Khamis, 4 Mac 2021

BIRTHDAY BOY MOMMY - OPPIE

السلام عليكم ورحمة الله



HAPPY BIRTHDAY OPPIE ! anak kesayangan mommy sampai bila-bila. Pejam celik, tahun ni dah pun masuk 5 tahun mommy jaga awak sayang. Mommy sayang Oppie sangat-sangat. Mommy doakan semoga Oppie sentiasa diberi kesihatan yg baik. Jangan nakal-nakal tau! selalu dengar cakap mommy dan selalu jadi abg yg baik kepada adik-adik. Oh ya, birthday anak zaza sekor ni jatuh 13hb Januari lepas. Date tu sebenarnya.. date zaza jumpa Oppie. Masa tu umur dia lebih kurang 4 bulan. Dan tak sangka sekarang dah gemok.. berat mencecah 5.55kg.


Ramai juga follower fb dan ig Oppie yg sayangkan dia. Tahun ni Oppie dapat banyak hadiah dan juga duit. Mengalahkan manusia pulak Oppie ni. Tetapi, Syukur Alhamdulillah, zaza ucapkan kepada mereka semua. 

Jom ! kita tengok apa hadiah yg Oppie dapat. 

Oppie dapat bantal dari CIKTEH.

Oppie dapat baju kemeja dari ACIK LISA.



Oppie dapat nametag dari adik FARAH (kazen dia hehe)

Oppie dapat tilam gebu dari ACIK EMMA.


Oppie dapat lampu tidur dari CIKNGAH.



Oppie dapat duit dari ANKEL SHAR.

Oppie dapat duit dari ACIK SARRAMA.

Oppie dapat jam dari MOMMY.



Okey, zaza nak citer serba sedikit tentang Oppie.

Oppie sebenarnya dah ada bini dan juga 2 anak (sepasang). Nama bini kesayangan dia - Lily Selena, manakala nama anak dia - Opik Heidy & Melor Emilly. Oppie budak yg baik cepat mesra alam dengan sesiapa sahaja. Tetapi awas !! jangan ada kucing lain selain dia ya. Dia memang pantang ada kucing lain dan akan bertukar jadi hulk hehe. Walaupun zaza ni mommy dia, jangan fikir yg zaza tak pernah kena gigit tau. Kucing mana ada akal fikiran. Bila dia rasa terancam dia mesti nak selamatkan diri dia. So kita perlu berhati-hati. Satu lagi, Oppie kalau jumpa doktor memang berperang mulut, tangan dan kaki sekali hahaha. Doktor sendiri pun kena cakar. Bertuah anak sekor ni.

Mommy sayangkan awak sayang dunia akhirat.