Selasa, 19 April 2011

GeDiks SanTai - - - ->NanDos!...:))

Assalamualaikum..
Kadang2 bila aku bukak belog ni, aku tak tahu nak tulis apa? PADAHAL, sebelum nak bukak belog banyak betul story yg aku nak cerita kat sini.... TETAPI, bila dah bukak belog habis semua cerita tu hilang. Arghhhhh~ geramnyaaa -..-

 Ok lah, en3 kali ni aku nak cerita pasal makan2!..
kat mana tu??.... Nandos' Subang Prade la....
sebenarnya dah lama aku pegi cni....tpi biasalah nak upload gmbar dlm phonee lpas sehari ke hari..!.
Best tak best jom kite nengok pic ni!!!!..

model gediks santai : empunya blog la...hahahaa
bab2 bergambar ni terserah pada dia...jgn marah!!.. 
 
 
 
nOte: thanks my hubby belanje mkn2..nnti belanje lgi erk!!...

Jumaat, 15 April 2011

Dah takde soalan lain ke nak tanya ??

Assalamualaikum...

 
Pagi jumaat ni bukannya aku nak marah2 orang xtentu hala tuju..cuma nak meluahkan sedikit rasa hati yg terpendam ni..aku terbaca kat wall fb kawan aku sorg ni yg berbunyi camni..

"if kalu xkawen org tnye bila nk kawe, if dh kawen org akn tanye bila nk dpt anak pulak.. n dh ada anak org akn tnye bila nk tambah anak..org2 ni sbnr nye sj nak cri kelemahan kite ke ape atau sengaja mau amik berat..?? whatever asal hidup aku bahagia..happy..puas..enjoy..syukur dgn apa yg ada.."

Dah takde soalan lain ke nak tanya?? 
Tensen bukan? Ada je menda nak ditanya pada 'kita' .. Dari mula lahir hinggalah ke tua ... cuma dah tua tu soalan nak ditanya tu tak berani nak tanya .. " bila nak mati?? ".. kalau tanya soalan tu, aku jamin si penanya tu akan tempah kuburnya sendiri .. kan kan?

Pelik? Bukan.. mmg dah lumrah manusia ni suka bertanya cuma yg di tanya tu tak selesa... Contohnya, bila nak kawin? Bukannya dia tak nak kawin, tapi dah belum sampai masanya .. Atau bila nak ada anak? Kalau nak kurang ajar senang je nak cakap, jap lagi beranak la aku .. Adoi... sah sah la tu bukan kerja kita .. Kerja kita dah buat... cuma lom ada rezeki .. 

Soalan2 kehidupan ni mmg kita tak dapat lari .. Pasti akan di tanya bila jumpa orang2 yg kita kenal tapi lama tak jumpa .. Hurmm .. bagi aku, soalan2 gini umpama soalan menyapa rakan .. seperti memberi salam .. Beri salam skang ni ibarat bersalam tanpa benar2 memaksudkan salam tersebut ... Mmg la, bukan semuaaa.. haih.. umum ler ... 

pasni tukar soalan pulak bile jumpe..
"awak, berapa no ic ye?"
ok x? haha

Wallahualam ... sedar sedar la diri tu yer...

nOte: aku pun sama lum ada rezeki..berdoa dan terus berdoa kpdNya...amin.

Happy Birthday Suami [150411]


السلام عليكم ورحمة الله



Kehidupan adalah anugerah Ilahi. 
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia yg wajib kita syukuri dan hargai.
Namun, Alhamdulillah zaza bersyukur dengan jodoh yg telah diberikan ALLAH swt.
 

Suamiku,
Tiada kata seindah bahasa yg mampu diungkapkan dan tiada puisi puitis yg boleh dititipkan.
Cuma, ucapan SELAMAT HARI LAHIR sayang. Pejam celik, 15 April genap usia abang 32 tahun. Cepatnya masa berlalu kan, sayang. Semoga dirimu dirahmati ALLAH swt dan dikurniakan kesihatan serta dimakbulkan segala impian dan cita2mu. Aamiin.

Selasa, 12 April 2011

"MAMACHIA 1st GIVE AWAY"

Assalamualaikum..

Ini kali pertama zaza nak joint contest ni.. "MAMACHIA 1st GIVE AWAY"
Mana tau kot kot ada rezeki menang..hehehehe dan thanks
Shiema Cma yg sudi tag kza untuk joint sekali yerk!..

banner ni dari mamachia
Jom joint jom, tapi kena cepat sebab due date nya 05 May 2011 @ 9.00pm

Dua org yg zaza nak tag :-
mama-irdienaikaimaan
haherafaidan


Wish us luck :-)

Isnin, 11 April 2011

Happy Birthday Mak [100411]


السلام عليكم ورحمة الله



Sejak dulu lagi MAK sayang along,
MAK belai along dengan penuh kasih sayang..
Selalunya MAK tunaikan impian dan apa yg along mahu..
Memang tak semua tapi tetap ada kan ?
Mungkin kadangnya along taks edar betapa dalamnya sayang MAK pada along.
Wajah MAK takkan sekali pun along lupa..
Dulu along sukar memahami pengorbanan yg MAK lakukan..
Along selalu luipa dan leka dengan apa yg ada di depan mata bila kita berjauhan..
Kadangnya MAK terluka kerana along..
Along tak tahu jika MAK sedih atau gembira di sana kg halaman..
Ya ! kerana kita berjauhan, tak seperti dulu..
Tapi, walaupun berjauhan.. kita tetap rapat..
Kata MAK, hidup ini tak mudah..
Dugaan dan cabaran sentiasa ada dimana2..
Kadangnya along menangis..
Tapi, MAK selalu ada disana dan walaupun jauh dimata, tapi dihati MAK tetap dekat sekali..
 
Tuhan, terima kasih kerana berikan seorg ibu yg penyayang..
MAK adalah yg terindah dalam hidup zaza.
 
Selamat Hari Lahir MAK !
Walaupun along tak dapat nak raikan sama2..
Along sayangkan MAK selalu..
Moga ALLAH swt panjangkan usia MAK dan juga murahkan rezeki MAK.
Moga MAK gembira dan kuat dalam melawan segala dugaan dan cabaran..


MAK,
Terima kasih untuk segalanya..
Terima kasih kerana selalu ada untuk kami adik beradik..
Terima kasih yg tak terhingga kerana lahirkan along dan adik2 yg lain..
Kami semua gembita dan bahagia bila MAK ada..
Takkan pernah ada pengganti lain selain dirimu MAK.
Kami sayangkan MAK sampai bila2.


 
 

Jumaat, 8 April 2011

Petua Tidur Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum...

Hari ni aku just nak kongsi satu en3 yg kawan aku share kat facebook beliau... berkenaan dgn Petua Tidur Rasulullah s.a.w

Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. 

 
Jangan  tidur menghadap kaki arah Qiblat. 
Ini adalah kedudukan tidur org yg telah mati. Barang siapa yg membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati mlm itu, dia akan  dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah:-
(Subhanallah 33 kali)
(Alhamdulillah 33 kali)
(Allahuakhbar 33 kali)

Baca 4 Qul:-
(An-nas)
(Al-Falaq)
(Al-Ikhlas)
(Al -Khafiruun)
Tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan  utk menghidarkan sihir dan niat jahat manusia.  Kemudian  baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Brangsiapa yg membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian terkejut.

Niat utk bangun  Tahajjud. 
Sekiranya tdk terjaga . Allah swt akan mengira  seolah2 dia bertahajjud sepanjang mlm . Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan org.

Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat

Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur

Tidur cara Rasulullah saw dgn  mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

selamat beramal...(^_^)

Khamis, 7 April 2011

bila dah xde keje camni la.....

Assalamualaikum..

haii geng!!!
korang sibuk ke arini??
hmmmm aku cam biasala duk melepak dpan pc ni..
bukan curik tulang tau!!.....bila dah xde benda yg nak dibuat...hahahahahaa
tapi kan bila keje dtg bertimbun2 membebel sana  cni plak...
hmmmm...manusia ni, xpenah nak bersyukur kan???
tpi...alhamdulillah..aku bersyukur sgt2 dgn apa yg aku lalui...
godem sana..godem cni dah pun 12.30pm..
jap lagi dah makan time..aduuuhhhh!!
pening2......memikir apa nak makan plak....
ok...nak siap2 ni...hehehee
(^_^)

Isnin, 4 April 2011

Sila dail talian 24434



PERNAHKAH anda membayangkan apabila berdoa, lalu muncul pertanyaan seperti ini:
"Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2  untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN -LAINNYA."

Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat seperti ini. "Maaf. Ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"


Cuba anda bayangkan semasa sedang berduka dan ingin  mengadu kepada-Nya, anda mendapat respons begini.

"Jika anda mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan Malaikat Mikail. tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga atau neraka!".

Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini:

"Sistem kami menunjukkan anda telah  memanggil lebih daripada sekali pada hari  ini. Sila cuba lagi di kemudian hari!".

Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini :

"Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada  hari berikutnya!".

Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dalam kehidupan seharian kita. Namun, adakah ia satu jawapan  yang  akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah?

Sudah tentu TIDAK. Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya', tidak  kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-Nya dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar  aduan  kita tanpa sebarang had.

Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah 'talian sibuk'. Allah menerima setiap panggilan dari hamba-hamba-Nya tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-Nya iu.

Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk anda mendail-Nya. Mengapa 24434?

2 rakaat - Subuh
4 rakaat - Zuhur
4 rakaat - Asar
3 rakaat - Maghrib
4 rakaat - Isyak

Jika ingin lebih  sempurna dan lebih dekat lagi dengan-Nya, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat tahajud, duha dan taubat.

Kita juga boleh mendail talian 37 yakni al-Quran yang memiliki 37 juzuk atau mendail 99 Asmaul Husna, yakni nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.



Yang pasti, talian Allah ini adalah secara terus, terus tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil.

Jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sehingga hayat kita akhirnya kembali kepada-Nya.

Sebenarnya, inilah talian yang wajib anda  dail setiap hari . Sayangnya, ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan.

Kehilangan untuk selamanya..

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Aku sedang dalam mode terkejut dan sedih sangat nih..
Tghri semalam aku dikejutkan dgn deringan telefon. Suaran Kakyah (sahabatku) dihujung talian.

Za jgn terkejut apa yg kakyah nak cakapkan ni, En. Man dah meninggal tdi.." aku terkejut dan macam kurang percaya pun ada.. Innalilahi Wa Inna Ilahi Raajiun.. 

Menitis air mata aku bila dapat tahu berita ni, tapi Allah lebih menyayanginya. Walaupun sukar utk aku menerima tapi ini sudah ketentuanya. Al-Fatihah utk arwah En. Azman Hj. Mohd Daud & takziah buat keluarga beliau dan semoga tabah menghadapi ujian dariNya. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Apapun kita yg masih bernyawa ni terpaksa meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ni la satu2nya gambar arwah (tengah) yg aku ada.. jasanya dikenang.. pemergiannya satu kejutan.. gurauanya kadangkala menyakitkan dan mengembirakan.. kehilangannya akan dirasai.. Al-Fatihah..

Selasa, 29 Mac 2011

Kisah Ibu Mertua & Menantu..

Assalamualaikum..

Hari ni keje aku adalah tgk emel dan berFB..
x terlarat aku nak baca sume2..
bila ada yg best ngan lawak2..
mula la gelak sorg2 kat opis neh..
dan..kat bawah ni aku nak share sesuatu ngan korg..
jom bacaaaa!!...

Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"

Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.

Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

Mendengarkan itu Li Li sangat berbahagia karana mertuanya masih boleh hidup bersama. Seketika itu ia langsung pulang ke rumah dan meminta maaf kepada mertuanya atas kesalahan yang diperbuatnya selama ini, sambil memeluk mertuanya, dan berkata, “Mama, Li Li sayang mama.” Mertuanya juga dengan terharu memeluk Li Li dan telah memaafkan Li Li. Demikianlah akhirnya Li Li dan mertuanya hidup bahagia.


Pesan :
Sadarkah kita bahwa bagaimana kita memperlakukan orang lain maka demikian pula mereka akan memperlakukan kita. Sebelum menuntut merubah orang lain, rubahlah diri kita sndiri terlebih dahulu.
Pepatah kuno, "Orang yang mencintai orang lain akan dicintai juga sebagai balasannya."

Jumaat, 25 Mac 2011

JaGuNg BaKaR..NyuM..NyUm..

Assalamualaikum...

Sapa nak jagung bakar...jom pegi beli sekarang!!...tpi ada ke org jual masa2 ni??Hehe..tengah2 hari ni saje tayang jagung. Semalam hubby beli ontheway balik keje..sebatang RM2.20.. tapi kemanisan dan kesedapannya terserlah!..memang sedap yg amat..


Alhamdulillah rezeki dari Allah untuk menikmati kurnianNya dan keindahanNya.

Khamis, 17 Mac 2011

Dunia sudah di akhir zaman?

Assalamualaikum..
Korang pasti sama juga dengan aku bukan? Kadang-kadang idea nak update blog ada tapi mood la pulak tak de..huhuhuhu.. mungkin sebab tenet slow sgt kot!!..
Oklah..bukan aku nak citer pasal mood2 ni..sebenarnya pasal "Dunia akhir zaman??". Korang pun dah tahu kan pasal Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda Jepun meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Beribu orang masih hilang tidak dapat dikesan manakala bagunan dan kemudahan awam hancur bagaikan terkena ledakan bom atom hirosima.
Bencana yang lebih menakutkan dunia pasca gempa bumi dan tsunami Jepun adalah kesan radiasi nuklear. Diberitakan kesan radiasi nuklear dari negara timur ini boleh dibawa angin ke barat menyerang benua Amerika. Jika ini belaku pasti akan membawa bencana dunia yang maha hebat.
Ketika Jepun sedang berusaha keras menguruskan masalah kemusnahan tsunami dan radiasi nuklear negara Arab pula sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku di tanah Arab adalah kebangkitan puak Syiah menentang Sunni. Pergolakan Syiah vs Sunni akan mencetuskan peperangan besar antara Islam yang akan menambah gelora dunia.
Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kemusnahan negara timur, radiasi nuklear yang sedang bergerak ke barat dan demonstrasi di tanah Arab, mungkinkah ini tanda akhir zaman sebagaimana yang telah tercatat dalam banyak buku-buku hadis.

Rabu, 16 Mac 2011

apa kes!!

Warrghh...lama dah aku xupdate blog ni..
Buat masa sekarang ni aku malas nak tulis pape cerita..
So...bagi sesiapa yang berkunjung ke blog aku... enjoy jelah dengan ape yang ade..


[Sorry 'cause now I'm not in the mood to update my blog..]

Jumaat, 11 Mac 2011

Tolonglah...Jangan Bersedih = D Mari Senyum

Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya
Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah
     
    وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
    Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. 
    Surat Ali Imran : Ayat 139

    Khamis, 10 Mac 2011

    Wirid Harian IMAM AL-GHAZALI

    Assalamualaikum..

    Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ni, Insya-Allah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman (Ihya Ulumuddin)


    Hari Jumaat 
     Ya Allah



    Hari Sabtu
     Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah



    Hari Ahad
     Ya Allah, Tuhan Maha Hidup Lagi Berdiri Sendiri (tidak perlu kepada pertolongan)



    Hari Isnin
     Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung



    Hari Selasa
     Ya Allah,  Rahmatilah Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W



    Hari Rabu
     Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Tuhan Maha Esa



    Hari Khamis
     Maha Suci Allah Yang Maha Agung Dan Segala Puji Untuk-Nya

    Two Hearts, Two Heart That Beat As one
    ¸¸.•* Zaza ❤ Nizam *•.¸¸

    Rabu, 9 Mac 2011

    Datuk Siti Nurhaliza Dan Keluarga Di Majlis Perkahwinan Adiknya

    En3 kali ni tetiba nak cerita pasal Datuk Siti Nurhaliza pulak..Tahniah diucapkan kpd Datuk Siti Nurhaliza kerana dapat adik ipar baru...So, jom layan gambar beliau...


     
     
     
     
    Two Hearts, Two Heart That Beat As one
    ¸¸.•* Zaza ❤ Nizam *•.¸¸

    Jumaat, 4 Mac 2011

    ++Tips Kulit Sihat++

    Makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti:-

     Lobak Merah

     Buah Oren

     Betik

    Mangga
      Biasanya kaya dengan beta karotena yang berfungsi dalam memperbaiki sel kulit.
      Take Care! ^_^

      Two Hearts, Two Heart That Beat As one
      ¸¸.•* Zaza ❤ Nizam *•.¸¸

      Rabu, 2 Mac 2011

      Apa pendapat anda!

      Assalamualaikum..

      Terima kasih kerana forwardkan email ni..
      setelah membaca mesej ni..aku tergerak la nak kongsi en3 ni dalam blog aku ha..
       
      Apa pendapat anda tentang gambar dibawah ni...


      Anda nampak kan???
      Tak de maknanya tulis HALAL kalau kepala “ba alif ba ya” tu cantik punyer posing kat atas tue...  
      aku pu xtau ni kat mana...tapi macam kat tanah seberang...  

      Agaknya.. HJ tu sembelih baca bismillah kut… tu yang jd halal gaknyer… sengal betullah…
      HJ tu refer pada Haji ker??????   
       Ataupun HALAL tu ada maksud lain kut....  

      Macam2 hal diorg ni kan?..
       
      Note : apapun..kalau korang pergi ke negara luar..behati2 la memilih kedai.

      Two Hearts, Two Heart That Beat As one
      ¸¸.•* Zaza ❤ Nizam *•.¸¸