Khamis, 28 November 2013

First Year Of A Baby Born 3.5 Months Premature


السلام عليكم ورحمة الله

Subhanallah.. Allah Maha Besar!
Sangat2 tersentuh apabila menonton video ibu bersama anak yg dilahirkan belum cukup bulan.
Betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.. menyedihkan sanubariku..



Siapa sangka.. bila melihat wayar2 bersama anak kecil ini..
Tiada yg mustahil, bila Kau menghendaki sesuatu.. dengan IzinNya maka jadilah ia.. 
Anak kecil ini membesar dengan sihat dan comey..
Zaza yg menonton pun terasa gembira sangat2!!

nOte : teringat kata2 mak zaza.. badan arwah abg pun penuh dgn wayar2 dan mata tertutup disebabkan demam kuning.. arwah time tu baru 3bln. Al Fatihah. Sedey!!


Selasa, 26 November 2013

Fatimah dah pun bersalin.. Alhamdulillah


السلام عليكم ورحمة الله

Merahnya mak ngah! hehe... tetap maintain ayu ko erk! berseri2 walapaun time ni dah masuk 7bln lebih.
Alhamdulillah sahabat opismate zaza, Fatimah selamat lahirkan baby ke-2 girl jugak pada 20112013 jam 9.45 malam seberat 2.97kg. Tahniah zaza ucapkan. Tarikh pun cantik je.. 



Fatimah bersalin Hospital Temerloh, Pahang. Sebab dia memang asal org Pahang. Anak pertama dulu pun bersalin di Pahang juga. Senang terus berpantang di kg halaman..


Bila tengok baby yg baru lahir..memang geram teramat sangat! Mana taknya, dengan gebu comey..rasa nak peluk cium je hehe. Nak2 tengok time baby ni tido macam best je.. macam sedap je hihihi.. 


Sama tak? sama tak? baby ni bukan kembar ye!.. sebelah kiri si kakak dan sebelah kanan si adik. Time dia dua2 baru dilahirkan.. ffress kuar oven panas2 hihi. Tak sabar nak tunggu ibu dia habis pantang hehe.


ital Hah.. ni da si kakak yg comey bernama PUTERI HAYFA FIRZANA dah pun berumur 2 tahun. Lepas ni, kakak kena jaga adik baik2 ye!.. jangan nakal2 dengan adik dan sayang adik ketat2. [nama adik zaza tak tahu lagi, nanti zaza update semula okey.] *update : PUTERI HANA LIYANA


nOte :ingatkan cuti sek ni musim org kawin.. rupanya ramai pulak org bersalin hehe. Anugerah terindah. Alhamdulillah.



Ahad, 24 November 2013

Movie [Scnd.Sght]


السلام عليكم ورحمة الله



 

Wah! bukan main excited lagi ye... muka posing terlebih sakan hihihihi. 
Alhamdulillah.. petang sabtu kami pergi Subang Parade je yg paling dekat dan senang.
Tujuan asal en.nizam nak beli sedikit barang keperluan dan sambil2 tu sempat menyelam tengok movie hehe..
Kata sosial kan! hahaha..

En.nizam belikan tiket movie SCND.SGHT Thailand.
Mengisahkan tentang karma hidup seseorang iaitu terjadi dalam hidup manusia akibat perbuatan manusia itu sendiri. Uols pon faham kan! contoh, kita buat masalah.. so kena tanggung la sendiri gitu cewah!  
Zaza nak ulas panjang2 pasal cerita ni tak berapa pandai sangat :p
Apa kata uols tengok sendiri dan pasti tidak kecewa.


nOte : Jarak jauh itu ujian cinta, Menanti itu bukti kesetiaan :)


Sabtu, 23 November 2013

Selamat Pengantin Baru Emir Hafidz & Wan Nurul Azreena


السلام عليكم ورحمة الله

Hari ni zaza dengan en.nizam dapat invite majlis perkahwinan anak kepada pelakon Hafizuddin Fadzil a.k.a Fish Fazil. Masalahnya, zaza tak dapat pergi sebab en.nizam belum balik kerja lagi. sudah 2kali abg fish jemput kami...namun tak ada peluang juga nak hadir. Sorry! ye abg fish.. kami tak dapat hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki Emir Hafidz dengan pasangan Wan Nurul Azreena yg sangat2 cantik dan kacak :)



















Tahniah kepada pasangan mempelai. Selamat Pengantin baru dan kami mendoakan semoga pasangan berbahagia hingg ke Jannah. Aamiin.



nOte : gambar majlis tersebut zaza ambil dari fb Fish Fazil

Resepi : Tempe Ikan Bilis Ranggup


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah selesai semua kerja rumah.. maklumlah hari ni kan cuti hujung minggu. hehe
Okey berbalik pada tajuk... zaza nak share resepi yg tersangat mudah. Mybe uols semua pun pernah buat tempe ikan bilis ni kan!.. makan dengan nasi panas2 memang terangkat u!!.. boleh tambah 2, 3 kali kot hihihi.


BAHAN-BAHAN :
  •  1 paket tempe - dipotong dadu
  •  ikan bilis segenggam
  •  1/2 biji bawang besar - dimayang nipis
  •  1 ulas bawang putih - dimayang nipis
  •  1 biji cili merah besar - dipotong nipis
  •  5 biji cili api - dipotong nipis
  • serbuk perasa 
  • minyak 

PENYEDIAANNYA :

1. Rendam tempe dan ikan bilis selama 5 minit. Toskan.

2. Panaskan minyak, goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. angkat dan ketepikan dahulu.

3. Selepas itu, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili api sampai naik wangi. 

4. Agak2 dah layu sekdikit, barulah masukkan sedikit perasa.

5. Tutup api. Angkat dan gaulkan bersama tempe bersama ikan bilis tadi.

6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.


nOte : resepi yg sangat mudah dan cepat disediakan.


Ahad, 17 November 2013

Charger phone baru yeahh!!


السلام عليكم ورحمة الله

Yeahh!! dah ada charger HP baru..
Baru je balik dari Piramid semata2 nak beli charger ni hah..
 Berbaloi la apa yg kita nak dapat kan!
Tunggu en.nizam balik je nak claim hihihi..


So sekarang tak payah pening kepala bila nak cas hp..
Sebelum ni zaza asyik cucuk keluar masuk je cas kat hp tu huhu..
Penat jugak la bila dia nak okey..
Pikir nak campak pun ada hahahaha!!


nOte : masih menunggu sidia balik :)


HIJJAZ - Kau Pemilik Cinta


السلام عليكم ورحمة الله



Lirik yg sangat INDAH.. 
Setiap manusia telah ditentukan JODOHnya.. 
Buat SUAMIku, teman terindah Dunia dan Akhirat.


"Oh Tuhan, Kau Yang Maha Tahu, Cintaku padanya tak pernahku ragu, Ku pinta kekalkan cintaku, Hanya bersamanya disyurga Mu". 


nOte : mengusik kalbu.. tak puas dengar! best sangat :)


Jumaat, 15 November 2013

Terasa rindu pulak dekat diaorg ni..


السلام عليكم ورحمة الله


Macam Comey je.. macam cantik je... hihihi. tapi, memang comey pun 2 beradik ni. Manis je tengok keakraban mereka berdua dah macam pasangan kekasih pulak. Si abg zaza panggil Boy a.k.a faizal dan si adik pulak kakak a.k.a jehan. Boy umurnya 12 tahun dan jehan pulak 10 tahun. Orgnya kecik je hihihi.



Mereka berdua ni anak kepada kawan en.suami. Dah lama mereka tak datang lepak rumah. Terasa rindu pulak. Mybe sebab en.suami selalu ost kot!. Mereka ni dah macam anak angkat kami. Biasanya mereka kalau time cuti sek or hari minggu selalu jugak tido rumah dan yg rajinnya si boy lah. Maklumlah rumah kami pun tak jauh mana pun cuma berlainan court je hehe..



Boy ni nampak je macam ganas! tapi hati taman tau... kena tegur sikit dah menangis. Tapi kan, boy ni cepat je redanya..datang2 kat en.suami lentok baring tepi hahaha.. Dan si jehan pulak mulut memang tak henti bercakap.. ada je cerita yg nak dibualkan. Jehan walaupun baru form 5 tapi matang mcam org dewasa. 
Suka dengan telatah mereka berdua. :)


nOte : In Shaa Allah, doakan kami juga semoga cepat mendapat zuriat. Aamiin.


Rabu, 13 November 2013

Mereka sangat sporting habis..


السلام عليكم ورحمة الله

Citer pasal Golf ye..
Hari minggu macam biasa kalau ada tournament mesti zaza tak lepaskan peluang.
Tapi, area2 KL dengan Selangor je tau! luar negeri or negara memang tak la. 
Siapa lah daku kan! hahahaha...


Yang paling bestnya, zaza bertuah coz dapat bergambar kenangan dengan Golfer Mr. Masaru Takahashi 
(Japan) wins PGM MIDF KLGCC Master pada hari ahad baru2 ni. Tahniah diucapkan. Zaza berterima kasih jugak kepada Mr. Pasamet Pye Pogemnerd (Thailand) yg sporting habis hihihi.


nOte : sebelum ni tgok diaorg kat tibi je kan..


#59 Wordless Wednesday [KEROPOK GORENG]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Merindui Keropok Lekor goreng segera air tangan my m0m!


Khamis, 7 November 2013

Bitstrips


السلام عليكم ورحمة الله

Bila ada aplikasi BITSTRIPS ni kan, macam best sangat! mana tidaknya.. time boring boleh berdialog sakan dengan kawan fb. Pada siapa yg tidak tahu (pada asalnya aku pun tak tahu hehe), aplikasi Bitstrips ni korang boleh install kat 'Play Store' or 'App Store' bagi pengguna android. Senang je kan.

Memula zaza pun tak advance pasal aplikasi ni.. tengok fb kawan dia ada upload. Ingatkan diaorg lukis wow! giler pandai sebijik sama dgn empunya tuan. haha rupanya aku kena tipu. Apa lagi, aku time tu jugak godek2 search. Dan akhirnya...... ni dia bitstrips aku yg bertudung ayu hehe.


korang cari identiti diri sendiri... then barulah dapat hasil. sama tak? hahaha 

ni bekas opismate zaza.. nama dia Diana. orgnya pun memang happy go lucky je! 

hahh.. yg nurse comey ni namanya lely, kwn baik zaza. Kepala dia giler2 kan! terbahak2 zaza baca.. ngeee!! (sblm ni zaza tak jumpa cari tudung hehe baru belajar katakan)

Yang paling geram! bitstrips en.suami ni.. mana taknya boleh dia perli zaza main candy crush hahahaha. dah la time tu betul2 tengah pening level :p



nOte :  baru malam ni ada mood nak berblog huhu.. tak tahu la sampai bila pulak :(

Jumaat, 1 November 2013

Keropok Goreng homemade by mom


السلام عليكم ورحمة الله

Mata belum mengantuk lagi... hehe
Sedar tak sedar pagi ni dah masuk 1hb November! 
Sekejap je dah nak akhir tahun 2013 kan?


Sebenarnya zaza saje je update gambo keropok ni... 
my mom buat sendiri malam tadi.
Serius! sedapp sangat2..tapi mak zaza buat untuk makan2 family je.

Tapi zaza sedey!!
Time zaza balik mak taknak pulak buat huhuhu.. 
Keropok memang pebret kesukaan zaza. 
Adik zaza saje je post gambar ni kan! hmmmm...


Tak apa lah, dapat tengok gambar pun dah kenyang! muahahahaha..
Nasib baik balik kG minggu lepas zaza sempat beli keropok. hihihihi

nOte : Sini mana nak dapat sagu buat keropok?