Selasa, 25 Disember 2012

:..Kami Nampak Pink ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Sabtu 22 disember... aku, en.suami, abg ijan dan abg soib spend time utk menghadiri majlis resepsi Ekin dan pasangan beliau di Country Home, Rawang. Ekin ni dulu sama2 pengakap sek.dgn en.suami. Plan asal nak berkumpul kat masjid jam 12tgri untuk berarak ke rumah pengantin perempuan. Jalan punya la sesak time tu. huhu.

Dalam perjalanan yg membosankan tup2 pengantin lelaki call, tanya kami semua dh sampai mane?.. hahaha. kesian pulak dan yg bagusnya pengantin lelaki sanggup tunggu kami sampai, baru semua gerak.

Korang pernah dengar tak? pengantin yg sanggup tunggu!!
biasanya kita yg tunggu pengantin kan?? ngeee

Walaupun perjalanan kami agak perlahan... alhamdulillah kami sampai jua ke destinasi masjid yg di rancangkan. Cuma 1 buah kereta lagi Ciko, Nora dan Baby Wafri yg sesat entah ke mana. So, kami xsempat nak tunggu mereka dan kami bergerak ke rumah pengantin jam 1tgri lebih gitu..

Kami membawa barang2 hantaran untuk membawa masuk ke dalam dan disambut baik oleh pihak perempuan. Majlis agak sederhana dan yg ada pun sedara mara dan juga rakan2 terdekat je.

Alhamdulillah, selesai masjlis acara menyarungkan cincin dan bergambar kenangan. So, tanpa melengahkan masa kami hahaha ayat jahat!.. pengantin terus ke meja makan beradab.

Dalam syok kami menjamu selera..kwn kami yg sesat tadi tu sampai tiba. kesian dgn baby kecik lagi.. selesai makan, kami semua bergambar sekali lagi dan yg penting! pengantin perempuan tapaukan kami semua nasi dan lauk pauk untuk kami makan malam.. heheh save budget xpayah masak.. :p



kami semua nampak pink!! suka2...........


 bila jalan dah jem gilerr!! tgok muka pun dh moody..
kesian yg tukang ambil tu, xnampak pun muka dia..hihi


hah!.. baru nampak, muka org sebelah pulak xnampak.. so adil la tu.. janji muka aku dengan en.suami memang ada kat mana2 hahahaa..


 amboii.. abg ensem ni.. sweet je berbaju melayu kan!.. biasa org perempuan yg suka pakai pink2 ni.. nak buat camne.. dah tema pun pink... ngeee


 haaaa.. masa ni, kami menunggu pengantin lelaki tengah siap2..


 posing lagi!!! dan lagi.. hehehe



itu dia.. 2 merpati sejoli
SELAMAT PENGANTIN BARU
ekin dan pasangan
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat beliau.



nOte : nti ada gmbo lagi aku upload erk!..


Sabtu, 22 Disember 2012

:.. Penyanyi Farah Asyikin Kini Bertudung Labuh..:

السلام عليكم ورحمة الله

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud :

"Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali".

Hadith Riwayat Imam Muslim.


Alhamdulillah, seorang demi seorang artis malaysia berhijrah ke arah islamik dengan menutup aurat dan mendekati agama. Semua sedia maklum, Farah jugak telah mengenakan tudung Februari lalu.

Penghijrahan beliau semasa menjayakan program 'Hijrahku'. Menurut Farah lagi, saat beliau diberi bayangan seksaan di neraka serta gambaran dosa2 lampau beliau, saat itulah Farah tidak akan lupakan sampai bila2.







"Ada sebab mengapa Farah memaikai sarung tangan. Sebagai seorang wanita Islam, Farah harus menjaga batas2 aurat Farah terutamanya bila ingin bersalam2an dengan yg bukan muhrim. Jadi, Farah pakai sarung tangan untuk mengelakkan isu2 sensitif sebegini berlaku."



nOte : semoga aku mampu menjadi salah seorang wanita muslimah. moga Allah bukakan pintu hati ini dengan seluasnya.amin.


Jumaat, 21 Disember 2012

:.. 8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah..:

السلام عليكم ورحمة الله

1. "Sekali suami minum air yg disediakan oleh isterinya adala lebih baik dari berpuasa setahun".


2. "Makanan yg disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan
     umrah".


3. "Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan
     1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".


4. "Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai
     jihad".


5. "Pemeliharaan yg baik terhadap anak2 adalah menjadi benteng neraka, padangan yg abik dan
     harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)".


6. "Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yg siang dan malamnya
      mengembirakan suaminya".


7. "Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga".
     (Hadis Riwayat Tarmizi)


8. "Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yg difardhukan ke atasnya, berpuasa
      pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka hendaklah
      ia masuk syurga dari mana2 pintu yg ia suka".
























Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"..
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)


nOte : Sharing is caring :))


:..Segmen Blogger Muslimah..:

السلام عليكم ورحمة الله

Pagi2 bukak blog dah ada org TAG utk segmen 'Blogger Muslimah'.. Thanks cma.

Aku taknak cakap lebih2, sungguh pun aku sedar bahawa diri ini tidak semulia dan sebaik muslimah2 yg lain yg sangat terjaga kesuciannya.


Wanita adalah satu simbolik yg sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya dalam diri setiap yg bergelar muslimah demi memperbaiki diri ke arah yg lebih baik.


Mungkin banyak lagi perkara yg aku kena perbaiki. In Shaa Allah semoga aku diberi hidayah Allah untuk berubah ke arah kebaikan dan menjadi seoarang perempuan muslimah.

Tarikh tutup : 25 Disember 12..
2org yg bertuah adalah :  nad | angah


nOte : teruskan mencari, belajar dan berusaha untuk memperbaiki diri :)


Khamis, 20 Disember 2012

:..Renung2kan & Fikir2kanlah..:

السلام عليكم ورحمة الله


"Kadang2 tanpa kita sedar, disatu sudut dunia terdapt seorang insan yg merindukan senyuman kita, merasakan kehadiran memberi makna pada dirinya dan memikirkan kita dalam diam dan sentiasa mendoakan kita"



"Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar, tetapi ALLAh hanya minta kira Saar dan Solat"



"Orang senang bukan orang yg berduit banyak, tapi orang senang adalah bila dengar Azan dan terus Solat"


"Keikhlasan dinilai olehNya bukan dengan niat sahaja tetapi usaha untuk memperbetulkan niat dalam melaksanakan sesuatu perkara kerana oleh jadi dalam proses pelaksanaan tadi bisikan Iblis telah menimbulkan rasa riak, maka keikhlasan telah bertukar"


"Apabila kebenaran diketahui dengan hasil usaha sendiri, betul2 meresap ke dalam diri sehinggakan hakikat sebenar sukar untuk diterima..berikan kekuatan pada insan lemah ini untuk terakhir kalinya mungkin usaha untuk mencapai impian ini sudah sampai masanya untuk berserah padaNya atas segala ketentuan hati yg duduknya di dalam tubuh teramat lembut sehingga tanpa cuitan fizikal sekalipun hanya dengan satu rasa sudah cukup sekalipun terdapat tilam yg empuk"


"Ramainya kenalan atas muka bumi, baik jauh mahupun dekat, baik rapat mahupun renggang, baik baru mahupun lama, seringkali berlegar diminda adakah ketiadaan didunia ini kelak membuatkan mereka terasa akan kehilangan atau sebaliknya, membuatkan mereka ingin mengenangkan dalam doa atau melupakan, membuatkan mereka ingim menziarahi pusara atau membiarkan sahaja. adakah Habluminnannas sudah mencapai redhaNya? dan Habluminallah sudah diperbaiki".."


nOte : sumber fb# selamat beramal :)


#29 Wordless Wednesday

السلام عليكم ورحمة الله

Ubi kayu..Ohh..ubi kayu..lalala..makan sambil berkoya!!



nOte :  musim hujan2 ni sedap kalau dapat makan.. :)


Rabu, 19 Disember 2012

:.. Undur Masa ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Andai dapat aku undur masa..
Macam ada banyak perkara yg ingin aku ubah.. bukan macam, tapi memang banyak!
Dengan harapan setiap perkara yg menyakitkan tidak berlaku dan pasti keadaan bukan begini.

Namun, aku tak mahu kehilangan semua yg aku ada sekarang meskipun bukan milikku. Apa yang aku ada kala ini sanagt2 bernilai dan pastinya untuk berada dalam keadaan ini bukanlah percuma. Aku tak mungkin berdaya nak membayarnya. Dan apa yg diberi adalah lebih banyak dari yg diambil. Semua ini sudah mencukupi.

Lalu, jika semua ini bakal diambil kembali tiadalah dayaku menahan. Begitupun, aku tetap rasa tidak perlu ku undur masa kerana Dia lebih tahu akan setiap yg berlaku. Dan tidaklah Dia menganiaya hambaNya kecuali diriku sendiri.


nOte : Aku Berterima Kasih KepadaNya.


:.. Jalan-Jalan ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Aktiviti kami hujung minggu yg lepas.
Seronok aku bila di invite jalan2 ni.. hahaha
Apa lagi, laju je langkah :p

Kami ber4 pergi Plaza Alam Sentral | PKNS | SACC Mall, Shah Alam.
Pergi pagi ..................................... malam baru sampai umah!
tu betul2 jalan hihihihi.



Dua org budak comey tu anak xopismate aku a.k.a Kak Lina.
Nama budak comey ni 1st kakak : NUR FARAH AZLIANA & 2nd adik : NUR FARIHAH AZIRA
Diaorg memang rapat dgn aku. baik sgtkah! aku..hahaha

Rindu nak jalan2 lagi dgn diaorg..
Hari tu xpuas lagi.. huhu
Next time ada masa, di izinkan tuhan kita bersama lagi ye!
kita pusing bandar KL pulak. ngeeee!..

nOte : sayang kamu kaka!!


Selasa, 18 Disember 2012

I ♥ You Dunia Akhirat My Darling Husband!

السلام عليكم ورحمة الله

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama..


.......................................................................

Alhamdulillah, tarikh yg ditunggu-tunggu semalam 16 Disember 2012 genaplah 5 tahun aku bergelar seorang isteri. Terasa bergitu cepat masa berlalu. "Selamat Ulangtahun Pernikahan" abang!.

Semoga ikatan pernikahan kita dirahmati dan diredha oleh Nya dan semoga kita berbahagia bersama selamanya.. amin!.

Banyak sudah dugaan yg kita tempuhi bersama. Suka-duka-riang-ria-duka-nestapa adalah asam garam kehidupan kita sebagai manusia.. yg penting, kita perlu banyak bersabar, bersabar dengan ujian Allah dan bersabar dengan kerenah manusia. Kita tidak mampu dan tidak akan mampu mengubah ketentuan Allah. Begitu juga kita kadangkala tidak mampu membuat manusia berubah mengikut apa yg kita inginkan. Dan aku bersyukur kerana dianugerahkan suami yg bertanggungjawab dan penyayang. 

Namun dalam kebahagian, akua masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup. "Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak". Itulah doa setiap kali ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Pelbagai iktiar kami usahakan. "Apakah hikmah yg tersembunyi disebalik semua ini". Aku yakin, Allah menyimpan hikmah untuk ku dan suami ketahui suatu kelak.....pasti!.In Shaa Allah.

Dan ketahuilah olehmu suamiku bahawa isterimu amat-amat menyayangimu.. mecintaimu setulus hatinya.. kaulah sahabat, kekasih dan suamiku dunia akhirat.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang di Rahmati..
Isteri yang di Kasihi..
Isteri yang Solehah..
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku..
Amin Ya Rabbal Alamin..

nOte : I ♥ You Dunia Akhirat My Darling Husband!

Jumaat, 14 Disember 2012

:.. Rindu ..:

السلام عليكم ورحمة الله

"Rindu itu sangat manis bila kita boleh merasainya, ia datang bila dua insan berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang". 

Tapi tak bermakna bila kita dekat dan bersama insan tersayang .. kita tak boleh rindu tau!. aku tiap2 hari rindu tu tetap ada dalam kamus hidup aku. hihihi :) apatah lagi bila berjauhan.

Ermmmm... ckp bab RINDU ni cam lain macam bunyinya. hahahahaha 

DAN

Yang pasti diri ini amat merinduimu...


Rindu itu lagi indah bila org yg dirindui juga merindui kita :)



nOte : suka dengar lagu Agnes Monica | Rindu


:.. Tak Ada Story Menarik Sangat Pun.. :

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah aku dah masuk opis mcm biasa. Ramai org kat luar sana pun kena demam kan! musim agaknya.. Tapi batuk2 aku ni still ada. Isnin aku MC cabut gigi yg selama ni tergendala 4 bulan wooo.. dasar penakut!. Selasa pulak cuti Keputeraan Sultan Selangor. so aku terasa macam lama giler duduk rumah, iyelah 4hari cuti kan.. :(

Masuk opis keje bertimbun2 atas meja yg tak siap2 lagi.. huhu mengalahkan b0s besar! keje tetap keje kan! so aku buat dulu mana yg didahulukan.. dah siap baru la aku taip en3 ni. hihihi
tak ada story menarik sangat pun.. :p



nOte : seminggu lagi menggu si dia.. :(

Khamis, 13 Disember 2012

#28 Wordless Wednesday

السلام عليكم ورحمة الله

Bubur Asyura memang terbaik!! dah lama tak merasa. :(
makan panas2 memang sedap!.


nOte : kalau aku kat kG, tiap2 muharram mesti aku dapat merasa bubur asyura.

Sabtu, 8 Disember 2012

:.. I Love Them So Much ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Salam Pagi Jumaat!!..
My name is Rosliza and my husband Khairul Nizam. My father name is Abdullah and my mother Amronah. My sister name is Rosilawati | Nur' Ain | Nurul Jannah. I love them so much..


nOte : baca sampai juling mata o.O

Khamis, 6 Disember 2012

#27 Wordless Wednesday

السلام عليكم ورحمة الله

Petang2 sedap kalau dapat makan ni!...





nOte : nak buat tunggu en.suami ada..lalalalala


#26 Wordless Wednesday

السلام عليكم ورحمة الله

Citer sini abis sini la erk! hehe



nOte : buat insan tersayang dihati :)

Rabu, 5 Disember 2012

Rezeki Rambutan, Durian, Manggis


السلام عليكم ورحمة الله



Lately ni, asyik hujan je kan ! bila petang2. Perut sama naik kritikal lapar muahahaha. Dalam sibuk pasal makan.. alhamdulillah, fatimah [opidmate] bagi zaza buah rambutan merah sekali dengan buah durian yg dah di kopek siap letak dalam Tupperware lagi hehe. mekasih banyak2 tau !. I Like.. ! Untung bila ada kebun sendiri.
 
Hari Isnin baru ni zaza dah dapat buah manggis dengan rambutan kuning. Syukur sangat2 rezeki datang melimpah ruah. Semoga kalian pun sama dilimpahi rezeki yg melimpah ruah. 



















nOte : bila musim buah ni kan.. kalau boleh semua buah zaza nak telan hehehe..

:.. Baiknya TUHAN Kita ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



nOte : Creditted to =====> Panduan Hidup Mukmin

Selasa, 4 Disember 2012

:..Gambar Kenduri Cukur Jambul ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Saje pagi2 ni upload gambar (semalam punya) kenduri cukur jambul anak saudara kepada kawan en.suami. Mana la tau dgn berkat dukung baby ni kami suami isteri dikurniakan zuriat.amin!.



nOte : Hanya gambar pengubat rindu taktala berjauhan dengan insan tersayang#

Jumaat, 30 November 2012

:.. Dian Shaz 28.11.12 ..:

السلام عليكم ورحمة الله

:.. Mardiani bt Kamarulzaman a.k.a Dian Shaz nama Fb ..:

Seorang demi seorang berhenti kerja!! hukhukhuk# 
Sedey sangat2.. bila kite dah bermesra alam tiba2 hilang begitu saja kan?. 
Semalam 28hb, kak dian pulak yg berhenti.. 
Tapi apa yg penting! 
Tali persahabatan yg dibina atas kejujuran akan berkekalan. 
In Shaa Allah.

Dan diharap kak dian lebih cemerlang di tempat keje baru ok! 
Jangan nak nakal2 sangat la ye.. nanti kan, b0s marah.. hehe.#


nOte : gelak tawamu tiada lagi kedengaran :(


Khamis, 29 November 2012

#25 Wordless Wednesday

السلام عليكم ورحمة الله

Walau sesimple mana masakan mak, tetapi kuasa sentuhan dan air tangan memang superbb!!







 nOte : Air tangan ibu terlazat dan sedap di dunia.. nyummm!!