Khamis, 31 Januari 2013

:..Jangan Buka Aib..:

السلام عليكم ورحمة الله

Jangan sesekali menjatuhkan maruah orang lain lebih2 lagi dengan niat untuk kepentingan diri sendiri kerana apa yg mungkin berlaku dikemudian hari adalah berpunca dari kelakuan kita hari ini (hukum karma). Jika anda merasa bangga dan puas hati atas apa yg anda lakukan sekarang ini, ketahuilah bahawa orang lain hanya memikirkan anda manusia tak ada sivik dan kurang akal, jadi beringatlah...










Hadis Rasulullah SAW:
"Jangan buka aib orang kerana ALLAH akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri"


nOte : Peringantan untuk diri sendiri :) - sumber fb


#34 Wordless Wednesday [BUBUR LAMBUK]

السلام عليكم ورحمة الله

Rabu tanpa kata la konon kan!! so kite tengok gambar je la...






nOte : Tadaaa!!! dah siap.... my m0m buat dgn my makcik2 sedara... lame bebenor aku tak makan bubur lambuk hmmmm terliur :(


Rabu, 30 Januari 2013

MOVIE [Parker]


السلام عليكم ورحمة الله


DIKALA KU KESEPIAN..
DIHANYUT OMBAK RESH..
KAU MENGUBATI KERINDUAN..
 
 
Angauuu kejap hihihi. Hati berbunga2 wink*
Alhamdulillah.. selama 3 minggu OST Hua Hin, Thailand, suami selamat sampai ahad malam. Jadinya suami ajak zaza tengok wayang hihihi. Kami layan Parker ! memang terbaik citer ni. Dah hero zaza yg berlakon kan !. Memang minat giler dengan Jason Statham ni.. tak kira watak apa yg dia lakonkan. Semua real je aku tengok kehkeh.

sumber google



Sabtu, 26 Januari 2013

:..Isteri Calon Neraka..:

السلام عليكم ورحمة الله

Tidak suka mengerjakan Solat
Suka bercakap bohong kepada suami
Suka berhias untuk selain suaminya
Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
Tidak menghormati suami
Suka mencari musuh
Sombong
Tidak takut kepada Allah sedikit pun
Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
Tidak mahu minta maaf kepada suami
Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
Degil dan keras kepala
Merasakan diri lebih baik dari org lain
Suka berpoya-poya
Malas melakukan amalan baik seperti membaca Quran, Selawat dan Istgihfar
Suka memandang rendah kepada org lain.












nOte : Semoga kita dijauhi..


:.. Lipstik..:

السلام عليكم ورحمة الله



Ladies, hati2! jangan asal pilih lipstik hanya kerana lipstik tersebut memiliki wana yg memikat. Tidak semua lipstik berwarna cantik sesuai untuk dipoles di bibir anda kan?..


Nah! agar tidak 'terjerumus' ketika memilih lipstik..



nOte : sumber fb (sharing is caring) :)


Khamis, 24 Januari 2013

:.. Salam Maulidur Rasul 1434H..:

السلام عليكم ورحمة الله

Dikesempatan ini kami ber2 ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1434H kepada semua yg beragama Islam. Moga bertambah keimanan seiring dengan usia kita.... amin.



nOte : Dan selamat bercuti semua!!!!


#33 Wordless Wednesday [WAN HASSAN QADRI WAN ZAIDI]

السلام عليكم ورحمة الله






nOte :  Geram!!! rasa nak cubit2 bb Hassan (anak my sahabat)..kalau antie za balik, antie za dtg tengok ye! :) In Shaa Allah.



Rabu, 23 Januari 2013

Semuanya Sudah Berakhir


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, semuanya sudah berkahir selama tiga tahun bersusah payah demi memperolehi B.Eng [Hons] Electrical, UiTM Shah Alam, akhirnya angah [adik zaza] baru je habis belajar. Sekejap je rasa masa berlalu. Jam 4 pagi, angah selamat sampai ke kg. halaman dengan menaiki bas ekspress. Nasib semua barang2 yg lain awal2 lagi angah dah bawak balik setiap kali dia balik time cuti. Cuma, barang2 besar seperti rak2 buku, tilam, meja belajar.. angah bagi dekat zaza. Hehe syukur ! tqsm angah.


nOte : kakak mana yg tak gembira kan ! bila adik2 mereka berjaya dalam pelajaran.



Selasa, 22 Januari 2013

Resepi : Mee Rebus Versi Kami


السلام عليكم ورحمة الله


Sabtu dan Ahad zaza berkampung at rumah sewa angah [adik] di Seksyen 7. Maklumlah zaza bujang selama 3 minggu ni sebab suami OST hehehe. Bujang2 jugak kan ! diri sentiasa lah kena jaga tak kira kat mana berada. Di sebabkan kami dua beradik malas nak makan nasi.. so kami sepakat masak mee rebus versi kg kami. Alaaa senang je bahan campak2. Tumbuk bawang putih dan cili api. Lepas tu tumis sampai naik bau dan masukkan air sebanyak mana korang suka kuah. Masukkan ayam/udang/sotong/ dan masak seketika. Bila kuah dan mendidih barulah masukkan mee kuning dan sayur serta pecahkan sebiji telor. Akhir sekali masukkan perasa garam. Siap!.





nOte : Habis satu kuali muahahahaha.. makan @ kedarah ?

Senyum Sampai Ke Telinga


السلام عليكم ورحمة الله





Ya ALLAH, Syukur Alhamdulillah..
Rezeki untuk hari ni tak disangka2.. 
Semoga rezeki my bos bertambah hendaknya. 
Aamiin.


Sabtu, 19 Januari 2013

Kami Berempat Zaza Yang Montel


السلام عليكم ورحمة الله



Bila dah gemuk pipi pun nampak macam donut ngeee !. Bila la nak maintain asal balik. Mulut je cakap tapi usaha tak nak kan ? haahh tanggung la sendiri jangan nak salah makanan pulak.

:..Darjat Tertinggi..:

السلام عليكم ورحمة الله


Pagi Jumaat yg indah...
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Alhamdulillah.
hari ni aku berjubah hitam ke opis.. :)



Ada 4 PERKARA yg terdapat mengankat kepada DARJAT TERTINGGI walaupun amal dan ibadahnya sedikit iaitu :-

  • Budi Pekerti Yang Baik
  • Sifat-Sifat Penyantun
  • Merendah Diri
  • Pemurah

Hiasilah diri kita dengan 4 perkara ini. Itulah kesempurnaan Iman.
~Ustazah Siti Nor Bahiyah Mahamood~


nOte : Sumber fb


Khamis, 17 Januari 2013

#32 Wordless Wednesday [POP CAKES]

السلام عليكم ورحمة الله

Sempat lagi aku nak publish en3 ni...
apa pun 'Wordles Wednesday' tak perlu kata apa-apa..! :p

dari en. google yg perihatin



























nOtee : So sweet!, mane nak dpt coklat mcm ni??


Rabu, 16 Januari 2013

:..DONUT..:

السلام عليكم ورحمة الله


Hilangkan keraguan, leraikan kekusutan. Basahi dengan air sembahyang. Rebahkan muka pada sejadah.. Selamat menunaikan solat fardhu Zuhur. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin Ya Rabbi.

gambar hiasan cik google

Bila dah kekenyangan..gluppppp rasa mcm nak tido pulak.. :(
korang tengok gambar donut atas tu..hah! macam tu la situasi aku sekarang..hahaha
Aku beli 2 - RM1.00, jatuh 1 - 50 sen la.. tapi tak tau la tempat lain berapa diaorg jual..


Ngeeee hari ni baru dapat makan..nyum2!dah lama aku tak makan DONUT!.
yg peliknya... donut BIG APPLE aku tak berapa suka :(  
sb manis sangat, dah la mcm2 perisa.. bab tu, aku tak SUKA okey!!..
pelik kan..pelika kan.. org lain big apple la yg terHOT di pasaran..
donut kg jugak idaman kalbu aku..simple!. sira dgn gula je..hihihi
Gebu pulak tu.... nak buat sendiri hmmmmm bila entah!..


Kalau en.suami, dia memang hantu giler dgn donut tu...
pernah sekali dia ajak aku pi makan...
aku cuma makan yg bawah je ngeee yg atas segala perisa tu dia yg habiskan! hahahaha 
kalau org tak kasi aku... aku pun tak ada hal la... tak makan hati pun.. 


nOte :  Alhamdulillah aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah.



:..SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN..:

السلام عليكم ورحمة الله

Selamat Pagi !!!.. semoga bersemangat selalau dan ceria2 hendaknya.. En3 kali ni pun pasal join segmen..hihihi. Al maklum la bila masuk tahun baru ni, ideal hilang entah ke mana..hmmm Jom! sape2 nak join segmen ini sila tekan.

Opsss!! dua date : 31 Januari 2013


Nama : R o s l i z a   B i n t i   A b d u l l a h
Tarikh Lahir : 1 2   S e p t e m b e r   1 9 8 2


nOte : ada ke org sama borndate dgn aku ni??? :)



Selasa, 15 Januari 2013

:..GA | 2013..:

السلام عليكم ورحمة الله


Tadaaaa!!! kali ni aku nak join Segmen 'Give Away' empunya blog ini. Mana la tau, rezeki aku kali ni. hihihihihi. So aku nak tag cma!.

Due Date : 28 Feb 2013 - Khamis


nOte : suka dgn losyen 'Vaseline'. :)



Sabtu, 12 Januari 2013

:.. Sihir Cinta ..:

السلام عليكم ورحمة الله

ngee saje glamorkan diri..

Terjaga dari lena yg xberapa nak lena la kan! badan letih kot itu yg sampai tertido awal. hehe. itu pun en.suami call kalau tak, ke laut la mimpi aku. Nasib baik tak terbabas semua segala. Korang semua sempat tonton tak Semanis Kurma malam tadi?. kisah beliau tertarik juga la....'Sihir Cinta'.


Bab2 sihir ni memang meremang la bulu roma aku kalau dengar. Mintak dijauhkan. Pengalaman mak aku sendiri sudah cukup bagi aku betapa seksanya derita. Alhamdulillah, Allah itu maha berkuasa.


Tapi ada la aku terdengar kisah sese0rang ni yg sanggup buat apa saja demi memertankan hak dia. Bukan sihir cinta tapi sihir pada big b0s dan 0rg2 yg dia tak suka. haisssh!! macam ni 0rg pun ada. Nak suruh b0s tunduk atau dengar cakap dia, dia sanggup mempergunakan b0m0h. Langsung tak memikirkan dosa!.Ya Allah!. bukakanlah pintu hati 0rg2 sedemikian. Tunjukkanlah jalan 0rg2 ni ke jalan yg benar.



nOte : 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik'.



:.. Jom Kuatkan Iman Kita ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu. Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu. Kamu rasa lemah menghadapi kerana manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

nOte : Sharing is caring.. :)


Jumaat, 11 Januari 2013

"Simple Giveaway by FD"

السلام عليكم ورحمة الله

Selamat Petang!!!
Percaya atau tidak! aku nak join giveaway dari blogger ini. Mana la tau kan, rezeki siapa yg sangka. :) Korang pun dialu2kan ikut serta jika berminat.  Tiada paksaan tau! hehe..
Due Date 15 January 2013 | 8.00 pm.












nOte : Pink kaler lagi banner ni kan!!!! comeyyy...



Khamis, 10 Januari 2013

:.. Personaliti Anda ..:

السلام عليكم ورحمة الله

Post ini diambil dan dicatat di sini hanya untuk perkongsian sahaja ok! korang tahu jenis darah korang? Sila kenal pasti jenis darah korang sendiri erk!. hmmm aku darah jenis 'O'. Jom! kita check it out.

'O' : sabar | kuat cemburu | setia | ego | ingin jdi ketua dlm kump. | yakin | kuat b'usaha | serius | tekanan


nOte : Semua kat atas ni jenis darah 'O'. :)


#31 Wordless Wednesday [VECTOR]

السلام عليكم ورحمة الله





nOte : Cantik tak gambar ni?? hehehe. Gambar ni aku tempah dari seseorang.. kalau korang berminat boleh la jenguk2 kat sini. memang tak rugi pun sebab korang akan berpuas hati dgn hasil beliau.


Selasa, 8 Januari 2013

SEGMEN : SAYA BLOGGER DARI NEGERI..

السلام عليكم ورحمة الله

Bosan xtau nak buat apa daa!! keje semua dh siap.
So aku nak join apit punya segemen sb tarikh tutup tiada dan sentiasa berjalan hehe..


Saya Blogger Negeri.........of coz la 'Terengganu Darul Iman'. :)

Tahun baru 2013 ni kan, Tahun Melawat Terengganu. wah! bangga kejap..hihihi
Kalau nak tau banyak tempat2 menarik dan khzanah yg boleh korang tengok, korang datang sendiri Terengganu tau!  antaranya:-

Pulau Rendang
Cakap pasal Pulau Redang ni, subhanallah. cantik sangat!! tak terkata dek mulut ni nak menggambarkan betapa indahnya..memang sangat2 teruja la kan... tak percaya! try korang pergi. Yg nak 'honeymoon' pun terbaikkk!!..





Pantai Batu Buruk
Beli layang2 ketika singgah di Pantai Batu Buruk.. memang seronok dengan angin bertiup sepoi2 bahasa dan udara yg nyaman.






Air Terjun Sekayu
"Sekayu comei zamang-berzamang" hehehee.. merupakan lagu 'Blues Terengganu Kite' yg dinyanyikan oleh kumpulan Iklim. Menggambarkan keutuhan ari terjun seolah2 tidak luntur oleh arus masa.








Pasar Payang
Kalau tak pergi pasar payang tu, maka tak lengkaplah org kata! kat pasar payang baju batik yg dah siap dan sutera pun memang banyak.. cuma stanby duit je hihihi..





Masjid Kristal
Keunikan Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yg menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.



























Keropok Lekor
Bagi aku anak jati Terengganu, antara keropok lekor yg popular dan menjadi sebutan....rasanya yg menyelerakan, rasa ikan yg menusuk kalbu..:) tempat lain banyak sagu kot! hihihi






















Nasi Dagang
Nak bkreafast nasi dagang di Terengganu tidak sesusah mana.. korang pergi gerai makan atau kedai kopi tepi2 jalan tu..memang ada org jual. senang kan? pagi2 dh makan nasi.erkkk!!




























Ikan Singgang
Menu tradisional pantai timur iaitu ikan singgang 'aya' (ikan tonggkol). Kuah singgang tu pulak kita hirup2..pergghhh!!! best giler ada pulak petai cicah budu..ngeeee tambah 2x nasi kalau aku la..hahaha




























Kalau nak certia memang giler kentang la... so korang rajin2kan diri search cik google pasal melawat Terengganu tahun ni.. Setiap negeri ada kelebihan masing2. dan aku berbangga menjadi rakyat Terengganu!!.


Doodle kat bawah ni pun apitz yg buatkan..hehe



nOte : tag semua yg ada la...