Jumaat, 31 Januari 2014

Resepi : Kuih Bakar Bellezza


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Jumaat semua! dan selamat bercuti ye.. korang ada apa2 rancangan menarik sempena cuti tahun baru cina tak? kepada yg balik ke kampung halaman, zaza nak ucapkan berhati2 di jalan raya ketika memandu.  Zaza tak balik coz minggu lepas baru je balik dan lagipun asben masih lagi ost huhu.. In Shaa Allah, minggu depan zaza balik lagi atas jemputan kenduri aqiqah dan cukur rambut anak sedara zaza. So kena save la cuti tak boleh ikut sedap badan je nak cuti2 ni kan! kan mengalahkan bos pulak hihihi.

Terlebih berleter sampaikan nak kongsi resepi pun terlupa ngeeee!!.. zaza ada buat kuih bakar untuk makan sendiri je pun. Time duk sorg ni terlajak rajin pula hehe. 



BAHAN-BAHAN :
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • 3 biji telur [zaza letak 2 biji je coz gred besar]
  • sedikit pewarna hijau

PENYEDIAANNYA :

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sampai sebati.
2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalam.
3. Bakar 180c selama 40 minit atau sehingga masak.
4. Siap!! hidang panas2 dengan air kopi :)



Rabu, 29 Januari 2014

#3 Wordless Wednesday [ARISSA+NURIN]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : org ambik baby dia pun sibuk nak hihi


MOVIE [Lone Survivor]


السلام عليكم ورحمة الله



Bagi korang yg memang penggemar filem aksi dan perang, filem LONE SURVIVOR salah satu filem yg memang terbaik untuk ditonton. Sebenarnya, zaza baru je balik tengok citer ni hehe... Filem ni berdasarkan satu misi tentera sebenar yg gagal pada 28 Jun, 2005. Misi tersebut diberi nama "Operation Red Wing". Empat ahli kumpulan SEAL Team 10 diberi misi menangkap atau membunuh ketua Taliban terkenal, Ahmad Shad yg sangat2 jahat! ngeee geram pulak zaza. Tapi kan, daripada mereke berempat hanya Marcus Luttrell yg masih hidup. Zaza sedih sangat bila tiga kawannya tak dapat diselamatkan. :( 
 Apa pun, citer LONE SURVIVOR memang TERBAIK di hati zaza. :)


nOte : beli air msuk pwgam.. bwk blik smpi rumah hahaha..


Isnin, 27 Januari 2014

Jangan jadi muslim penipu....


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Subhanallah! muhasabah diri... 


Sabtu, 25 Januari 2014

Resepi : Popia Sardin


السلام عليكم ورحمة الله

Selamat petang! arini cuti duduk rumah je.. 
tetiba mood rajin pulak petang ni zaza nk share resepi Popia Sardin.
Padahal buatnye dah lama hehe..
Okeylah, kita mulakan dengan bahan2 yg diperukan ye..




BAHAN-BAHAN :
  •  1 paket kulit popia 
  •  1 tin sardin - terpulang nk yg besar or kecil tgok pada kulit popia yg disediakan ye!
  •  1/2 bawang besar*
  •  1 biji bawang putih*
  •  1/2 inci halia*
  • 2 biji cili api - hiris halus
  • 1 biji telor - utk lekatkan kulit popia

bahan2 yg bertanda * sila kisar halus.. [tapi kalau uols nk hiris nipis2 pun tak ada masalah]


INTI POPIA:

1. Tumis bahan kisar tadi.
2. Masukkan sardin semua sekali, kacau2 dan sambil hancur2kan ikan.
3. Jangan lupa masukkan garam dan tak perlu masukkan air.
4. Dah siap, sejukkan dahulu inti sebelum di gulung.


PENYEDIAANNYA :

1. Ambik sekeping kulit popia, letakkan inti di hujung penjuru.
2. Kemudian, lipat sisi kiri dan kanan dan gulung sampai habis.
3. Pada penjuru lah yg kita sapu bancuhan telur untuk lekatkan kulit popia.
4. Buat sampai habis. Dah siap, boleh goreng.


Jumaat, 24 Januari 2014

Balik kampung serta outstation...


السلام عليكم ورحمة الله


Nur Zara Arissa.. Mak Long miss u more!!
Alhamdulillah, baru2 ni seminggu zaza ambik cuti balik kg halaman sempena cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. Kali ni balik betul2 puas hati mana taknye biasa balik 2 or 3 hari je huhuhu. Lagi2 heppy bila dapat jenguk anak buah baru hehe.. Arissa di lahirkan pada 3hb Januari 2014.

Sempat sebelum balik kami adik2 lain spend time ke pawagam at Mesra Mall, Kerteh. Choice my mom Balistik lakonan Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini n adik Rykarl Iskandar. Bagi zaza terbaik!


"Balistik yg bermaksud 'Kelajuan Peluru' mendapat sentuhan pengarah terkenal, Sliver Yee itu boleh dianggap filem aksi berkesan kerana walau pun mengangkat tema gengsterime, namun diperlukan dengan suntikan drama dan kasih sayang".


Zaza balik kg sorg je tau.. asben tak dapat balik sekali coz sebelum sehari zaza balik kg... asben sudah pun berangkat ke Huan Hin, Thailand selama seminggu atas urusan kerja. Sedey pon ada! tapi yg penting asben cari rezeki utk zaza jugak hehehe. Perjalanan bas (Alisan tiket VVIP RM65 sorg)  dari PUDU >> ke HAT YAI >> naik keretapi ke >> HUAN HIN. Makan masa yg agak lama berbanding naik flight! 
[katanye seronok tengok kg2 org] hahahhaa.


nOte : baru je balik seminggu dah outstation balik :) In Shaa Allah semoga asben selamat sampai tempat yg dituju. Aamiin. 

Rabu, 22 Januari 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com



السلام عليكم ورحمة الله


*klik banner*

Top Referral

Louis Vuitton atau Gucci Handpone (bernilai RM450.00 setiap satu) + RM50.00 x 4 pemenang







Random

Solat perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang





Berlangsung selama sebulan iaitu dari 1HB JANUARI - 31 JANUARI 2014


#2 Wordless Wednesday [KEROPOK GORENG]


السلام عليكم ورحمة الله




nOte : Alhamdulillah, ibu tak hampakan permintaan si anak :) 


Bertindak tanpa berfikir panjang.....



السلام عليكم ورحمة الله

Morning! zaza nak share luahan hati dari seorg sahabat mengenai kezaliman masa kini. Erti kata  bertindak tanpa berfikir panjang. Subhanallah. 

"Bekerja yg super busy ni, memang saya selalu nampak manusia sekarang ni cepat hilang pertimbangan. Last week saya tengok sendiri macam mana 2 org lelaki saling memaki hamun di hadapan bank sebab lot parking. Saya juga pernah saksikan seorg wanita memukul anaknya berkali2 hanya kerana si anak itu menangis. Pernah juga tengok kejadian tetak menetak sebab awek dan macam2 lagi.

Tup..tup.. semalam dengar pulak kejadian negeri di kg halaman (kg zaza juga)... dan mangsa adalah kanak2. so pagi ni mood tak berapa ok :( sebab mengenangkan kezaliman yg makin menjadi2 di malaysia ni.. rasa tak selamat, nyawa sepatutnya berharga menjadi tidak bernilai lagi.

Mungkin benar apa yg saya baca tempoh hari,  tekanan hidup menjadikan manusia hilang arah. Berfikir dan bertidak diluar kawalan. Di tambah lagi dengan tahap keimanan yg cetek dan tidak ada rasa takut kepada Allah s.w.t" 

 salah je, terus tetak n bunuh.. Nauzubillah
  
nOte : segala yg telah terjadi adalah utusan Allah supaya kita terus mengingatiNya. Sama2 kita sedekahkan Al fatihah utk arwah.

Jumaat, 10 Januari 2014

Resepi : Laksa Kuah Putih Terengganu Style


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Pagi Jumaat, pada yg tengah tido tu.. selamat ke alam mimpi hihi...
Biasa zaza dah pengsan waktu2 mcm ni... tpi tetiba terajin pulak nak bern3..

Okey.. sebenarnya zaza nak share resepi laksa terengganu untuk tatapan teman setia.
Ia lah kan, hari2 rasa macam jemu pulak makan nasi..walawehhh ayat tak boleh blahh hahaha!!
Tapi sebelum penyediaan laksa, zaza kena masakkan nasi putih jugak bukan apa, risau adik angkat tak makan laksa pulak. So dia ada pilihan! nampak tak permainan zaza kat situ hihihi.. lauk sardin je pon :p

Jom! kita tengok resepi yg sangat simple dan mudah ;)


BAHAN-BAHAN :
  • Laksa spageti sepeket (kalau ada laksa gandum lagi best) - rebus bagi lembut, toskan dan ketepikan
  • 2 cawan santan kelapa fresh (tpi zaza guna sebiji kelapa)
  • 1 liter air 
  • 5-7 ekor ikan sardin@selayang - rebus ambik isinya
  • 1 sudu besar lada hitam (boleh tambah @ kurangkan)
  • 7 biji bawang merah
  • Garam
  • 1 keping asam gelugor
  • perasa

ULAMAN : (terpulang citarasa)
  • Timun - potong dadu
  • Bunga Kantan - hiris nipis
  • Daun Kesum - hiris nipis
  • Kacang Panjang - potong bulat
  • Taugeh
  • Limau Kasturi - dibuat perasa masam

SAMBAL :
  • Cili boh/kisar
  • Belacan

PENYEDIAANNYA :

1. Ikan dibersihkan dan direbus dengan sedikit air. Rebus tidak terlalu lama. Ambik isi ikan dan tumbuk ataupun
    kisar. Terpulang pada korang tpi zaza tumbuk je sb malas nk basuh blender hihi.

2. Tumbuk lada hitam dan bawang merah hingga hancur.

3. Masukkan santan dan sedikit air ke dalam periuk (agak2 nk kuah banyak mana) masakkan atas dapur. Api 
   sederhana yer..

4. Selepas tu, masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi lada hitam, bawang merah beserta isi ikan. Kacau supaya isi
    ikan tadi tidak berketul2. Jangan lupa campakkan sekali asam gelugor.

5. Masukkan garam dan perasa kacau hingga hampir mendidih kerana mengelakkan pecah minyak.

6. Siap dan bolehlah dihidang. selamat mencuba!


nOte : sesekali mencuba makanan terengganu okey jugak kan! 

Rabu, 8 Januari 2014

#1 Wordless Wednesday [NASI LEMAK]


السلام عليكم ورحمة الله



nOte : pagi ni terlajak rajin pulak hehe..


Selasa, 7 Januari 2014

Teddy sempena anniversary yg ke 6th


السلام عليكم ورحمة الله


BIG TEDDY BEAR... siapa yg tak suka kan? hihihi.. [sekadar kongsi kegembiraan]
Disember anniversary yg tak disangka2, zaza dapat suprise BIG TEDDY BEAR dari en.nizam, Alhamdulillah.
Dah besar2 pon still dapat BEAR hihihi... Tapi dalam hati gediks melompat suka :P

Ucapan terima kasih kepada en. nizam coz bagi hadiah yg lebih besar dari zaza. Suka sangat2 dahla besar.. gebu.. mantap dan padu pulak tu. Tak silap zaza teddy ni dalam 5kg beratnya.. Masa dapat tu..nak peluk giler berat mana taknya sama tinggi rasa nak tertonggeng pun ada.



"Sebelum ni, zaza pernah join giveaway yg hadiahnya merupakan 'BIG TEDDY BEAR'.. tapi bukan rezeki time tu, rupa2nya nak dapat yg ini hihihi.. alhamdulillah".




 







Ahad, 5 Januari 2014

Moments 2013 tetap diingatan..


السلام عليكم ورحمة الله
 
 
Alhamdulillah, hari ni zaza bangun dan still di sini bumi Allah. Sedar tak sedar.. i will be 32 years old. Tua nya zaza huhuhu. Tapi tetap merasakan diri ini seawal 20an hahahaha.. perasan je lebih!.




Terlebih dahulu zaza nak mintak maaf kat korang sepanjang berblog dan juga berterima kasih kepada mana2 sponser yg bagi zaza hadiah sempena menang giveaway atau mana2 peraduan yg zaza sertai. Jasa baik korang hanya Allah yg mampu membalasnya. Mudah2an rezeki korang makin bertambah selepas ini. :)

 "Pengalaman mematangkan kita, pengalaman juga memberikan pengajaran".
  
Memang benar, kita tidak akan terlepas dari pengajaran dan pembelajaran sehinggalah kita dimatikan oleh Allah.

Tahun 2013 memberi zaza satu perubahan dari satu fasa kehidupan ke satu fasa kehidupan yg lain. Rasa diri ini sangat2 bertuah dan dihargai dengan adanya family, suami disisi dan juga sahabat diluar sana.

Bila jari2 ini lancar menaip mengenai memori, otak zaza juga ligat mengembalikan semua memori yg ada tersimpan. Mengingatkan zaza pada semuanya.. sedih, gembira, kecelaruan dan macam2 lagi. Hanya DIA yg maha mengetahui.

Tanggal 16.12.13, adalah moments paling indah buat zaza dan suami. Merasakan baru semalam menyambut "ulangtahun perkahwinan". Sweet sangat hehehe.

Walaupun pada zahirnya zaza nampak heppy! namun, masih ada secubit rasa rendah diri.. bukan secubit garam ye? muahahaha.. Apa yg zaza boleh lakukan cumalah berusaha, berdoa dan bertawakal ke hadrat Allah agar diberikan kesabaran menunggu zuriat yg menyejukkan hati kami suami isteri. In Shaa Allah dengan izinNya cuma cepat atau lambat saja.

Kepada semua pengunjung2 setia blog zaza (ada lagi ke? hihihihi) Selamat Tahun Baru zaza ucapkan dan selamat menunaikan azam baru dan selamat meneruskan azam lama yg masih belum tercapai. sorry, terlebih panjang pulak en3 kali ni hehehe..


nOte : miss NUR ZARA ARISSA
 

 





Jumaat, 3 Januari 2014

Welcome to the world baby!


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Jumaat yg Barakah..
1st of all zaza nak ucap syukur alhamdulillah my sista (angah) selamat melahirkan baby GIRL sulung berat 3.015kg jam 1.20pm pada 3/1/14. Heppy sangat2.. So makin bertambah bilangan ahli my family... :)
Yang paling gembira mestilah ke dua2 nenek dengan atuknya.. maklumlah 1st cucu hehehe..


Tahniah!! Angah and Hadar.. lepas ni kena berjaga malam la ye. 
#rasa2 baby ikut muka sapa erk?? zaza tengok sebijik ikut muka ayah yg pasti tang mulutnya hihihi..
org2 cakap..kalau anak perempuan ikut muka ayah SEJUK :)



nOte : tak sabar nak balik peluk ciummm.. baby tunggu mak long ye!