Jumaat, 14 Februari 2020

DIAM itu adalah satu simbol KECERDIKAN


السلام عليكم ورحمة الله



Ya ALLAH, aku paling takut bila FITNAH org. Kalau betul la aku TERANIAYA, aku akan gunakan saluran yg betul.. iaitu, aku akan buat laporan polis dan serahkan semua bukti yg aku ada. Aku takkan sesekali mencanang satu dunia bahawa aku telah teraniaya dan aku tak akan memaki hamun dilaman sosial. Serta tidak akan menghasut org lain untuk berpihak kepada aku.

Sebab ? ALLAH sentiasa bersama aku. Aku pasti, suatu hari nanti mereka akan mendapat balasan yg setimpal atas perbuatannya sendiri. Walaupun di dunia dia boleh lari.. tapi ingat, di akhirat kelak dia akan menjawab di sana. 

Aku sendiri akan berasa malu besar jika aku berfikiran singkat tidak fikir panjang apabila mewarkan kepada umum. Aku ada keluarga, aku ada saudara dan aku ada kawan. Berdiam diri bukan bermaksud aku SALAH, dan bukan bermaksud aku KALAH.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia akan berkata baik atau hendaklah dia diam". - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sekiranya belum jelas, DIAM itu adalah satu simbol KECERDIKAN. Ini bukan bermaksud kita tidak perlu mempertahankan apa yg kita percaya adalah benar. Tidak banyak pun faedah utk meluahkan setiap apa yg kita rasa. Terutama ke dalam media sosial. Sabar dan diamkan diri adalah lebih baik daripada meluahkan setiap perasaan kita.

PERCAYALAH, kata-kata yg telah kita hamburkan (semasa marah), 90% daripadanya kita mungkin akan menyesal kemudian hari. Setiap perkataan yg kita catatkan boleh membawa kerosakan atau memakan diri sendiri. Sebelum kita membuka mulut, tanya diri kita terlebih dahulu, " adakah ini perlu dinyatakan?". Sekiranya tidak perlu, lebih baik BERDIAM diri dan fokus pada diri sendiri. Jangan terlalu ikut EMOSI.