Isnin, 21 Julai 2014

Resepi : Kerepek Ketam


السلام عليكم ورحمة الله

Ehhh dah jam 1:32 pagi mata tak mau jugak lelap.. 
Alahai mata nanti jam 4:30 pagi nak kena bangun lagi siapkan makan sahur hukhukhuk... 

Okey, sementara mata masih segar bugar ni.. zaza nak share resepi yg zaza buat semalam ehh bukan semalam je tau! minggu lepas pun zaza ada buat juga. Maklumlah dah jadi pebret asben pulak :) Kalau boleh hari2 pun dia mau muahahaha... yg bestnya siap suruh zaza tolong ingatkan dia beli Stick Ketam tu lagi :p

Zaza ambik resepi ni pun dalam fb. Tq lah pada yg sudi share resepi yg sangat simple dan senang :)





BAHAN-BAHAN :
  • 2 paket stick ketam
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • 1/2 sk serbuk lada putih/hitam 
  • 1/2 sk serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk mengoreng

PENYEDIAANNYA :

1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.

2. Tos stick ketam dan koyak2 hingga halus.

3. Dah siap koyak stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur
   daun kari.

4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. [zaza tak jemur pun] 

5. Kita panaskn minyak dan goreng hingga kuning dan ranggup.

6. Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara [kan masuk angin jadi lemau]

Senang je kan! dah pun siap... so zaza harap korang pun boleh buat dengan mudah. Selamat Mencuba ! :)


nOte : Assalamualaikum... ok bai nak tido dulu :)



Sabtu, 19 Julai 2014

Muhasabah diri sesungguhnya DIA maha mengetahui..


السلام عليكم ورحمة الله

MH370 masih lagi jadi tanda tanya..
Datang pulak Sabah bergelora..
Gaza pulak bercahaya api..
Bermandikan darah..
Dalam doa untuk mu Gaza..

Tak sedar macam2 kata untuk CDM..
Timbul pulak MH17..

Ya Allah,
Apa petanda, di mana petunjuk..
Untuk siapa, kenapa..
Penuh persoalan menjadi tanya..

Ya Allah,
KUN FA YA KUN
Sesaat pun tidak, apatah lagi seminit..
Muhasabah diri sesungguhnya DIA maha mengetahui..
Allah bagi musibah kpd org lain..
Kadangkala bukan kerana kesilapan org itu..
Tapi kerana kesilapan kita..

Jika kita bercakap pasal org lain..
Kesilapan org lain mengutuk, menghina.. betapa berdosanya mereka di atas kesilapan yg mereka lakukan..
Cubalah bercakap di depan CERMIN dan lihatlah pada siapa kata2 itu dituju..

Ya Allah,
Ampunilah dosa mereka yg telah pergi kerana kekhilafan ku dan seandainya mereka pergi kerana dosa2 ku, Engkau tempatkanlah mereka di dalam Syurga Mu.. In Shaa Allah.


'ehsan google'


nOte : Takziah kpd semua mangsa yg terkorban.. Al-Fatihah.

Rabu, 16 Julai 2014

#10 Wordless Wednesday [SUAMI ISTERI]


السلام عليكم ورحمة الله





nOte : bila pasukan zaza kalah [France] so terpaksa bagi sokongan dekat asben [Germany] hehe.. 
Tahniah buat pasukan Germany :)


Ahad, 13 Julai 2014

Ada Tetamu Berkampung My Rumah


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, Iftar hari ke 14 kami berbuka dengan menu...



Horny Beef Soup yg istimewa dari incik asben. Amboii sakan erk nama menu asben zaza bagi hehehe.. Kalau nak tahu, asben zaza memang rajin ke dapur itupun bila mood dia free hahahaa. Apapun Zaza bersyukur dan berterima kasih. 

Kami bukan berbuka bertiga je tau! [ehhh bertiga? siapa lagi sorg?] hehe lupa pulak nak bagitau sorg lagi tu Boy anak angkat kami. Sejak2 ni Boy dah pandai request nak makan itu ini.. terharu pun ada, iyelah.. bila kita masak apa yg dia nak makan kemain semangat. Zaza pun heppy je tengok. 

Oh ye.. lupa pulak, family Arissa pun join sekali berkampung kat rumah. Tapi 2 hari je coz papa Arissa [adik ipar] ada hal kat sini. Zaza heppy lagi bila anak buah menziarahi Mak Long dengan Pak long dia ni. Geram je bila tengok pipi Arissa macam nak kena cubit je..

Arissa sekarang dah masuk 6 bulan.. sekejap je rasa. Emosi pun berubah2 hahaha.. Mak Long nak dukung meraung macam jumpa anak tikus hihihi.. Maklumlah berjauhan, jumpa Mak Long dengan Pak Long pon time kat kg je.. mana nak mesra alam kan!. Tapi bila dia senyum sampai telinga tu lah yg buat kita sakit hati.. rasa nak tampor je pipi gebu dia ngeeee!!.. [suka ati aku je nak tampo ank org hihi] :p


Haahh tengok tu sekejap je meraung malalak dia.. kemain seronok diaorg lepak sambil layan phone. Gedik pun ada Arissa sorg ni dah pandai main2 dengan Pak Long dia.. nanti rindu la Mak Long dengan Pak Long bila Arrisa balik huhuhu.


nOte : aktiviti petang tadi sempat bawak Arissa ke Maydin je pun :) #PrayforGAZA

Jumaat, 11 Julai 2014

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno


السلام عليكم ورحمة الله


Klik banner

**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm



Jumaat, 4 Julai 2014

Pesanan Sahabat Saya


السلام عليكم ورحمة الله


Hari Jumaat pertama dibulan Ramadhan iaitu 6 hari berpuasa.
Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak kebahagiaan yg akan kita dapat. 


Disebalik butang 'Share' dan 'Post' tu ada banyak jalan2 dosa yg besarnya umpama membunuh saudara sendiri. Perbetulkan niat kita sebelum tekan butang 'enter' takut2 post kita tu terkategori sebagai :-

RIAK [menunjuk2]
UMPAT [aib yg benar]
FITNAH [aib yg tidak benar]

Kalau tujuan kita kongsi semata2 nak dapat pujian [perkataan facebooknya 'like'], rugi betul la kita... Pesanan penting untuk diri sendiri yg jahil dan juga kengkawan semua.




nOte : yg penting nawaitu kita...


Rabu, 2 Julai 2014

#9 Wordless Wednesday [ARISSA BERBUKA PUASA]

السلام عليكم ورحمة الله


Ini budak sibuk nak BERBUKA sama2. duduk pun bukan main sopan lagi hehe.. Arissa oh Arissa! bila time sahur krooohh zzzz!! lepas sahur habis baru bangun.