Isnin, 17 Ogos 2020

Bila HATI sudah HITAM

السلام عليكم ورحمة الله


Tak tau camne nak mula.. agak rasa seram sejuk bila memikirkannya.  Tapi, BILA HATI SUDA HITAM.. semua benda akan nampak salah orang lain dan bukan salah diri sendiri. Media sosial tempat mencanang dan melemparkan kata-kata yg agak terksesan.

Pada aku, satu je.. kita jaga kita, jaga apa yg kita ada dan jaga aib kita sendiri. Jangan sesekali kita terasa hebat untuk membuka aib orang. Ingatlah suatu hari nanti pasti kita akan terduduk'. Kadang aku tak faham setengah manusia.. berlumba-lumba untuk membuka aib orang. Seolah diri sendiri suci murni gituu. Dalam kita menunding jari dekat orang, ingatlah bahawa akan terpalit juga dekat kita tanpa kita sedar. Cuba kita muhasabah diri, bertenang, move on' apa yg berlaku dan terjadi dekat kita. Semua tu ujian dariNya. Tak payah la nak tunding jari itu ini dekat sesiapa.. tak payahlah nak rasa diri hebat, sebab bukan dapat apa pun.. yg dapat adalah dosa. Siapa kita untuk mencari kesalahan orang dan menghukum orang.

Cuba berbuat baik dengan orang.. jangan ada benci dendam. Kalau ada masalah settel dgn baik. Jumpa dan ajak berbincang. Negara kita ada undang-undang, so gunakanlah dgn cara yg betul. Aku harap berfikirlah dgn bijak. Bila hati sudah hitam, kita takkan nampak cahaya keredhaan Allah.

Jangan lupa suatu hari nanti, kita pasti akan mati.