Isnin, 30 Disember 2013

Felixia Yeap - kini selesa bertudung


السلام عليكم ورحمة الله

Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan.
Sangat kagum dgn FELIXIA YEAP, walaupun bukan seorg MUSLIM tetapi tampil dgn BERTUDUNG sempurna.




Temuramah bekas model Playboy @ TV Al Hijrah

In Shaa Allah, semoga beliau mendapat hidayah Allah..
Terharu sebab beliau bangga dgn busana MUSLIMAH dan BERHIJAB.


nOte : kita doakan yg baik2 buat beliau :)


Rabu, 25 Disember 2013

#60 Wordless Wednesday [BEG BAJU TERPAKAI]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : boleh praktikkan dirumah ye!!! cantikkk ke bam boomm.. :)


"SELAMAT HARI LAHIR buat my kazen sweety NAZUHA SUHADA. Semoga panjang umur dengan kesihatan serta dirahmati didunia dan diakhirat. Aamiin".



Isnin, 23 Disember 2013

Mereka sudah kahwin Alhamdulillah....


السلام عليكم ورحمة الله

Terlebih dahulu nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat SILAT TONGGAK iaitu puan zara, en. wan dan juga en. haris. Tahniah buat korang ye!!... Semoga berbahagia hingga ke Jannah. In Shaa Allah. Majlis mereka bukan serentak ye! cuma, bulan dan tahun je yg sama hehehe...



pn. zara dan en. idris, majlisnya pada 31 November 2013. sorry ye dik, kza tak dapat datang meraikan majlis yg penuh bersejarah. sorry sangat2... bukan sengaja tak dapat hadir coz ada hal penting. Apapun, cantik berseri2 kedua pengantin ni..  kza tengok mekap zara pun cantik je..  




Pengantin yg segak berbaju pink dan set persalinan tentera ni pulak berlansung pada 7 Disember 2013. Sangat2 sepadan dengan pasangannya en. wan dan pn. leqa yg berseri2. Kza pun nak ucap so sorry jugak coz tak dapat hadir di majlis perkahwinan wan. Tanpa kehadiran kami ber2 majlis tetap berjalan lancar kan. Alhamdulillah.




Pada 15 Disember 2013... pengantin yg berbaju hijau sedondon serta set persalinan tentera jugak  iaitu en. haris dan pn. ilyana. So sweet sangat2.. Tahniah buat korang ye!.. meriah sangat majlis korang.. makanan pun sedap dan yg paling penting... korang bagi kza dgn abg ijam tumpang sekaki duduk dipelamin yg indah. hehehehe..


Macam cantik je kan! muahahahaha perasan je lebih
Sempena Anniversarry kami.. dapat merialisasikan duduk dipelamin yg gah dengan kehadiran ramai tetamu yg hadir. Mekasih jugak makcik a.k.a mak haris yg sangat2 sporting beria2 menyuruh kami naik ke pelamin. ngeeee!! malu...nebesss..semua ada..hahahaha


"Dalam perkahwinan. lafaz memainkan peranan penting. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu".






Isnin, 16 Disember 2013

Happy 6th Anniversary 161213



السلام عليكم ورحمة الله

#Throw Back #161207






Siang malam, pagi petang, hujan panas, susah senang, tawa nangis, gelak teriak, sedih sepi, kenyang lapar, gelisah tenang, kabut diam, serabut tenteram.. Kita masih redah bersama. Thank u abg, sebab masih teguh disisi ayg. Semoga Allah terus memberikan kebahagiaan pada kita sampai ke Syurga. In Shaa Allah.


Love you so much !

nOte :  balik keje tdi msak nasi daging special utk suami tercinta :)




Khamis, 12 Disember 2013

Keadaan rumah selepas berlakunya kejadian banjir


السلام عليكم ورحمة الله

Ya Allah, besar sungguh dugaan yg diberikan kepada hambaMu. Berat mata memandang, berat lag bahu memikul. Sedih sangat2! Semoga urusan sahabat zaza dipermudahkan dengan baik. "Lie...buat slow2, jangan putus semangat okey!" In Shaa Allah... moga dikurniakan rezeki yg berlipat ganda selepas ini. Aamiin.

[foto by Norlailie Alias]





"Kami kekurangan makanan.. air tiada.. talian telefon pun asyik putus.. badan pun sampai demam.. bilalah semua ini nak berakhir". itulah luahan bff zaza.

Sedih sangat2 bila membaca ungkapan lely.. hanya DIA Yang Maha Mengetahui segala Alam. Kita hanya mampu bersabar dan memohon kepadaNya.


nOte : Alhamdulillah, walaupun banjir teruk melanda.. bersyukur family dalam keadaan selamat.


Isnin, 9 Disember 2013

Dinner @ Grafa Cafe Restoran


السلام عليكم ورحمة الله

Semalam punya citer... 
Alhamdulillah, dinner kami ditaja oleh Miza bff kepada en.nizam. Terima kasih banyak2 ye miza coz sudi belanja kami makan2. In Shaa Allah, murah rezeki berkat belanja kami. Miza orgnya asal Kedah, itu yg payah sikit nak jupa selalu.. Dapat jumpa pun kebetulan Miza dan kakak beliau ada kerja di KL. 

Ok, Grafa Cafe Restoran, SS15 Subang Jaya adalah tempat pilihan kami yg di suggest oleh en.nizam. Makanan kat sini memang terbaik dengan harga yg berpatutan. Tak cuba tak tahu kan!. Bila dah cuba perghh!! pening nak pilih mana satu nak makan. hihihi [jalan2 cari makan pun dah rasmi]

Gambar menunjukkan kami tersangat kenyang! :)




Opss!! lupa nak memperkenalkan.. budak lelaki yg terselit dengan kami tu ialah boy anak kepada kawan en.nizam. Maklumlah cuti sek kan, 3 malam dah si boy ni lepak rumah kami. 


nOte : Hari yg dinanti2 akan tiba..... :)


Khamis, 5 Disember 2013

Pray for us.. Ujian dari ALLAH



السلام عليكم ورحمة الله

Susah hati dibuatnya bila dengar sana sini tentang banjir besar yg berlaku di pantai timur Kelantan, Pahang dan kG halamanku Terengganu. Walaupun zaza duduk jauh dari musibah.. harap banjir tak sampailah keteratak bondaku. Bayangkan mereka yg sedang dalam kesusahan ditimpa bencana banjir tak kecuali rumah mertua adik dan sahabat zaza. Simpati sangat2!. Harap mereka bersabar dan zaza mendoakan semoga semuanya beransur pulih. In Shaa Allah.

Beberapa gambar dari sahabat zaza yg ketika ini sedang menaiki lori dalam keadaan darurat, ditempatkan Hospital Besar Kemaman. 



Semoga ALLAH menggantikan NIKMAT yg lebih baik di masa akan datang kpd semua. Ingatlah, sesungguhnya segala MUSIBAH itu adalah ujian daripada ALLAH yg ingin menguji sejauh mana KESABARAN kita apabila ditimpa DUGAAN. Selain itu, DIA juga ingin menguji sejauh mana pula tahap KESYUKURAN hamba-Nya yg belum diuji. Oleh itu, bersangka baiklah kepadaNya. Mengadulah kepadaNya. ALLAH MAHA KAYA..


Isnin, 2 Disember 2013

Happy Weekend.. Family1st


السلام عليكم ورحمة الله




Alhamdulillah... hati masih berbunga2 ketika bersama family tersayang!. Weekend baru ni, family zaza dari kG datang jalan2 rumah.. walaupun diaorg datang 2 malam 3 hari je, [dah mcm menginap hotel pulak hihihi] zaza terasa sangat happy !!.. 


nOte : masih menunggu kepulangan suami tercinta :)