Jumaat, 30 Oktober 2015

#8 - Ole-Ole [Hong Kong, Jepun & Taiwan]


السلام عليكم ورحمة الله

Amboi, kemain tajuk ye ! hehe. Alhamdulillah, 3 negara sekaligus zaza dapat ole-ole hihi. Nak pergi sendiri belum tentu dapat dan kalau ada rezeki.. In Shaa ALLAH. So, buat sementara waktu ni kita hanya terima hadiah dari org je la kehkeh ayat macam nak kena penampo je.. ingat org ke sana holiday ke apa hahaha :p


Suka sangat dengan seketul tabung Doraemon Tua ni. Seketul tabung Doraemon tua ni zaza dapat dari Hong Kong pemberian org tersayang hehe. Dan belum terlambat lagi kalau korang pun nak seketul Doraemon sebab dekat Avenue K, KLCC adakan Doraemon Merchandise Fair yg telah sally terangkan baru2 ni. Pergi, jangan tak pergi ye !!.


Biskut ni pulak pemberian mom, bos kepada abg nizam. Jauh dari Hong Kong, sampai org beratur panjang semata2 nak beli biskut ni.. kata abg nizam la. Dan yg kelakarnya, mom siap pesan dekat abg nizam jangan makan.. muahahaha !. Zaza pulak yg terharu sebab zaza pun takde kirim apa2 dekat mom semasa abg nizam fly ke Taiwan baru ni. Apapun, zaza nak ucap terima kasih banyak2. 


KitKat ni pulak datang jauh dari Jepun.. yg ini pemberian bos abg nizam. KitKat berperisa strawberi yg mana dekat Malaysia baru je ada perisa Green Tea hehe. Sebelum ni zaza pun pernah cuba KitKat warna putih [chunnky]. Thank you so much jugak.




Rantai leher dan juga brooch yg cute ni pemberian adik perempuan bos abg nizam iaitu Jenny, dari Taiwan. Baik betul family dariorg walaupun zaza cuma pernah jumpa mom dan alan [bos abg nizam]. Kalau diaorg berdua datang Malaysia siap ajak zaza sekali shopping huhuhu. Hadiah dari girlfriend Alan pun zaza pernah dapat jugak hehe. Beg handmade lagi dari beliau sendiri.. pandai dan rajin betul. Bertuah Alan :)

nOte : kena rajin menabung lepas ni hihihi.



Khamis, 29 Oktober 2015

Selamat Kembali Ke Tanah Air


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, pasangan suami isteri iaitu big bos zaza selamat kembali ke tanah air dan juga selamat bertugas semalam hehe. Kesihatan beliau pun alhamdulillah baik, cuma sikit je ada batuk.. mungkin perubahan cuaca. Apapun, beliau selamat menunaikan rukun Islam yg ke 5 iaitu Menunaikan Haji. 

Sempat pulak diaorg deko hehe. Apapun, memang terbaik ! yg penting from AJK kehkeh.

So, makan tenghari kami semua ditaja khas dari beliau sempena baru balik. Syukur, rezeki kami dapat makan pizza free hehe.. [bab free laju je kan ! cuba guna duit sendiri.. mau senyap je kan ! muahahaha]. Memang meriah time makan tu, mula malu2 kucen nak ambik pizza.. hah, lepas tu dah tak ingat bos ada depan mata hehe. Pizza banyak camni untuk staff yg ada dalam opis je tau ! untuk staff tech. makanan diorg sampai petang selepas diaorg semua berada di opis. Iye lah, kalau order awal2 kan sejuk dah tak sedap. Kempunan nanti diaorg nak makan dah tak lalu hihi.


Malah.. bukan itu je,  kami semua staff dapat hadiah istimewa selain buah kurma dan juga kacang. Sebelum tu zaza nak ucap ribuan terima kasih banyak2. Kami semua suka pemberian dari bos hihi. Yang korang nampak dalam beg comey tu.. mesti dah boleh agak kan !.. kalau tak boleh agak.. meh, nak bagitau.. kat dalam tu sejadah comey sangat. Corak dan warna sama macam beg tu dan ada 3 warna, purple, pink serta coklat. Dan yg berbentuk pen cute tu pulak tu.. perfume.


Haah, ni dia my big bos, pasangan yg serba putih.. 2 dari kiri. Zaza yg tengok gambar ni pun bahagia je. Gambar ni zaza dapat dari whatsapp yg dihantar dari bos sendiri. Syukur Alhamdulillah, ALLAH SWT telah mempermudahkan segala urusan beliau sepanjang berada di sana (Mekah). In Shaa ALLAH, semoga suatu hari nanti, kita pulak yg akan menjadi tetamuNya. Aamiin. 


nOte : Berbahagialah mereka yg menjadi tetamu ALLAH.

Rabu, 28 Oktober 2015

#29 Wordless Wednesday [POSING MAUT]


السلام عليكم ورحمة الله

 
 
 
nOte : buat macam rumah dia je kan ! asal boleh je budak arissa ni sorg.
 

Budget RM50..


السلام عليكم ورحمة الله


breakfast roti telor bakar, alhamdulillah kenyang.

RM 50 mungkin bajet dinner untuk satu malam bagi satu family, atau mungkin bajet membeli makanan asas bagi keluarga lain pulak. Juga mungkin, bajet sehelai tudung bagi individu lain. Mungkin hanya nilai itu sahaja yg ada dalam akaun kita ketika ini. Apapun jua ceritera kehidupan. Bersabarlah dan teruskan berdoa kerana kaya tak semestinya bahagia dan miskin tak semestinya derita. 
 
 
nOte : ALLAH itu ada.



Selasa, 27 Oktober 2015

Terjumpa gambar yg sekian lamanya.


السلام عليكم ورحمة الله



Ya ALLAH, terjumpa gambar yg sekian lamanya. Malu pulak bila tengok gambar zaman berhingus hehe. Alhamdulillah, masing2 pun dah bergelar isteri dan juga ibu.. cuma zaza je yg belum di kurniakan zuriat [masih menanti.. In Shaa ALLAH]. Gambar ni di ambil semasa hari bahagia Norlela Zakaria iaitu kawan sekolah dan juga sekampung. Kiranya dialah org pertama yg bernikah hehe. Anak dara time ni pun kemain berseri2 kerana aura pengantin muahaha. Zaza bersyukur sangat kepada Ilahi kerana pertemukan kami sekali lagi melalui facebook dan juga group whatsapp. Itu la kan, walaupun nama je sekampung tapi masing2 ada hal sendiri. Apatah lagi dah ada pasangan masing2 hehe. Zaza doakan semoga persahabatan ini berkekalan selamanya. Ada rezeki, panjang umur.. In Shaa ALLAH kami akan adakan reunion bersama.


nOte : bila tengok gambar ni.. teringin nak ke sekolah hihihi..



Isnin, 26 Oktober 2015

Alhamdulillah, Selamat Sampai..


السلام عليكم ورحمة الله

Rindu Rindu Semakin Rindu.. Cinta Cinta Semakin Cinta.. Aku Disini, Kau Disana. 
Muahahaha ! minah jiwang karat dah muncul.


Alhamdulillah, suami zaza selamat sampai Malaysia pada jam 3 pagi tadi hehe. Meroyan jap setelah sebulan berpisah sementara [out station]. Sebulan bagi zaza bagaikan setahun lamanya tau ! hukhuk. So kena berdikari sendiri bila suami berjauhan.. itu ini semua kena buat sendiri. Bila tuntutan kerja jauh macam ni la kan, asyik kena tinggal je. Tapi suami la best, kerja sambil melancong org kata !.. kata dia pulak, takde masa nak melencong hehe.


Suami terbang ke Taiwan sebelum sehari Hari Raya AidilAdha selama 3 minggu, seminggu selepas tu ke Macau dan minggu last Hong Kong. Zaza syukur ke hadrat Ilahi kerana diberkan kesihatan yg baik serta dipermudahkan urusan kerja semasa beliau di sana.


nOte :  kita pun ada doraemon hihihi.



Jumaat, 23 Oktober 2015

Hadiah Menang GiveAway


السلام عليكم ورحمة الله
 
 
Terlebih dahulu zaza nak ucap ribuan terima kasih kepada blogger Qasehnya Rania a.k.a Cik Sue. 
 
Perasan tak dekat bahu sebelah kanan zaza tu ! hehe. Alhamdulillah, zaza dapat Brooch comey ni atas rezeki menang saguhati sempena join Rania Turn's 1 GiveAway baru2 ni. Suka sangat dengan kombinasi warna brooch.. soft je dan kebetulan pulak memang warna kesukaan zaza hehe. Zaza nampak bergaya sekali bila pakai time besday party dekat opis baru ni cewahhh ! [perasan la tue].


nOte : mesti ciksu tempah dgn mama zahra kan ! .

Selasa, 13 Oktober 2015

Kenapa Pakai Mask Dalam Opis


السلام عليكم ورحمة الله

 
 
Mujur zaza selalu bawak mask kalau pergi mana2 hehe. Mask ni pemberian dari big bos zaza. Musim jerebu yg teruk baru2 ni mesti dia risau staff dia la kan hehe.. perasaaaaaan lebih. Okey berbalik pada tajuk, mesti pelik kenapa zaza pakai mask kat dalam opis. Sebenarnya, zaza baru je kemas meja yg agak bosan bila mata memandang. Mood tengah rajin katakan. Bila kemas tu mestilah ada habuk kan, itu pasal zaza guna mask ni. Lebih2 lagi zaza alah pada habuk. Mask bukan aje guna untuk elak dari jerebu, malah boleh dipelbagaikan.


nOte : jerebu walau tak banyak bacaan IPu tapi masih ada..huhu


Jumaat, 9 Oktober 2015

Birthday Party Ketiga [PART 1] - Dapat Kad Jemputan


السلام عليكم ورحمة الله





Satu hari ni sangat sibuk ye ! hehe. Dapat undangan lagi untuk Birthday Party ke-3. So, macam biasa kena buat apa yg patut sebab kita bukan raja sehari opss ! tuan puteri yg boleh goyang kaki sana sini. Ok bai, nanti jumpa next entri. Semoga majlis kami dipermudahkan. Aamiin.



Khamis, 8 Oktober 2015

Birthday Party Kedua [PART 5] - Kami Bergambar Kenangan


السلام عليكم ورحمة الله

Kira ni last story mengenai birthday party kedua hehe. Kekangan masa itu yg agak lewat. Tema untuk birthday party ke-2 kami pilih warna MERAH + KUNING yg sebelum ni disini. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar selepas waktu solat Jumaat dan berakhir pada jam 6 petang.

Masing2 yg punya birthday kan, akan dapat hadiah dan jugak kad ucapan. Alhamdulillahm rezeki buat diaorg. Dah ler dapat makan free.. lepas tu diraikan kat pejabat dengan deko bunga yg cantik, memang banyak untung hehe. Semua kos untuk perbelanjaan birthday party ni ditaja khas dari pejabat. Aamiin, syukur !. Cuma pakaian je kena sendirian berhad muahahaha. Apapun, kami berterima kasih kepada big bos sebab sudi meralisasikan impian kami kehkeh [dushh! kena tumbuk].

Jom ! terjah beberapa keping gambar [sebab nanti bila letak semua boleh termuntah kuning pulak kan, hehe] yg agak over bila berposing. Itulah kami bila dah nama perempuan hehe.

gambar aksi melampau kami hehe

macam biasa kan, gegel yg lebih2 muahaha..



nOte : Esok birthday party ke-3 hihi. 

Rabu, 7 Oktober 2015

#27 Wordless Wednesday [MOOD RAJIN]


السلام عليكم ورحمة الله






nOte : minggu lepas rajin pulak kita masak untuk bekal hehe..