******

***















Tahniah!!!
Ila & Hadar
Moga perjalanan pertunangan anda ber2 disulami dgn kesabaran ye!!..
InsyaAllah..

nOte : suka tema pink +purple winkkk***