Isnin, 20 Jun 2011

18&19 June 2011-Perkhemahan Asas Pengakap&KRS

 Assalamualaikum..

Petang uols!!..korang mesti dah kenyang kan!!...
En3 kali ni...pasal perkhemahan di sekolah...
sebenarnya aku taknak citer detail pun pasal perkhemahan ni, cukup ar sekadar tgok gambar ni....

 sesi permulaan
 kawad2....
 sesi dalam kelas..bersama cikgu sham
cikgu ida &  cikgu sham (fasilator) - - -> memang sempoii!!..
 parti buih ke ni?? ohhh...tidak!!..
 Pengakap&KRS
 Komando cilik...
 orang dapur...hehehe
 bersama cikgu syoib&cikgu ciko
 kyusuk tu.....
 memberi penghormatan kpd cikgu nizam
 cikgu zul &   cikgu  ijan sedang memberi tunjuk ajar kaedah kecemasan..
 3 org cikgu ni..sempat lgi tersengihh!!...
 siap sedia...
 cam wartawan pon ada kan...glamor la cikgu nizam
cikgu xsedia lagi...tangan tunjuk mana tu?? mata tgok lain..adoiii
 cikgu zul tunjuk cara2 pertolongan cemas...model kita  cikgu ijan yg sporting..
 wahh!..cikgu ijan kita ada bakat ni..hehehe
 jangan xtulis dlm buku log apa yg cikgu2 korang ajar...(kata cikgu yg mengajar)
 acara permainan..di pimpin oleh cikgu farez
 hantu mana pulak yg datang berkembang ni...hukhukhuk
   cikgu ijan, zul & sham..
 tengah pikir apa nak sebut lpas ni (permainan pisang goreng)
 cikgu zul menerima cenderahati dari pihak SMTM...

fasilator bersama dgn guru pengakap..

Apapun thanks banyak2 kpd semua yg terlibat..memang gembira sangat2 dapat bersama dgn diaorg semua..
harap akan datang...cikgu ida jgn lupa jemput kami lagi !!...hehehe

nOte: klu nak tgok byak lgi gambo..terjah dlm GX77 & 77 Pengakap Smk Taman Medan

♥♥ selamat hari bapa, ayah!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Bapa kepada kaum Lelaki yg  bergelar Ayah
 Selamat Hari Bapa, Ayah! :) I love you, so much! .
 Tiba2 rindu pada ayah pulak. 
Tpi 2 minggu lepas baru jek balik kampung!!..hehehee
 
 hah ! pic neyh aku ngan ayah - - >AbDullaH AbD GhAni... i love u so much :) .
walau pon rupa ayah aku sudah tua . aku sayang dyee sgt2 ! heheh dyee da besar kan aku, berkerja tuk dapat kan rezeki ..hey guys, jangan jeles nan ayah  aku taw :p
 ni pic raya tahun lepas....aku bukan marah ayah tauw!!..
cuma nak bergambar di lokasi lain..hahahaha..

 Tapi...ayah nak kat cni jugak!!..so ikut jerk..huhuhuhuhu
ayah pulak tak sedia....aku yg terlebih inteprim...hehee
 
Kalau korang nak tau!!..pic ni dah lama..seingat aku sebelum aku kawin lgi...so sweet!!...Moga Tuhan memberi lebih banyak ruang dan masa untuk kita mengecapi saat keakraban ni.
along sayang ayah
along sayang mak
along sayang angah
along sayang ateh
along sayang adik..
and love u all...muaaahhh!!..

Rabu, 15 Jun 2011

Dua penyokong bola sepak hina Agong dalam facebook

 Assalamualaikum..
Jom!! kita baca berita tergempar!!..


KUALA TERENGGANU : Dua indi v idu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup men ghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.

Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan A gong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenanhan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.

Tindakana dua individu   tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay S hakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC)  yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, semalam.

Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut  di Univer siti Teknologi Mara.

Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9  malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungajwab.

"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan A gong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.

"Sebelum ini, kita suda h menas ihatkan dua individu  berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.

"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya K omunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil  tindakan sewajarnya terhadap dua individu  berkenaan." katanya yang ditemui  di Balai  Polis Chabang Tiga, di sini  semalam.

Sementara itu, Ketua Negeri Datuk Jamshah Mustapa, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan   berkenaan.



nOte: diaorg ni..xleh nk terima knyataan trg mng!!...aduhaii..

Selasa, 14 Jun 2011

Demam Denggi!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari ni bru masuk opis selepas 4hari MC..
aku kena demam denggi!!

pagi jumaat last week (03 Jun 11)
terbaring lesu...bru smpi ke-kg.. aku mula tak sedap badan...
rase nak demam demam...sejuk dan terbaring atas tilam

esoknye Sabtu,
pagi2 still rasa lesu lgi...igt demam biasa jerk..so telan panadol..
tpi selera makan langsung xde...cuma minum air.

Ahad pagi:
Memang xboleh nak duduk mcm org lain..masih terbaring jugak..
org lain  duk makan..kita cuma tgok jerk...lapar tu memang la lapar..
tpi selera nak makan tu xde..adoiii
igt nak pegi klinik..tpi bila dah telan panadol..badan rasa ok ckit..
so beli tiket utk balik ke KL

Isnin dlm bas otw blik KL..
blik sorg sb my hubby o/s dari trg terus ke melaka
badan still lemah lgi....
dan syukur sgt2 bila dan smpi umah...
terus hempas badan atas katil...tido letih sgt2..
malam pegi klinik...doktor ckp......
suhu badan awk 38
doktor ambik darah...dan bagi inject...
takut saspect denggi...

Selasa at Hospital Serdang :
dihantar oleh eddy&ecah..
pukul 3 pgi bru dpt jumpa doktor..
doktor ckp awak kena denggi!!dan terus kena tahan msuk air...

Rabu pagi :
dalam kul 8 lebih la..
baru boleh kuar...
doktor bgi MC 3hari..

Khamis pagi:
kul 7 pgi terpacat depan klinik  utk chekup lgi..
ambik darah itu ini....
dalam kul 12 lebih terus di hantar oleh ambulans ke Hospital Universiti PJ.
kena masuk air lagi...
nasib baik abg soib ada temankan sekejap..
petang dlm kul 5 dah boleh kuar...abg zul pulak yg tolong hantarkan balik umah..
memang memenatkan....kuar masuk hospital

Jumaat...
 Still kena chekup lagi...tpi darah dah ok..
demam pon ok...
selera makan pon ok..hehehe

Sabtu...
 pegi lagi hospital..bersama adik aku (angah).. coz my hubby lum blik lgi
ambik darah lagi cam biasa....

Ahad :
rehat kat umah..xde sebarang temujanji..

Isnin pagi:
Kena checkup lgi..ambik darah...
rmai org xpayah nak ckp la....sabar je lah..
kesian my hubby..nunggu smpi lebam..tertido lgi dia..hahahaha

so...Selasa   (21hb Jun 11)
kena pegi lagi jumpa doktor..nak tau camne keputusan seterusnya..
mudahan2..aku bebas dari segala penyakit..amin.

nOte: thanks yg tolong aku semasa dlm sakit tempoh hari!.


Khamis, 2 Jun 2011

apa??.... uBi kaYu

 Assalamualaikum...

Petang uols..
Nyumm nyumm!!....sedang menikmati PENGAT UBI KAYU..
terbaik dari ladang..hahahahaha
opsss!!.. kalau korang nak tau..aku tapau dari Restoran Ubi Kayu USJ9 Subang Jaya..
nama pun ubi kayu kan..hehehe


Tengahri menu makan aku:
nasi putih
ikan cencaru sumbat
sup tulang
sambal belacan
ulam-ulaman
bersama limau ais..
wahhhh...kenyang sangat dan sempat lagi tapau pengat tu!!...


nOte: lunch bersama hubby tersayang!..




HoyeE~~~ BaLik KampuNG!

 Assalamualaikum..

Hari ni..pagi anda macam mana?? harap2 chat setiasa la ye!..
Dah lama aku tak update blog nie ek..memang cam takde mood nak..Mungkin korang minat ni juga : Balik kampung...oooo... One Response to "hoyee~~malam ni balik kampung..."

 
 owhhh mak!!! tunggu kepulangan anakmu ini.... huhuu.... tak sabar rasanyer... semoga perjalanan aku selamat sampai dan selamat pulang! ...

Sebelum balik kampung..
kena packing baju mana yg patut..(wahhh!! mcm nak bercuti sebulan jerk!)
tak lupa juga barang yg penting utk dibawa balik..hehehe

nOte: tak sabar nak ttgu malam ni..hehe
 

Jumaat, 27 Mei 2011

Hantaran CokLaT

 Assalamualaikum..
 Asyik nak publish hantaran plak aku ni..
oppsss!!..skrg kan musim org kawen..so apa lagi layan jerk la!!..





nOte: comel kan..nampak wana emas jerk.. (mahal tu!!) kopak2..hahaahahaa



Hantaran Strawberry

 Assalamualaikum..
Pagi ni aku saje nak publish gambar buah strawberry ni...comel plak kan.kan..
biasa org buat hantaran kawin mesti nak campur pelbagai buah kan?? so..apa kata kalau korang buat simple mcm kat bawah ni..so sweet!!...

 Jom layan je gambar2 buah strawberry ni..so yummy!!










 nOte : comel kan..my bekpret tu!!!!

 

Khamis, 26 Mei 2011

berkampung!

 Assalamualaikum...

Pagi uols..harap2 chat hendaknya...pejam celik ari ni dah kahmis rupanya..2..3 hari lgi dah nak msuk bulan 6..sekejap masa berlalu..oklah...tetiba rase rajin nak buat en3 kali ni.. tpi, bukannya penting sangat pun..hehe..

 Alhamdulillah, semuanya selesai setelah 2hari berkampung kat opis smpi ke mlm utk siapkan tender bersama kwn2 yg sporting giler..dah 3 tahun aku tggal keje camni..dulu2 sebelum kawin..memang  ada jerk stayback kat opis smpi pagi.. Sekarang dah keje opis lain..jarang sangat stayback..bunyi jerk jam p/card terus off komputer..apa lagi! balik la.. hari2 macam tu la keje aku...wakakakakaka memang sempoi la kan..

opsss...ada kje yg nak kene langsaikan dulu..next time citer lagi!!...




Ahad, 22 Mei 2011

Sayangilah ISTERI anda!!..

Assalamualaikum..

Haii uols!!..selamat petang.. bz ker??
jom!! baca posting kat bawah ni...aku dpt dari fb


Seorang isteri mengadu pada suaminya
”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu
”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak
”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon
”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis
”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….
SAYANG….abang mintak maaf….Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….
nOTE: sob..sob..sob..sadey tol..:((

Jumaat, 20 Mei 2011

DOSA GUGUR APABILA SUAMI & ISTERI BERSALAMAN

Assalamualaikum..

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

 Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basuh dengan berzikir kepada penciptamu ,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan rabbmu..
dan..dosa2 yg silam disulami dengan taubat kepada dzat yg memilikimu."




Rabu, 18 Mei 2011

Pemilihan Pesilat Suksess Daerah Petaling 2011

Assalamualaikum..

mod arini : bosan!!
oklah...aku ada benda nak share ngan korang semua..

Tarikh : 14hb Mei 2011
Tempat : Anggerik Mall, Seksyen 14 Shah Alam
Acara : Pemilihan Pesilat Suksess Daerah Petaling 2011

Tapi sebelum tu...kitaorg ingat nak bermalam di Intekma Resort..tpi..huhuhuhuu last minit nak booking..dah penuh..sb budak konvo..wawawawawa.. so terpaksa la kitaorg bermalam di home stay (blok 21)-seksyen 7 dgn bayaran RM150/day. Senang la sikit xpayah nak bertolak dari rumah utk ke anggerik mall..sb, game bermula pukul 8.30 pgi..klu x mesti kelam kabut dibuatnya kan??..so, sebelum aku sampi ke tmpt tersebut,kitaorg pegi sarapan dulu kat seksyen 2..hehehehe.. (makan nasi lemak + teh tarik)

Setelah acara bermula..gedabak...gedebuk...
Alhamdulillah...dengan jayanya..3org budak dari pertubuhan Tonggak Siliwangi Biru telah memenangi pingat:-
Emas Olahraga Putri : Afifah
Emas Olahraga Putra : Haris
Emas Jurus Tunggal : (nama lupa daa)..
 Perak Solo Lelaki : Lokman
Gangsa Olahraga Putra : Eddy
Dan kepada 2org lgi...jgn putus asa k!!..

1hari jugak game tu nak abis..huhuhuhu..memenatkan tpi gembira!!

Urusetia - my hubby
Haris (Putra-kelas C)
Afifah (Putri-kelas B)
org kuat game (abg Ijan& abg Soib)
my hubby bersama bdak2 gombak
ketua kecemasan..hehehehe

Dan terima kasih jugak kpd yg sudi datang tengok..
serta memberi sumbangan utk pertubuhan kami..
hanya Allah swt yg dapat memblas jasa baik korang semua..Amin

nOte : Minggu ni select game daerah Gombak pulak..jom!!