Selasa, 16 Julai 2013

APA ITU ISTIDRAJ?


السلام عليكم ورحمة الله


Iyanya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yg mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 

Inilah yg dinamakan Istidraj. 

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa org itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yg durhaka dan sering berbuat maksiat yg terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yg telah datang kepadanya adalah kerana Allah beserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga org ragu2 kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasulullah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimanapun dengan ada org yg sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadahan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yg lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yg susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula org yg seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa tak takut mati? Katanya, alah org lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai2. Tak kisahlah !.

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasulullah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar2 pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong !.

Secantik2 Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia Istidraj - Manusia yg lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada org yg beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. 

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah2.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Sebenarnya, kadang2 Allah memberikan nikmat yg banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad).

Anai2, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah2 daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai2 pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, org lain mati, namun dia masih belum mati2 juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi, dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yg cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. 

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama2 hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul2, maka terjawablah segala keraguan yg mengganggu fikiran kita.

Mengapa org kafir kaya, dan org yg berbuat maksiat hidup senang/mewah.

Pemberian yg diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yg diredhaiNya.

Rupa2nya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada org kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu Istidraj.

Org naik pangkat, Istidraj.

Org2 besar, Istidraj.

Jangan.

Org yg menggunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdikan kepada Allah bukan Istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yg kita cari, juga bukan miskin yg kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yg diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yg sebenarnya tentang nikmat yg diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yg diperolehi itu adalah nikmat pemberian yg diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,

Nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'alam.


nOte : Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Aamiin.

Sabtu, 13 Julai 2013

Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!


السلام عليكم ورحمة الله



Hadiah :
Top Referral :
Baucer RM100 Zalora + Kad Raya x 1

dan 100 peserta yang terawal akan dapat Kad Raya dari Emas Putih & Pn. Qaleshya.
*Maksudnya setiap sorang akan dapat 2 kad raya*


nOte : ngeee!! dah lama xdpt kad raya..


Al-Fatihah Untuk Arwah Pakcik Rosli Bin Hj. Shaari Bapa Suadara En. Suami


السلام عليكم ورحمة الله

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un - dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. 
(Surah Al-Baqarah potongan ayat 156)

"Kullu nafsin zaaiqatul maut" - setiap jiwa akan merasa mati!!

Al-Fatihah buat arwah Busu [Rosli Bin Haji Shaari] bapa saudara kepada en.suami yg sudah kembali ke rahmatullah pada 12.07.13 Jumaat jam 11.20 malam iaitu Ramadhan yg ke-3. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Aamiin. Salam Takziah untuk keluarga arwah.





nOte : Semoga anak2 dan juga isteri arwah tabah atas permegian ayah/suami tercinta beliau.

Jumaat, 12 Julai 2013

Jom! aamin kan DOA ini


السلام عليكم ورحمة الله



Semoga tahun ini kita dapat beramal ibadah dengan lebih sempurna.
Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui RAMADHAN, bulan yg penuh keberkatan. Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yg baik oleh ALLAH SWT. 

nOte : Alhamdulillah.. hari ke3 berpuasa


Rabu, 10 Julai 2013

Isnin, 8 Julai 2013

Takziah kepada Hadar Atas Apa Yang Berlaku


السلام عليكم ورحمة الله


3 Julai 2013, CHUKAI - Seorang pesara kastam bereputih mata apabila tiga kenderaannya yang diletakkan dalam garaj rumah dikebas pencuri ketika mangsa sekeluarga nyenyak tidur dalam kejadian di Jalan Delima 6, Lot 144, dekat sini awal pagi semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi dan kenderaan yang hilang ialah Toyota Hilux, Toyota Altis serta Naza Kia Forte. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 57 tahun meninggalkan set kunci pendua rumah dalam kenderaan Toyota Hilux.

Menurutnya, suspek yang membuka Yoyota Hilux menggunakan kunci pendua itu untuk membuka pintu rumah dan mengambil dua lagi kunci kereta iaitu Toyota Altis dan Naza Kia Forte yang diletakkan atas meja dalam rumah terbabit.

"Selain itu, sebuah komputer riba milik anak mangsa turut dilarikan dan semasa kejadian, pagar rumah mangsa tidak berkunci.

"Kita percaya kes ini dilakukan lima lekaki dan mereka adalah suspek sama yang terlibat dengan kes curi tiga Toyota Hilux di Kuantan, Pahang, dua hari lalu, " katanya semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini bekerjasama bersama IPD Kuantan untuk mengesan semua suspek terbabit.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A/Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh untuk melakukan jenayah. - (Sumber Sinar Harian)


Takziah kepada Hadar (adik ipar) dan keluarga yang berlaku. Harap dapat bersabar di atas ujianNya. Semoga Allah menggantikan dengan yg lebih baik. 

nOte : Penjenayah tidak takut dengan hukuman.. walau di mana saja kita berada, penjenayah tetap ada. kita tak kenal dia.. tetapi dia kenal kita.. so sentiasa berwaspada walau dimana kita berada. Semoga kita semua dilindungiNya. Aamiin.


Khamis, 4 Julai 2013

"23th Birthday Giveaway By DedeQ"


السلام عليكم ورحمة الله



J0in Klik Banner

"SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN DEDEQ!! 
SEMOGA REDHA ALLAH MENGIRINGIMU SELALU"


Tarikh Tutup : 6 Julai 2013 (11:59 pm)

Rabu, 3 Julai 2013

T-Shirt I ♥ Blogging Giveaway!


السلام عليكم ورحمة الله

T-SHIRT I ♥ BLOGGING GIVEAWAY!

CLICK BANNER


Tarikh Tamat : 9 Julai 2013
Hadiah : T-Shirt I Love Blogging x 1, Bloglist Ramadahan x 20

 

Isnin, 1 Julai 2013

#1 Rezeki Giveaway June


السلام عليكم ورحمة الله

Hari ini baru aku berkesempatan update blog setelah bercuti balik kG baru2 ni..
Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak kemana kan!
keputusan pememang bagi 'giveaway pertama bulan jun 2013'



Hadiah bagi tmpat KETIGA, KEEMPAT & KELIMA :
Special review blog

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu blog http://masnayli.blogspot.com kerana memilih no. bertuah ini muahahahaha^^


nOte : tak sabar menunggu ketibaan bulan ramadhan :)

Rabu, 26 Jun 2013

#5o Wordless Wednesday [PIZZA RESIT]


السلام عليكم ورحمة الله







nOte : Special ! ouchhh.... Alhamdulillah

Selasa, 25 Jun 2013

GIVEAWAY: Jom Menang Hadiah By AdamFaiz


السلام عليكم ورحمة الله


1x long Neclace 2x Fridge Magnet 2x Tudung Bawal 3x Souvanirs From Sabah 3x Keychain 3x Handkerchief 1x Sarung Tisu

DUE DATE : 15/07/2013

KLIK SINI UNTUK JOIN

Happy Birthday Ayahnda [250658]


السلام عليكم ورحمة الله

Untuk Ayah terhebat di Dunia, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN. 
Ada titip salam rindu menggebu yg selalu ingin anakmu sampaikan.
Ayah telah mendidik saya menjadi insan yg berguna hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Pengorbanan mu tidak mampu dibalas. Kami semua mendoakan ayah panjang umur serta bahagia hingga ke akhir hayat.
LOVE U SO MUCH Ayah!!





















Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza
"Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yg banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yg terbaik"


nOte :  walau jauh dimata, hati ini tetap merinduimu Ayah :)

Ahad, 23 Jun 2013

Indeks Pencemar Udara (IPU)


السلام عليكم ورحمة الله

Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;

3 stesen pada tahap berbahaya:
• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:
• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:
• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121) 
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

Sumber: Jabatan Alam Sekitar




"Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yg benar). " Ar-Rum (30):41

nOte : Jangan lupa minum air yg banyak ye !

My First Giveaway in June 2013


السلام عليكم ورحمة الله


Klik banner untuk join 

 Hadiah bagi tempat PERTAMA :
Sehelai Tiding Bawal (Let Go)
Sehelai Shawl (Jenama sendiri)
Topup

Hadiah tempat KEDUA:
Sehelai Tudung Bawal (Let Go)
Sehelai Shawl (Jenama sendiri)

*Hadiah akan berubah/bertambah dari semasa ke semasa.


Dateline : 30 Jun 2013


Mega Giveaway by Cik Hawa


السلام عليكم ورحمة الله

Korang! Jom join Mega Giveaway by Cik Hawa yang julung-julung kali ini. Banyak hadiah lumayan dan menarik menanti anda :D


Due date : 30 June 13