Rabu, 31 Julai 2013

Resepi : Akok versi Bellezza


السلام عليكم ورحمة الله

Asyik makanan je aku post!! muahahaha.. bulan puasa katakan.. Ok, kali ni aku nak kongsi resepi kuih AKOK pulak ye!! Boleh dijadikan hidangan pemanis mulut semasa berbuka. 
Jom! godek2 resepi^^


BAHAN-BAHAN :
  •  1 Cawan Telur - pecahkan telur 
  •  1 Cawan Santan Pekat 
  •  1 Cawan Gula Kabung - racik halus2
  •  1 Cawan Air 
  •  1/2 Cawan Gandum
  •  3 Helai Daun Pandan - carik2
  •  Secubit Garam 

CARA-CARA :

1. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200C dan griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam 
    oven.

2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Mask hingga gula hancur. Keluarkan daun pandan. 
    Kemudian sejukkan sebentar.

3. Masukkan santan, tepung gandum, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Blend hingga betul2 
    kembang. Adunan kuih akok memang cair. Tapiskan.

4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

5. Bakar hingga masak selama 15 minit suhu diturunkan ke 180C. Guna api atas dan bawah.


nOte : versi aku punya bulat coz acuan xde yg leper hihihih..yg penting menjadi dan sedap! :)

Selasa, 30 Julai 2013

Pre Raya GiveAway By Adam Faiz


السلام عليكم ورحمة الله



[ KLIK BANNER ] 

Pre Raya GiveAway By Adam Faiz bermula pada hari ini 22 Julai 2013 iaitu tepat jam 12.00 malam sehingga 12.00 malam 30 Julai 2013. Semua dijemput join.

Isnin, 29 Julai 2013

Resepi : Begedil Ayam


السلام عليكم ورحمة الله

RAMADHAN ke-9 terselit menu Begedil Ayam atas permintaan en. suamiku.  Balik keje terus bergegas ke dapur coz bahan2 yg nak dimasak semua dah ada so senang keje aku! Alhamdulillah.. begedil ayam versi aku menjadi dengan jayanya hihihi.. pujian en.suami bertambah2 kembang hahahahaha.. 


BAHAN-BAHAN :
  •  1/2kG Ubi Kentang
  •  200Gm Daging Ayam Kisar
  •  1Sk Lada Sulah
  •  1Sb Bawang Goreng 
  •  1/2 Labu2 Tangkai Daun Sup - hiris halus
  •  Kelapa Parut Bawang Besar - potong dadu
  •  2 Biji Telur Ayam
  •  Garam Secukup Rasa
  •  Minyak Secukup untuk Menggoreng

CARA-CARA :

1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan.
    Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dahulu.

2. Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh 
    masak.

3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur didalam satu bekas.

4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.

5. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih
    dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga bewarna keemasan.

6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di 
    makan begitu saja.


nOte : aku sebenarnya tak berapa sangat begedil ni.. kalau en.suami memang hantu!!

Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu


السلام عليكم ورحمة الله



[Join Klik Banner ]


special hadiah *50 orang peserta awal dapat free brooch rekaan sendiri 1 biji

Tamat

31 Ogos 2013

Ahad, 28 Julai 2013

Resepi : Kuih Onde-Onde @ Buah Melaka


السلام عليكم ورحمة الله

Citer kuih ni dan seminggu sudah iaitu RAMADHAN ke-8.
Tapi hari ni baru aku rajin nak kongsi resepi yg korang memang dah teror kan!
Hari rajin boleh la aku buatkan.. kalau tak BAZAR RAMADHAN hasilnya hihihi..
Aku buat pun tak banyak dapat la sepinggan makan. 



BAHAN-BAHAN :
  •  500Gm Tepung Pulut
  •  4Sb Tepung Gandum
  •  Air Secukupnya
  •  1Sk Pewarna Daun Pandan
  •  1Kpg Gula Melaka - dipotong kecil2
  •  Kelapa Parut
  •  Sedikit Garam


CARA-CARA :

1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap,
    guna air daun pandan yg telah dikisar.

2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi saiz bulat supaya senang nak anggarkan saiznya.
    Kemudian leperkan.

3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.

4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.

5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih2 tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.

6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut yg telah digaulkan sedikit garam. Siap untuk dimakan.


nOte : org kG memang panggil kuih ni dgn nama onde-onde cam klasik pun ada hehe..

Simple Segment by Fatin Diana


السلام عليكم ورحمة الله



Nampak banner SIMPLE SEGMENT kat atas kan! so kalau uols nak join sekali mudah dan senang cuma KLIK BANNER ye!. Ok FD, akak dah ikut semua syarat2nya. So disini akak membuat pilihan untuk memilih BUTTON BADGE no.2  :)



Jumlah pemenang yg dicari - 25
Tamat : 31 Julai 13


nOte : In Shaa Allah, ada rezeki xkemana hehe

Jumaat, 26 Julai 2013

Ramadhan 17 Hari Memperingati Nuzul Quran 1434 H


السلام عليكم ورحمة الله

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yg pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat2 menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yg ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yg serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yg mula2 diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.































Juz 13 : "Dan aku tidak mengakui diriku suci (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya NAFSU itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali NAFSU yg diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Yusuf ayat 53)

Rabu, 24 Julai 2013

#52 Wordless Wednesday [FRIDGE MAGNET]


السلام عليكم ورحمة الله


InOte : FM koleksi en. suami, comey je nampak hihihihi..

Sabtu, 20 Julai 2013

Segmen Doodle Peplum Raya !


السلام عليكم ورحمة الله



[Detail doodle]
- Corak tudung (pilih corak yang diberi atau cari sendiri) - [#2]
- Baju & kain (sama warna, satu warna sahaja) - [#3BB9FF]
- Lapisan peplum & tali pinggang (sama warna, satu warna sahaja) - [#F75D59]
- Kasut [#736F6E]

Tarikh mula : 18/07/2013
Tarikh tamat : 25/07/2013
Tarikh pemberian doodle : belum ditetapkan

Khamis, 18 Julai 2013

IFTAR - FenD Ikan Bakar


السلام عليكم ورحمة الله

Ramadhan ke-5 kami berbuka di luar kerana ajakan rakan2 en.suami last minit. Kami dapat call pun dalam tenghari selepas beliau menonton JALAN-JALAN CARI MAKAN at TV3. Owhh kalau Ikan Bakar FenD memang kami pernah makan. Sejak FenD masih menggunkan khidmat Lori menjual ditepi jalan lagi. Permulaan yg baik alhamdulillah beliau dapat membuka restoran GAH dan yg pasti diterjah oleh tv3 :)

Kami bertolak dari rumah jam 5.oo petang oleh kerana rakan en.suami langsung tidak membuat tempahan. Pergi pun mengharap nasib. Bila dah sampai,memang terkejut coz semua atas meja tertera 'reserved'. Pergi ke kaunter diaorg cakap meja semua sudah penuh. huh! macam mana ni?

Buat muka seposen.. mula2 nak pergi tempat lain. Nasib menyebelahi kami kerana pelayan restoran mengeluarkan 2 buah meja. Alhamdulillah meja itu milik kami muahahahaha. Restoran ni penuh mesti gara2 tengok tv ni kan..kan.. termsuk kawan en.suami.

Dapat kerusi terus duduk diam2. Sambil tu membuat pesanan makanan. Iyelah kan, entah ke berapa giliran aku nanti. hukhukhuk. Pesanan macam biasa.. nama pun ikan bakar kan!

2 ekor ikan keli
2 ekor ikan kembong
2 ekor ikan talapia
nak order sotong bakar hampehh!! sudah habis..uwaaaaaa
tembikar 1 jug
limau o ais 1 jug
kerabu perut
kerabu sotong
kailan ikan masin
kangkung belacan
nasi putih 11 - 3 family ye!! hehe

Special pemanis mulut aku mintak LAICIKONG MANGGA & LAICIKONG LAICI memang terbaik dari dulu lagi.








Merah you! hehe gediks santai dulu sementara waktu berbuka. Dan asyik baik punya lepak.. aku ternampak seseorang yg aku kenali..

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Encik Aidil Zafuan 
seorang pemain bolak sebak terkenal. ngeee!!





Selasa, 16 Julai 2013

APA ITU ISTIDRAJ?


السلام عليكم ورحمة الله


Iyanya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yg mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 

Inilah yg dinamakan Istidraj. 

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa org itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yg durhaka dan sering berbuat maksiat yg terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yg telah datang kepadanya adalah kerana Allah beserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga org ragu2 kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimanapun dengan ada org yg sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadahan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yg lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yg susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula org yg seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa tak takut mati? Katanya, alah org lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai2. Tak kisahlah !.

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasulullah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar2 pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong !.

Secantik2 Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia Istidraj - Manusia yg lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada org yg beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. 

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah2.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Sebenarnya, kadang2 Allah memberikan nikmat yg banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad).

Anai2, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah2 daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai2 pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, org lain mati, namun dia masih belum mati2 juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi, dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yg cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. 

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama2 hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul2, maka terjawablah segala keraguan yg mengganggu fikiran kita.

Mengapa org kafir kaya, dan org yg berbuat maksiat hidup senang/mewah.

Pemberian yg diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yg diredhaiNya.

Rupa2nya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada org kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu Istidraj.

Org naik pangkat, Istidraj.

Org2 besar, Istidraj.

Jangan.

Org yg menggunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdikan kepada Allah bukan Istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yg kita cari, juga bukan miskin yg kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yg diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yg sebenarnya tentang nikmat yg diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yg diperolehi itu adalah nikmat pemberian yg diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,

Nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'alam.


nOte : Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aamiin.