Jumaat, 28 September 2012

... Tip Kesihatan ...

السلام عليكم ورحمة الله

Sharing is caring!!..


nOte : Sumber fb :)

Khamis, 27 September 2012

... TerLaLau PeriHaTiN ...

السلام عليكم ورحمة الله

Pantang melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain, ada jugak manusia yg di lahirkan untuk menyibuk  dan bergosip!!.Tak payah la terlalu "PERIHATIN" sangat kan, tentang hal-hal peribadi orang.. Cube letakkan situasi orang tu kat tempat kita, amacam?? rasa apa?? hmmm...yg penting, kita doakan sahaja yg terbaik sesama kita.. itu sudah mencukupi (renung2kanlah) 



nOte : makan ikan ni lagi sedap kan?? hehe


... BiLa MooD TaK AdA ...

السلام عليكم ورحمة الله

Pagi tadi aku hanya bekpes 3 keping biskut dgn air neskepi panas je..
selera aku hilang entah kemana...coz aku rasa badan aku ni macam nak demam je.. kepala berat giler! selsema tak hilang2 lagi..wawawawa..sedeyyyy!

Ya Allah Kau kuatkanlah semangatku.. Kau ringankanlah kesakitanku.. Kau permudahkanlah setiap kerjaku Ya Allah. Hanya padaMu tempat ku memohon. Amin Ya Rabbal Alamin.

ngeeee~ bila selera xde..rasa cam nk mam buah ni!!

Bila mood xada... semua benda nak buat jadi malas! apa kes! otak asyik duk pikir tilam kat umah je.. hahaha memang jahat kan? padahal bukan sakit teruk pun! alah.... cuma nak demam je kan? belom demam lagi..ngee~ teruk2.. :p

Rabu, 26 September 2012

Dirimu Satu ♥

السلام عليكم ورحمة الله


I will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu
I will always need you cintaku
selamanya takkan pernah terganti
ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
I will be the last for you
and you will be the last for me

I will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu

ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi hatimu

Cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
I will be the last for you
and you will be the last for me


nOte : |sumber lagu dari Unggu|


CIKEBAB - Kebab "Shawarma" delivery...

السلام عليكم ورحمة الله


Hari ni maybe hari yg paling bertuah utk korang yg baca post aku ni.. sebabnya aku nak promote Kebab "Shawarma" yg telah diusahakan oleh kawan en.asben aku sendiri. Jom! kita tengok kebab yg telah dipromosikan minggu lepas secara rasminya.




anda boleh membuat pilihan dgn kebab inti LEMBU


@ boleh membuat pilihan dgn kebab inti KAMBING


Beef Shawarma - Cikebab


ngeee... sape yg terliur sila angkat tangan!


Set A - Kebab Kambing + Kentang Goreng + Minuman Ringan (Kickapoo)
Harga - RM 9.50


Set B - Kebab Lembu + Kentang Goreng + Minuman Ringan (Kickapoo)
Harga - RM 8.50

Harga bagi set di atas adalah termasuk sekali dgn delivery charges..

Tempat-tempat delivery adalah sepert berikut :
PJS, Bandar Sunway, SS12, SS13, SS14, SS15 dan Taman Perindustrian Sg. Wei.

Dan akan mula beroperasi pada:
 1hb Oktober 2012.

Waktu perniagaan pula akan dibuat pada :
Isnin - Khamis jam 12 tenghari sehingga 10 malam
Jumaat jam 2 petang sehingga 10 malam.

Sebarang pertanyaan dan ingin membuat tempahan sila hubungi di talian 019-257 6300


nOte : Selamat Mencuba!!


Selasa, 25 September 2012

September Untuk Kami


السلام عليكم ورحمة الله



Bulan SEPTEMBER bulan yg kami tiga beradik tunggu2 setiap tahun hihi. Eh, kenapa tiga je ? sorg lagi adik mana ? hahahaha.. sorg lagi lain bulan laaa awal sangat nak keluar awal sebulan dari kami semua kehkeh.

Hari ni 25hb September 2012, merupakan birthday adik zaza yg ke3 iaitu Ateh. SELAMAT HARI LAHIR Ateh !. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga hidup diberkati di dunia dan juga di akhirat kelak. Aamiin. [Orgnya agak tegas dan garang berbanding yg lain.. tapi hati murni baik jika dah mengenali beliau hehe..]


Pada 12hb September 2012 pulak, birthday kakak sulong.. siapa lagi kalau bukan zaza hehe.. Tapi birthday zaza dah lepas. Nak citer pasal zaza pulak, nanti kata angkat bangkul sendiri muahahaha. So simple je.. ada pendirian sendiri.. baik tu of course la kan ! hihihi.. cuma kepala keras batu opsss !..kalau dia kata nak.. memang dia nak, org lain pun naik pening.


Dan 08 September 2012.. birthday adik bongsu zaza iaitu Adik panggilan manja kami satu family hehe. Baru form 5, masih belajar lagi.. takde cintan cintun ye !.. fokus pada belajar yg utama. Biasa anak bongsu ni org cakap manja kan ! tapi ada la sikit.. semua org sayang kat dia hehe.. untung banyak la adik wehh. Jenis tak suka menyibuk pasal org lain.. dan yg baik sekali kalau kita nak pinjam apa barang2 dia.. dia kasi je. Muaahh !.

...........................................................

Dalam family zaza ada empat beradik je.. ke semuanya perempuan. Alhamdulillah, kami bersyukur adanya mak dan ayah yg menyayangi kami adik beradik. Tanpa mereka, maka tiadalah kami di dunia ni. I Love You !.


Okey.. sorg lagi adik zaza lahir pada 25hb Ogos 2012. Angah merupakan adik ke2 zaza. Angah pun masih lagi belajar di UiTM Shah Alam, jurusan Electric. Tapi dah menjadi tunangan org. Angah orgnya jenis pendiam tak banyak cakap.. tapi rajin nombor satu bab mengemas rumah. Nasib la kalau barang2 korang bersepah. Laju je dia buang hahahaha. 


nOte : along sayang korang semua !. 


Rabu, 19 September 2012

#16 Wordless Wednesday

السلام عليكم ورحمة الله


nOte : korang pernah makan tak ikan celup tepung??



Selasa, 18 September 2012

Mouse Bebola

السلام عليكم ورحمة الله

Kejap je zaman berlalu, mouse bebola dah tak ramai yg guna kan! termasuk la dgn aku..
korang still guna lagi tak?? ke masih simpan buat kenangan?


Tapi kan, masa guna dulu2..mesti cabut bebola tu sebab nak lap kasi dia jalan dgn lancar hahahaha!! apapun.. memori lama terselit seribu kenangan terindah.. ^_^

Jumaat, 14 September 2012

keje punya pasal aku dapat habuan!

 السلام عليكم ورحمة الله

Fuh! lega.... keje dah siap, time2 rehat pulak b0s nak! so terpaksa ler mengorbankan diri siapkan jugak keje.. adoiii.. rosak plan aku nak pi dating ngan kengkawan 2 jam pulak tu rehat!...hihihi merungut pulak ko erk!. 

Alhamdulillah nasib baik mr.chong (client) yg pemurah hati tapaukan aku nasi beriani ayam dgn neskepi ais..hmmm nampak mcm sedap! tpi selera tekak aku kureng sikit.. kalau bagi en.asben garenti senyum sampai telinga je dia..hehe. tapi xbermakna aku xbersukur dgn pemerian org tau!

ehsan google
tu dia nasi beriani.................. gambar asal xdpt den nak ambik hehe.. korang pun mesti tau kan nasi beriani mamak camne!..ayam besorr giler..memang kenyang la kalau makan.

sebelum tu...
aku nak ucap SELAMAT HARI MALAYSIA (16 September) kpd semua pelosok rakyat negara tidak kira kaum, peringkat umur, pekerjaan, kaya atau miskin.


nOte : sukaaaa!! 3 ari den cuti



Khamis, 13 September 2012

Happy Birthday To Me [120912]


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH swt sebab diberi peluang untuk zaza bernafas dan melihat mka bumi selama tiga puluh tahun. Anyway, i am so happy ! of course la kan, my birthday semalam. Teramat terima kasih kepada yg wishes to me. Ucapan korang adalah hadiah bermakna dalam hidup zaza. Semoga ALLAH swt merahmati kalian semua. Sedar tak sedar, dah tua zaza rupanya hehe.

Doa dari korang semua adalah hadiah terindah dan paling berharga. TERIMA KASIH. Sumpah ! im touching sekarang ni sebab menghadap komputer then boleh senyum sorg2 hehe. Malam tadinya pulak, surprise dari adik2 atlet silat yg sudi meraikan birthday kakakmu. Sebak ! Tqsm.

Semoga zaza semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan yg semakin mencabar dengan usia baru dan semuanya akan terindah serta terbaik dalam hidup zaza. Terima kasih Tuhan memberi kehidupan dan nyawa kepadaku.. Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan zaza. Terima kasih family dan kawan2 yg tak jemu2 memberi ucapan. Espcecially suami, tqsm atas pemberian hadiah. I Love You !.
 
 

Selasa, 11 September 2012

Biar Miskin Hal Dunia Tapi Kaya Hal Akhirat

 السلام عليكم ورحمة الله




nOte : Hanya sekadar peringatan sesama kita ^_^




~11/9-13/9~

السلام عليكم ورحمة الله

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat ber UPSR' kepada semua pelajar tahun 6 di seluruh negara Malaysia. Semoga berjaya!

~ehsan google~




Selasa, 4 September 2012

Terbaik Raya Buat Kami Sekeluarga

السلام عليكم ورحمة الله

Morning!! hari ni raya ketujuh belas kan? tak silap aku la....kejap je rasa.. macam semalam baru nak raya..bukan apa..bila dengar je radio..terdengar lagu raya.. itu yg aku ingat cam baru nak raya..hihihi. aku baru sekarang sibuk2 nak cerita pasal raya kat kG. tempoh hari...jangan ada yg termuntah sudah la yerk!

Ok... tak nak panjang2 sangat story simple je... juadah raya semsetinya sate | nasi himpit | rendang | ketupat palas | nasi ayam semua tu mak aku yg buat! anak2 makan je..hahahaha. Jom layan gambar raya yg tak berapa nak ada..

mak&ayah

keluarga kami

kami adik beradik krem kaler... polka dot lagi! dari sebelum aku kawin sampai ler dah ada en.suami, pakaian tetap sama patern cuma yg nampak lain warna coraknya aje.

kami adik beradik

 Opsss!! korang mesti terkejut kan..apa pasal kepala ada 4..hahaha.. senarnya tak plan pun nak bergambar kat luar ni.. so kebetulan pulak en.suami nak ambik..cepat2 ler posing baik punya!! last2 tengok macam ni rupanya..hahahaha sabar je lah! lagipun masa ni kita org semua nak beraya rumah pakcik makcik dekat2 rumah ni je..

ni rumah paksu...tengok ler makan je kejenya kan??

en. suami bila dah kenyang.................cam ni ler jadinya.

Raya kali ni memang sangat2 heppy! dapat jumpe semua sanak saudara.. rakan taulan.. itu pun ada lagi yg belum sempat nak jumpe coz raya ke empat aku dah pulang ke KL. Insyallah jika dipanjangkan umur murah rezeki kita beraya sama2 lagi... :)



Isnin, 3 September 2012

Segmen : Kata-Kata Semangat Dari Anda

 السلام عليكم ورحمة الله

Macam biasa kalau korang nampak doodle comey ni..
sape lagi kalau bukan en.apit punya segmen ok!
nak join jom klik sini..


Nick-Nama : Zaza
Kod Warna : #A0C544 (Dark Olive Green3)
Kata-Kata Semangat : Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

 Rakan Blogger : cma & ila

 nOte : selamat mecuba!!..:)