السلام عليكم ورحمة الله
Note : Mata Leeya aku letak ubat Terramycin dan Hidung aku guna Antibiotik Imexa dalam 0.1ml
Percaturan Allah sangat hebat.
Allah hadirkan si kecik buat ku untuk menjaga dan memberi perlindungan sebaik mungkin. In Shaa Allah, aku akan menjaga si kecik dgn penuh kasih sayang. Aku harap si kecik dapat hidup dgn sihat membesar seperti anak-anak lain dalam jagaan ku.
Sehari sebelum hari raya korban iaitu pada petang sabtu (10 ogos 2019), aku tergerak hati nak pergi kedai runcit dan lalu ikut lorong belakang flat. Aku terdengar tangisan seekor anak kucing di tempat timbunan sampah. Ya Allah, adakah apa yg aku dengar itu betul-betul ada? Puas aku mencari dan angkat plastik sampah tapi takde nampak pun kelibat anak kucing. Dalam fikiran aku, mesti suara tu datang dari arah lain.. kaki aku dah melangkah nak balik.. tiba muncul la si kecik dari celah timbunan sampah. Allah ! nasib la si kecik keluar. Sedihnya aku bila tengok keadaan dirinya dgn mata tertutup dan hidung pulak berhingus teruk huhuhu. Tak kan aku sekejam org yg buang dan biarkan mcm tu je kan? dah la si kecik masih baby.. seekor diri tanpa ibu pulak tu.
Niat hati aku memang tak nak ambik or kutip dah. Tapi semua yg berlaku takdir dan ujian Allah dan inilah pengorbanan aku. So tanpa berfikir panjang, aku nekad bawak balik si kecik dan akan menjaganya sebaik mungkin. In Shaa Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Si kecik aku namakan 'LEEYA ISABELLE' dan mungkin berumur dalam sebulan lebih.
Aku berharap agar baby Leeya kuat dan cepat membesar.
Note : Mata Leeya aku letak ubat Terramycin dan Hidung aku guna Antibiotik Imexa dalam 0.1ml