Rabu, 20 Februari 2019

Bila Ada Penyakit Hati

السلام عليكم ورحمة الله


Ingatlah ! manusia yg suka mencari kesalahan org lain adalah manusia yg menghidap PENYAKIT HATI. Kedewasaan adalah ketika kau berusaha mengerti keadaan yg sebenarnya dari org yg menyakitimu dan bukan ingin menyakitinya balik. Nak puaskan hati manusia sampai kiamat takkan puas. Nak Redha manusia sampai kiamat takkan dapat. Jadi, carilah Redha Allah SWT.


Selasa, 12 Februari 2019

Selamat Hari Lahir Buat Sahabatku

السلام عليكم ورحمة الله



11 Februari 2019, 
Selamat Hari Lahir buat sahabat baik yg aku kenali sejak Sek. Rendah lagi, Subhanallah... manisnya ukhuwwah! Kerana Allah, hubungan ini masih seerat dulu. . Dengannya, aku berkongsi pelbagai perkara. Tempat luahan perasaan. Sama2 bergelak ketawa dan berkongsi masalah. Saling membantu dan memahami. Tersangat banyak kenangan manis yg tercipta bersama. Yg pasti, jiwa terasa bahagia... Chewah. Tak pernah gaduh ke ? Hehehe.. Ofkos ada, adat la bila berkawan kan. Tak baik gaduh lama2 hehe. 

Buat sahabat baik aku Norlailie Alias, SELAMAT HARI LAHIR! 
Aku doakan kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan buat dirimu sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan hidup, dimurahkan pintu2 rezeki, diampunkan dosa2 dan dikumpulkan kita bersama di syurga Allah saat pertemuan abadi kelak... Aamiin.