Jumaat, 27 Februari 2015

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman


السلام عليكم ورحمة الله


Salam Buku!


Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sallay (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.


http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman


Syarat-syaratnya :

1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd Fberuary - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)


(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)


Vintage Book Mark
Regular Book Mark



Khamis, 26 Februari 2015

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE



السلام عليكم ورحمة الله


http://zamani84.blogspot.com/2015/02/giveaway-novel-alaf-21-buat-rakan.html


[Join Klik Banner]
 
Tarikh Tutup : Khamis minggu depan @ jam 2 petang.




Orang demam nak makan ini rupanya...


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. org demam nak makan ni rupanya hihihi. Masing2 malas nak keluar beli makan tenghari kat luar semalam so ambik ringkas kami pesan MCD je. Musim panas sekarang ni yg teramat panas memang lagi ler malas kami nak keluar ke sana sini huhuhu. Hari ke3 demam zaza rasa okey la sikit dari semalam. Selsema dah hilang alhamdulillah sangat2 !.. cuma arini ada batuk2 pulak. Padahal kat kg seminggu elok je bersuka ria hihihihi. Takkan demam rindu kot ! baru je jupe muahahahaha.



Ingat makan burger habis ler kan.. hahahaha sampai bawak balik kat rumah !. Save makan malam kehkeh, zaza makan burger je lagipun suami dah pesan tak payah masak lebih2 sb dia balik lambat. Apa lagi dapur malam tadi memang tak berasap hihihi. Nak2 badan tak berapa nak sihat sepenuh huhuhu.



nOte : masih datang opis walau batuk.. selsema.. sb baru je cuti 2 hari lepas.. kecuali zaza betul2 tak boleh bangun baru zaza akan ambik MC sekian.



Rabu, 25 Februari 2015

Bila Tak Sihat, Mood Kelaut Sokmo !


السلام عليكم ورحمة الله


Doakan zaza sihat macam biasa ye kawan2. Sejak balik dari kg ni.. asyik kena selsema je. Sampai kepala pun sakit2 huhu. Mood nak berblog pun kelaut sokmo..!! In Shaa Allah, bila mood kembali stabil.. zaza akan terjah ye. Zaza rindu dengan uols semua hihihi.. biarlah uols tak rindu 200% pun, kuikuikui mengada2 kan!.



 nOte : musim skrg ni panas terlampau.. zaza mmg tak lupa minum air putih banyak2.


Selasa, 17 Februari 2015

Kejadian Langgar Lari


السلام عليكم ورحمة الله


Malam tadi, selesai je suami potong rambut kami terus ke kedai makan cina muslim. Tak jauh pun dari rumah kami hehehe. Bila dah sampai kedai.. zaza tengok suami keluar balik hahaha masa tu zaza masih lagi tercegat kat luar. Rupa2nya kedai tu dah nak tutup huhuhu.. takde rezeki kami nak makan Ikan Steam Nyonya.


Time tu jugak la eksiden kat traffic light.. [motor dengan kereta]. Mangsa terbaring kat situ dan yg paling best yg langgar.. lari macam tu je huhu. Langsung takde perasaan !. Syukur alhamdulillah, org awam kat situ sudah pun call pihak ambulan.


Mangsa keadaan merupakan budak perempuan melayu.. umur dalam lingkungan 20an gitu. Suspek yg langgar lari tu dapat dikejar oleh org awam. Meraung menangis dia kat situ dan suspek merupakan budak perempuan cina. Umur pun lebih kurang 20an jugak. Itu pun nasib dapat tangkap !.. kalau tak memang sadis sangat dekat mangsa tu.  Bila kereta polis sampai je, zaza dengan suami terus beredar dari tempat kejadian. Zaza doakan semoga mangsa selamat.. hope takdelah luka2 teruk. Biarlah undang2 yg menentukan kesalahan langgar lari tu.
  
Korang kat luar sana, berhati2lah di jalan raya. Fikir pengguna lain.. jangan ingat jalan tu kita sorg je yg punya. Bila dah berlaku benda2 yg tak diigini tak boleh buat apa dah. Menangis pun takde guna. Tak kira lah korang bawak kereta ke, motor ke or apa2 lagi la. Keselamatan yg paling utama. Ingatlah org yg tersayang.




nOte : tenghari tadi hancur diet zaza ngeeee !! nasi oh nasi ;(


Model Kpop Bersama Model Cilik

السلام عليكم ورحمة الله


Alahai anak buah maklong sorg ni.. kemain bergaya dah macam kpop stail hehe.. rambut je tak terurus disebabkan model cilik ni baru bangun tido. Semalam zaza ada godek2 nile.com.my dan zaza perasan sorg model ni mengayakan baju yg lebih kurang sama dengan baju arissa yg tersedia ada hahaha. Sebenarnya yg nampak sama disebabkan jalur pada kain tu kehkeh. Bila zaza send gambar ni dekat mama arissa kemain excited, mama nak beli baju ni konom nak nampak sama. Tapi free saiz pulak daa.. terbantut mama arissa hahaha. Bagi org2 kurus seperti model ni memang sesuai la sangat. Oh ye, kalau korang berminat bolehlah terjah ke sini. Harga memang berbaloi sangat2 !. 
 
 
Baju sikecik molek arissa ni dibeli oleh tokma tapi kecik pulak. Eh, kalau di ikutkan saiz baju memang sesuai sangat dengan umur arissa yg menjangkau setahun lebih tapi dek kerana arissa ni debab sikit dan agak tinggi sikit itu yg jadi ngam2 dengan badan dan agak tergantung hihihi. Payah jugak kan, kalau nak beli baju takde tuan empunya badan huhu. Zaza sendiri pun kalau nak beli untuk budak bertuah ni memang akan dua tiga kali duk menelek hahaha. Tapi nak lebih selamat, zaza akan pastikan saiz yg diambil lebih besar dari usianya. Kalau dekat boleh la jugak datang tukar saiz kan, huhuhu. Itupun kalau rajin.. kalau malas tanggung sendiri kehkeh.




nOte : form cuti dah lulus ! alhamdulillah.

Jumaat, 13 Februari 2015

Gift Dari Mui Mui Chen


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari hehe. Minggu lepas, zaza dapat spceial gift dari Miu Mui Chen from Taiwan. Kemain jauh gift tu datang kan? hehe. Happy sangat bila zaza dapat beg ni.. mana taknya, handmade dari mui mui sendiri tau !. cantik sangat.. zaza sendiri pun buta seni bab2 jahit menjahit ni muahahaha melainkan jahit jelujur tangan je. 


Mui Mui ni merupakan girlfriend alan iaitu bos suami zaza. Bertuah alan dapat girlfriend yg pandai menjahit. Mui Mui orgnya zaza memang tak pernah jupe lagi melainkan alan dan emaknya. Itupun zaza jupe sebab alan datang ke Malaysia ada tournament golf. 

gift tahun ni hehe.. saya suka ! saya suka !
gift tahun lepas.. tqsm !
Mui Mui Chen orgnya cantikkk ;)

 
Kira hadiah ni dah bertukar warganegara la kan, so zaza akan pastikan beg2 ni semua akan dijaga sepenuh baik. Dan kami berdua nak ucap terima kasih banyak2. 
 


nOte : tak sabar nak balik kG ngeeee !.



Al-Fatihah Dan Salam Takziah Buat Mereka


السلام عليكم ورحمة الله


"Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yg datang daripada Allah tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yg diberikan oleh Allah itu menuntut kepada kita untuk diamalkan".

[Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]
 
 
AL-FATIHAH.. perginya seorg tokoh ulama, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat yg dikasihi, disanjungi dan dihormati, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Pemergianmu meninggalkan kesedihan dihati kami. Sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya. Dan seorg lagi pengulas sukan Malaysia, Dato Hj. Hasbullah Awang. Sama2 kita berdoa semoga Allah menempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman. 
 
 
Salam takziah jugak kepada opismate zaza iaitu saudara Romizan atas pemergian ibunda tercinta pagi tadi. Dan juga kepada saudara Shamsul Anuar exbos atas kehilangan adik tersayang. Semoga beliau tabah mengharungi ujian ini. In Shaa Allah, semoga urusan dipermudahkan. Aamiin.


Masha Allah, beliau meninggal pada malam Jumaat. Tanda kematian husnul Khatimah. "Tidaklah seorg muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]. 
 
 


Khamis, 12 Februari 2015

Rezeki Buah Limau


السلام عليكم ورحمة الله


Masa yg dinanti2, Alhamdulillah.. semalam dapat buah limau satu kotak [angpau takde ye!]. Macam biasalah, setiap kali nak Tahun Baru Cina.. mesti supplier akan bagi buah limau kepada setiap staff. Mekasih banyak2. Bulan ni tema makan limau sampai lebam ye, muahahaha. 
 
 
Disebabkan zaza balik sendiri takde sape nak pick-up.. so buah ni akan zaza agihkan sedikit demi sedikit untuk dibawa balik huhuhu. Mau pengsan nak angkut satu kotak ni sorg diri.. nak2 zaza pegi balik jalan kaki je kehkehkeh. Zaza suka makan buah limau bila diletakkan dalam peti ais, terasa nyaman je tekak ni hihihi. Dapat sekali yg masam haa berkerut la muka kan!. Jangan pulak nanti keluar masuk tandas sudah hehe.



nOte : menghitung hari tak sabar rasanya..
 
 
 

Rabu, 11 Februari 2015

#05 Wordless Wednesday [MAYBANK MALAYSIA OPEN]



السلام عليكم ورحمة الله







Tahniah ! Pro. Anirban Lahiri [India] diatas kemenangan besar dalam Maybank Terbuka Malaysia pada hari Ahad lepas [US$3 Million].  


nOte : kalau aku kaya ! hari2 hari raya !





Isnin, 9 Februari 2015

Arissa bermain dengan kucen


السلام عليكم ورحمة الله


Geram betul dengan budak sorg ni.. ada je aksi comey beliau. Tengok, berani betul dengan ibu kucen tu. Kucen pun nampak manja je dengan arissa kan!. Mama arissa cakap, ke mana arissa pegi kucen tu ikut je.. dah tak mampu budak kecik ni nak menggelak so terpaksa duduk bermain dengan kucen tu muahaha. Korang pun tahu, kucen ni kalau kita gosok2 manja kat badan dia lagi lah dia bertambah manja kan!. 



Sebenarnya, ni merupakan kucen peliharaan family zaza kat kg. Anak2 kucen tu semua dah besar.. pandai jaga diri kehkeh [entah2 ni anak kepada ibu kucen hehehe]. Tapi dalam manja2 kucen tu, zaza agak risau dengan keselamatan arissa. Kita tak tahu kan, tetiba kucen tu mengganas huhuhu. Tapi yg pasti, mama arissa tak kan biar arissa lama2 dengan kucen tu. Arissa kan budak2 lagi. Agak bahaya bila terlalu terdedah dengan bulu2 kucen. Keselamatan yg paling penting.


nOte : Tak sabar nak balik kg..


Jumaat, 6 Februari 2015

Cuti-Cuti Malaysia [MELAKA]


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, plan kami nak jalan2 cari makan di Melaka berjalan dengan lancar. Tujuan asal sebenarnya nak ambik barang2 adik perempuan suri yg dah habis belajar dekat UTEM. Kami pergi hari Sabtu dan Ahad minggu lepas. Tapi sebelum tu, zaza awal2 dah mintak izin dengan suami.. bukan main redah je tau! maklum ler zaza kan isteri org hehehe. Bila dah dapat 'green light' apa lagi... melonjak kesukaan ler muahaha.


Perjalanan kami lebih kurang 2jam. Alhamdulillah jalan pun tak jem mana. Bila dah masuk Melaka tu kan, kami pekena roti canai.. padahal sebelum gerak kami dah belasah nasi dagang kat kedai Ubi Kayu, Taipan USJ hihihi. Dah nama pun jalan2 cari makan kan! belasah je apa yg ada depan mata.  Sebenarnya kami dah tak sabar nak check-in, tapi disebabkan check-in jam 3 petang, terpaksalah kami makan tenghari dulu. Pilihan kami mestilah asam pedas melaka. Rugi wooo kalau datang tak pekena asam pedas. Area tempat zaza lupa, yg pasti nama restoran tu Hjh. Rahmah Hj. Ibrahim. Memang super sedap.


Masing2 dah kekenyangan... kami terus menuju ke Maydin pulak nak ambik adik suri kat situ. Sebab dia je yg tahu kat mana Hotel Tasik Utama tu terletak hahahaha. Alhamdulillah, rupanya hotel tu tak jauh dari Maydin. Masuk je bilik yg pertama cari mestilah katil muahaha. Badan kepenatan katakan.. akhir kata, kami berdua tertido. Cuma adik suri je yg layan tv. Jam 5 petang, destinasi kami seterusnya adalah Pantai Kelebang port 'coconut shake'. Memang nyaman je tekak ni.. nak2 pulak sekarang cuaca memang panas terik. Sambil minum boleh pulak ternampak Ayda Jebat alaaaa pelakon citer 200% tu. Orgnya memang lawa.. kecik molek je.




Selepas tu, kami menuju ke pantai.. Ya Allah, jalan jem sangat2. Tapi redah jugak dah alang2 berada kat sana huhuhu. Padahal lepak bukannya lama pun.. sekadar makan burger dengan air kelapa dan ambik gambar seround terus balik sebab azan maghrib berkumandang. Malam tu, konon nak makan ikan bakar kan ! tapi hampeh.. kami takde rezeki huhuhu. Dua2 tempat kami pergi semua penuh. Alih2 kami makan asam pedas claypot pulak hahahaha.


  
Paginya kami check-out jam 12 tengahari.. makan pagi kami skip hehehe terus makan tenghari di kedai yg sama. Selepas tu, kami singgah rumah sewa adik suri untuk mengambil barang2 dia. Penuh satu kereta tu.. nasib teddy bear tak kena tinggal hahaha. Sebelum keluar dari Melaka.. zaza singgah beli dodol, cencaluk, belacan serta thsirt untuk adik2 zaza. Memang berpuas hati sebab ada jugak gift untuk diaorg walaupun untuk diri sendiri takde huhuhu. Dan yg penting ! tajaan pergi balik, penginapan, makan, minum semua ditanggung sendiri oleh suri. Terharu sob sob sob.. mekasih banyak2, In Shaa Allah ada rezeki nanti kita pulak belanja awak.






nOte : Plan seterusnya ke Pulau Pinang pulak.. selepas balik dari Melaka, suri ke Johor bersama Xskoll dia. Zaza tak dapat ikut hehehe sb kene keje..malas nak ambik cuti. Lain ler KL cuti direct sampai Thaipusam.




Bayam+Sosej+Cheese Omelette


السلام عليكم ورحمة الله


Salam Jumaat, pagi ni kita breakfast alaaa omputeh gitu hihihi. Telor+bayam+sosej+cheese bersama green tea perghh ! memang meletop. Alhamdulillah, niat nak kurus semakin mencurah2 dalam diri. Semoga impian zaza dipermudahkan. Bukan senang nak disiplin diri kan, so hati kenal cekal kalau mau kurus secara sihat. :)
  nOte : No Karbohidrat No Sugar !

Rabu, 4 Februari 2015

#04 Wordless Wednesday [KEINDAHAN]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Laju je snap bila terpandang ke atas. Ibarat lautan biru dengan pasir yg memutih.. Ya Allah, cantik sangat !! @Padang Club Golf KL :)