Isnin, 26 Ogos 2013

'Giveaway 2013 By Jaja'


السلام عليكم ورحمة الله

- Polaroid Camera x 1
- Vaucher RM40 for Pizza Hut x 1
- Bawal plain turquoise bidang 45 x 1


Tarikh Tamat : 30 September 2013

Rabu, 21 Ogos 2013

#53 Wordless Wednesday [TOURNAMENT GOLF]


السلام عليكم ورحمة الله









nOte : pisttt!! sabtu lepas tgok tournament @ Kinrara Puchong

Isnin, 19 Ogos 2013

Perhimpunan Aidilfitri Kali Ke-2


السلام عليكم ورحمة الله

Hari ni baru aku dapat update pasal raya.. Aku pun bukannya blogger tegar kot nak citer detail pasal raya sakan hahaha ayat tak boleh blah ! So aku tak nak membebel panjang lebar dan aku sajikan beberapa keping gambar semasa majlis di adakan pada hari sabtu iaitu raya ke3 di Kg. Gajah, Perak baru2 ni untuk tatapan uols semua.. itu pun kalau masih ada yg sudi baca ngeee!! [padahal idea dah kering giler] harap maklum.

Banner perhimpunan Aidilfitri kali ke-2]



[Meja untuk pendaftaran VVIP]

[Pelancaran borang pendaftaran tabung Hj. Mutalib dan Hjh. Ngah Rokiah] 


[Tuan pengeusi majlis ]


[Wakil dari keluarga Hj. Shaari [yg berucap ayah mertua]


[Wakil dari keluarga Raayah]


[Wakil dari keluarga Sulaiman]


[Wakil dari keluarga Hj. Bahari]


[Wakil dari keluarga Konek]


[Wakil dari keluarga Sharifah]


[Wakil dari keluarga Kuyah]


[Wakil dari keluarga Turi]


[Giliran anak2 cucu cicit menerima sumbangan duit raya]

[Sebahagian hamper untuk cabutan bertuah [sape la yg bertuah tu kan!]


[Opah yg bertudung hijau]



[Sebahagian dari family in law]


[Bersama kazen2 en.suami]



[Itu dia betapa meriahnya family Hj. Mutalib & Hjh. Ngah Rokiah]



[Yeah!! kambing bakar untuk pusingan yg ke2 kali..memang terbaik !]


nOte : nak citer lebih2 mood kelaut ngeee!! sabo je la :p


"GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA"


السلام عليكم ورحمة الله



Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

Good Luck semua^^


Ahad, 18 Ogos 2013

"Random Giveaway by FD"


السلام عليكم ورحمة الله









HADIAH : BAWAL ROSES

Tamat : 1 September 2013
*mungkin akan dicepatkan*

[Aku Terkedu] Tidak Sengaja Mengajar Isteri


السلام عليكم ورحمة الله


Maaf? Tak Sengaja? Mengajar? Astaghfirullah. Lelaki bacul sahaja memukul wanita. Nabi saw TIDAK PERNAH memukul isterinya. NO man has the right to ever hit a woman! Got it? STOP VIOLENCE AGAINST WOMAN. REPORT AND HELP ANY CASE YOU KNOW.


nOte : [petikan dari fb Wardina Safiyyah OfficialPage]. uols semua pun mesti sama pendapat dgn kak dina kan! aku pun cukup2 kesian dgn nasib isteri dia yg teruk dibelasah oleh suaminya. Harap dgn apa yg terjadi suami2 or isteri2 di luar sana, berhati2 lah sebelum bertindak sesuatu mengikut hawa nafsu.  


Sabtu, 17 Ogos 2013

Video Sempat Dirakam Mengenai Mesir


السلام عليكم ورحمة الله

Astaghfirullahalazim.. moga Allah merahmati mereka semua. Sedihnya aku melihat keadaan mereka. Menitis air mataku. Peluru menembusi tubuh badan mereka, bayi turut menjadi mangsa, anak2 kecil kehilangan ibu bapa. Ya Allah, berilah kemenangan kepada Agama-Mu, berilah kekuatan kepada mujahidin dan saudara2 kami yg teraniaya. Berilah kesabaran kepada mereka Ya Allah !.





"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata : Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - [Surah Al-Baqarah : Ayat 30]

Bersama2 lah kita amalkan Doa Qunut ini, mudah2an diangkat segala kesukaran yg dihadapi saudara2 seIslam kita. Aamiin.





nOte : Sesungguhnya Ya Allah kami redha dan ketentuan Mu, tapi kami bermohon dengan rendah hati dan kepiluan ini berilah kemengan kepada saudara kami. Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.


Rabu, 14 Ogos 2013

Resepi : Nasi Minyak Hujan Panas + Ayam Gulai Style


السلام عليكم ورحمة الله

Sebenarnya aku nak share resepi nasi minyak hujan panas bersama ayam gulai. Aku dapat  resepi asal dari blog ini. Mekasih banyak2 tuan empunya blog yg baik hati sudi share resepi my favorite. Lagipun, hari ni baru masuk 7 Syawal mood raya steel feeling ala bunga2 cinta gitu hihihi. So kena lah masak sedap2 untuk santapan hidangan en.suami tersayang. :)



BAHAN-BAHAN :
  •  3 Cawan Beras
  •  1/2 Kiub Ayam
  •  1/2 Cawan Susu Sejat
  •  1 Helai Daun Pandan
  •  Pewarna [Merah, Hijau & Kuning] aku xletak pun pewarna kuning sb xde
  •  Air Secukupnya - Ikut sukatan jenis beras maasing2

BAHAN TUMIS :
  •  2 SB Minyak Masak
  •  1 SB Minyak Sapi
  •  1 SB Marjerine
  • 1/2 Inci Halia - Hiris
  • 1 Biji Bawang Besar - Mayang
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 3 Kuntum Bunga Cengkih
  • 3 Biji Buah Pelaga

PENYEDIAANNYA :

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.

2. Panaskan minyak, marjerine dan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehinga terbit bau.

3. Masukkan beras dan gaul rata.

4. Masukkan susu sejat dan air secukupnya, kiub ayam, secubit garam dan daun pandan.

5. Masaklah nasi sehingga masak.

6. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna merah, hijau dan kuning ditempat yg berasingan. 
    Tutup periuk.

7.  Bila nasi betul2 tanak, gembur2kan nasi dan sedia dihidang.



BAHAN-BAHAN :
  •  1 Ekor Ayam - dipotong
  •  5 SB Cili Mesin
  •  5 Biji Bawang Merah*
  •  3 Ulas Bawang Putih*
  •  1 Inci Halia*
  •  1/4 Inci Lengkuas*
  • I Inci Kunyit Hidup*  [* semua bahan ini di blend] 
  • 1SB Rempah Gulai - bancuh dgn sedikit air panas sehingga menjadi paste
  • 2SB Kerisik - aku xletak sebab xde jugak
  • 4 Cawan Air
  • Air Asam Jawa
  • 2-3 Biji Ubi Kentang - dibuang kulit dan dipotong
  • 1/2 Cawan Santan Pekat
  • Sedikit Perasa [ garam & gula]
  • Belacan
  • Minyak
BAHAN PENUMIS :
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis
  • 5 Kuntum Bunga Lawang
  • 5 Kuntum Bunga Cengkih
  • 3 Biji Buah Pelaga

PENYEDIAANNYA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis sehingga wangi dan masukkan cili mesin.

2. Biarkan sehingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend tadi.

3. Masak sehingga pekat dan masukkan semua paste rempah gulai.

4. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra alam dgn ayam ye!

6. Biarkan seketika dan masukkan pula air. Kacau2 biar seketika dan masak sehingga kuah mendidih 
    dan masukkan air asam jawa serta ubi kentang.

7. Masukkan juga santan pekat dan masak lagi.

8. Hendaklah sentias mengacau supaya tak naik kepala.

9.  Masukkan pula sedikit bahan perasa garam dan gula. Biarkan merenih sehingga ayam betul2 masak 
     dengan kepekatan kuah.

10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.


nOte :  Okey aku nak siap2 pergi kerja takecare ye! jangan nakal2..!!


Al-Fatihah Buat Arwah Sepupuku


السلام عليكم ورحمة الله


[GAMBAR  - Arwah berbaju tshirt hitam sebelah kanan]





Al-Fatihah buat arwah sepupuku. Petang tadi aku telah dikejutkan panggilan yg memaklumkan sepupu aku telah kembali. Innalillah. Sesungguhnya Allah S.W.T lebih menyayangginya dan Maha Mengetahui akan ciptaanNya. 

Salam takziah buat family arwah terutama isteri dan anak. Arwah sebenarnya sudah lama menghidap kanser. Tapi aku kurang pasti kanser apa. Hanya sepohon doa dari ku, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Aamiin.


Firman Allah [Surah Luqman : 34]

"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang menurunkan hujan dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim [ibu Yang mengandung]. dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok [sama ada baik atau jahat] dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNua."


Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah.












Selasa, 13 Ogos 2013

Kes Bunuh Lagi Di Malaysia


السلام عليكم ورحمة الله



Subhanallah...
Lepas satu2 kes bunuh di Malaysia.. 
Sebelum ni aku asyik dengar kes bunuh di negeri2 lain namun.. sekarang tak kira tempat bukan di kota sahaja bahkan di kG aku pun terjadi kes2 macam ni..

Kali ni berita menggemparkan penduduk tempatan apabila pagi tadi seorang pemilik Restoran Nasi Kukus PAKA, Terengganu telah ditikam bertubi2 dengan senjata tajam terus rebah dan meninggal dunia ditempat kejadian. Al-Fatihah.


 Sebelum ni kejaadian yg sama kecurian kereta berlaku dirumah adik ipar aku sendiri, namun syukur alhamdulillah kerana semuanya selamat.


nOte : Hati2 lah sekarang penjahat ada di mana2..


Selasa, 6 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434H Dari Kami Berdua


السلام عليكم ورحمة الله

Dikesempatan ini zaza ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
andai ada terlanjur kata selama berblog serta tersilap gurauan. 
Mohon diampunkan segala kekhilafan zaza dan suami.



Petang ni zaza dan suami akan pulang berbuka puasa dan akan beraya bersama2 family suami di Jeram, Selangor. Maklumlah Raya Puasa tahun ni turn en. suami hehe.! 

nOte : doakan kami selamat sampai ye.. :)


Isnin, 5 Ogos 2013

Ayam BBQ MADU Air Tangan En.Suami


السلام عليكم ورحمة الله



Alhamdulillah...iftar RAMADHAN 28 en.suami masak AYAM BBQ MADU.
perghh!! memang sedap macam beli kat kedai, betul tak tipu!.. puji lebih pulak aku ni, kan tak pasal2 kembang semangkuk en.suami bila terbaca blog aku hahahaha. Apapun ucapan ribuan terima kasih coz sudi masak untuk isterimu yg sejak menjak ni agak malas untuk ke dapur hihihi. 


nOte : resepi nanti aku update!

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kad Raya Pertama#


السلام عليكم ورحمة الله



Yeay!! dapat Kad Raya dari adik Fatin Diana a.k.a FD. 
Nak tau macam mana aku boleh dapat kad raya dari blogger FD ni?? klik SINI
Walaupun aku baru dapat 1 (ehh ada lagi ke yg nak bagi) hihihi, tapi syukur alhamdulillah.

Mekasih banyak2;
http://www.fatindiana.com/
http://www.facebook.com/fatindianaa


nOte :  seronok dapat kenal dengan blogger2 yg baik hati ni :)