Khamis, 29 Mac 2012

Tips 7 'C'

Assalamualaikum..

 Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini aku 'copy and paste' utk kongsikan dan renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================




 
C1. CABAR
Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ...Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....



nOte : En.asben, ayarkkk!! yg mana ciri2 yg ada kat i? tell me plzz.. love u sayang..:)


Rabu, 28 Mac 2012

budak umur 16 tahun??

Assalamualaikum..

Ini bukan patung, this is ReaL BaRBIe D0LL
jom..cekidaut!








 Comey kan!.. bertuah badan..:)

nOte : ambik kat cni..


 

Selasa, 27 Mac 2012

^ _^ urus setia kah?

Assalamualaikum..

  Hujan masih lagi kedengaran diluar opis aku ni...huhu
nasib baik ler aku sempat  sampai  opis..
kalau tidak korang jawab la sendiri!!..hehehe
makan sudah minum pun sudah..alhamdulillah..

So kali ni aku nak citer sikit la..baru2  ni jumaat-ahad..
aku di undang menjadi urus setia..
sempena game silat utk pemilihan kebangsaan negeri selangor..
tapi ari jumaat aku kena keje dulu..
syg nak ambik cuti..hikhik.. (coz mggu dpan nk cuti lgi)
balik keje baru ler aku bertugas kat Kompleks Rakan Muda, Puchong.

Game kali ni memang gempak sangat2..
boleh dikatakan reunion utk org2 lama ..
sb diaorg masih lagi boleh bertanding..
diaorg ngan en.asben satu group masa dulu kala la..haha
skrg korang pikir la..yg dah ada anak pun masih lagi turun...
hebat kan diaorg?

Tapi en.asben xde la nk bertanding!..sb? stamina  pun dh xde..kehkeh..
takpe2 kita bagi peluang kat adik2 kita yg masih muda remaja..:)


Dan berbanyak2 jutaan tahniah kpd daerah Petaling E (2perak1gangsa)
en.asben hantar pun xramai cuma 6org je..hehe

 pic ni je yg aku tangkap muat...hoho
 gula2 tu  yg penting..
 nampak cam bz kan..kan..
alhamdulillah..masa nk balik..tup!..dapat sampul surat ni...


nOte :  minggu ni masih lgi bz.....




Jumaat, 23 Mac 2012

Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH

 Assalamualaikum..

 Selamat Petang Semua!!..
Semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya... amin

 
 
  Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi . Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur Dan menyedari itu adalah sebahagian dari cara Allah menyayangi hambaNya... Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..


nOte : mohon share ye tuan tanah...
                             nk jdkan pnguat diri dn saudara2 lain....=(


Rabu, 21 Mac 2012

MISTERI DISEBALIK KASUT TUMIT TINGGI

Assalamualaikum..


Ramai yang tak tahu terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini. Kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.

Jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas. Masalah belakang dan tulang pinggul. Selain itu jugak, boleh menyebabkan kesakitan pada rahang, leher dan kepala.

Isi yang nak highlingkan ialah “kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang” ini yang menjadi misteri buat sya sebenarnya...adakah pereka kasut tumit tinggi ni sengaja mencipta kasut bertumit tinggi untuk memaksa perempuan menonjolkan payudara mereka dan menonggeng punggung semasa berjalan?? adakah ini satu konspirasi yahudi dan freemanson? sama-sama kita kaji dan fikir2kan..


nOte : Sumber ambik kat cni!

 

^ _^ jadual yg padat

 Assalamualaikum..

 Sarapan pagi tadi nasi kerabu..pagi2 dah belasah nasi! adoii xpe2 yg penting niat tu suci..hahahaa macam2 je alasan aku ni..patut kah? what ever!. tapi yg  xbest nye..lepas makan mata dah ngatok tahap gaban la pulak..^_ ^ dah la malam tadi sampai umah jam 12.30tgh mlm. Balik je keje en.asben dah nunggu depan opis sebab dia ada 2 meeting di Kompleks Kebudayaan Negeri  Selangor.. xsempat aku nak mandi..tukar2 pakaian..huhu. Meeting pasal jurulatih dan undian bagi pemilihan pesilat2 untuk kebangsaan pada jumaat dan ahad ni di Kompleks Rakan Muda, Puchong. So kali ni, padat la pulak jadual en.asben aku.. mengalahkan perdana menteri tuh!..haha perasan lebih! siapa la diri ini..ngee~~~

nOte : warrgghh!! zzzzzz...

Isnin, 19 Mac 2012

apa-apa aje!!..


Awak ni bagaikan TV3 dalam diri saya, "sentiasa menjadi inspirasi hidupku"..
Bila berjauhan dengan awak, saya tak kisah sebab awak ni kan TV9 "dekat di hati".. Awak nak tau tak? Bila saya dekat dengan awak, saya rasa tenang sangat macam  NTV7 "i feel good".. Walau apa-apa pun yang berlaku, saya harap lepas ni hubungan kita macam radio HOT FM "lebih hangat dari biasa".. Orang selalu cakap manusia ni umpama ASTRO "macam-macam ada".. Tapi saya harap sangat bila saya ada masalah, awak tak jadi macam NABIL "lu pikir la sendiri"..



¸.•♥•.¸¸.•♥• Senyum Sokmo ✿◕‿◕✿

Assalamualaikum..

Sudahkah anda BERSEDEKAH hari  ini? lakukannya sekarang hanya dengan SENYUMAN manis anda sesama MUSLIM..:)


Alhamdulillah...
jika anda sudah pun senyum hari ini...


Kejuaraan Silat Pra SUKMA Pahang

 Assalamualaikum..

Tarikh : 7-11 Mac 2012
Tempat : Dewan Sri Mentakab, Pahang Darul Makmur 

JOM! kita tengok beberapa keping gambar-gambar wasit juri yang telah berkhidmat dan bertanggungjawab selama seminggu di sana...:)











 nOte : Insyallah...klu xde aral melintang sukma ni, en.asben dpt jaga lagi..amin

Jumaat, 16 Mac 2012

♥ mereka bertiga

 Assalamualaikum..

Sedar tak sedar arini jumaat kan!..esok pe lgi aku cuti ler 2 ari..suka2!!!.. korg dah mkn tgri lom? aku?alhamdulillah..baru je lpas makan laksa...terbaik gitu!..beli kat depan masjid..tiap2 ari jumaat memang ada org niaga kat ctu..so xpayah la nak pikir2 lgi..mana nk beli kan?..he3 tapi aku tapau je..makan kat opis dgn kwn2~~ fatimah~shiema~farah.. sampai ada yg tertido..mau xtdo...lama tu dua jam setengah kita org rehat..time korg pun mesti sama gak kan?..sb arini kan org lelaki kan kena  gi sembahyang jumaat..:)
 

jom! apa kata kita
tgok gambar ke TAMPANAN jejaka kat bawah ni!.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 . 
.
.
.
.

opsss!!!..buka ini la syg..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi mereka2 ni hahh!..


ariff~iskandar~isytihar

 hahahahaha... tampan kan?
tiga org ni elok je berpakaian baju sek kan?...
kalau korg nak tau ..mereka ni anak DIDIK mak aku..
opss!!!...anak jagaan la...kehkeh..


isytihar~ateh~insyirah

aku pun rindu kat diarog ni..
kalau dpt jumpa pun..time balik kg je..huhu
suka dengan gelagat diorg ni..


nOte : rindu nak balik kG!..
 

Rabu, 14 Mac 2012

Congratulations! to cik farah & en syahmil

Assalamualaikum...

Tak banyak yang aku nak ditulis, cuma hari ahad baru2 ni..Sebelas Hari Bulan Tiga Dua Ribu   Dua Belas.. setinggi ucapan tahniah atas pertunangan kpd cik farah & en syahmil (dua2 dak opis aku). Semoga  jodoh anda ber2 kekal hingga ke jinjang  pelamin & ke akhir hayat..insyallah..

sweeT!!..





sorry ye cik farah coz kza xdpt hadir time pertunagan korg ber2..
memang kza dah bersiap2 lawa ala2...pengantin gitu!..ngeee~
call pn. azura tup2.. dia bagitau xdpt pegi coz 2 org anaknya DEMAM!..
so terpaksa la dibatalkan niat nak bertandang ke rumah cik farah ye!..so sorry sekali lagi...:(

Ilham pelamin mini ni dari butik Balqis.. comey! kan?.. so sape yg nk tunang ke..kawin ke.. boleh la intai2 butik ni..tapi area sungai buloh la..hehe..

bila nengok gambar cik farah..teringat zaman dulu2..ngee~~
 

nak letak jugak!!..hahahaha



Isnin, 12 Mac 2012

♥ .•*''' ♥'*•. ♥ Dilema wanita... ♥ .•*''' ♥'*•. ♥

Assalamualaikum..

Bila kahwin lewat, dikatakan tak laku, bila kahwin awal dikatakan gatal. Bila berkarier dikatakan mengejar kerjaya sehingga mengenepikan kebajikan suami dan anak-anak, bila surirumah sepenuh masa, dikatakan rugi belajar tinggi ,akhirnya terperuk di dapur jua. Lebih teruk lagi dikatakan, makan tidur sajalah hari-hari. Bila berfesyen dalam berpak...aian dikatakan nak menarik perhatian, bila berjubah dan berniqab dikatakan nak tunjuk alim. Bila ramah dalam pergaulan dikatakan nak menonjol, bila lebih banyak diam, dikatakan sombong. Bila aktif dalam majlis yasin untuk wanita atau program masyarakat, dikatakan gila kuasa, bila senyap dan kurang aktif menghadirkan diri dikatakan tak bercampur dengan masyarakat

♥ .•*''' ♥'*•. ♥ Wahai wanita ♥ .•*''' ♥'*•. ♥
Tetapkan pendirianmu dan janganlah gusar akan pandangan manusia kerana sesungguhnya pandangan Allah jua yang lebih utama.


nOte : sumber Disini

Jumaat, 9 Mac 2012

♥~kami n the geng opis~♥

 Assalamualaikum..













korang dh habis tgok gambar kat atas tu kan?..


Alhamdulillah..akhirnya terlaksana jugak rancangan selama 2 bulan tertangguh utk makan2 Steamboat.. so pilihan kami budak2 opis adalah bertempat di Flaming, Sunway..(aku ngan en.asben xpayah citer la..dh byak kali kesini)..hikhikik..mybe lepas ni rancangan kami akan bertukar ke BBQ pulak..

nOte : tau tak?? mana lagi tmpt yg best2??..