Jumaat, 23 April 2010

Santai bersama GX-77


السلام عليكم ورحمة الله


Terima kasih kepada semua ahli GX 77 kerana mengadakan acara "FAMILY DAY" bertarikh 3 dan 4 April 2010 baru2 ni di Sungai Congkak. Isteri dan anak2 masing2 teruja bila acara sedemikian diadakan hehe. Lagi2 boleh mengeratkan tali silaturahim sesama mereka yg masih ingin mengenali antara satu sama lain. 


Pasangan yg hadir baru2 ni aku suami isteri, nora, ciko serta adik ciko sekali join.. abg yen sekelurga, abg ijan sekeluarga, abg zul sekeluarga, abg soib serta farez. Tidak ketinggalan kak susilawati, abg sham serta dua org sahabat mereka juga terlibat menjayakan aktiviti ini.





 

Sejenak..


السلام عليكم ورحمة الله


Nabi SAW bersabda:

"Aku diutus dengan agama yg dipegang teguh dan toleran". Kerana itu tidak ada kesusahan yg tidak dapat dilalui, tidak ada pemaksaan diri, tidak ada yg harus diada-adakan, tidak ada bebanan dan tidak ada sikap yg berlebih-lebihan yg ada dalam agama ini adalah fitrah, sunnah, kemudahan dan kebersahajaan. 


"Pilihan yg baik bagi seorg hamba adalah apa yg Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya dan Allah lebih mengasihi hambaNya daripada ibu yg melahirkannya kerana itu seorg hamba harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepadaNya dan menvukupkan diri dengan kecukupan yg diberikan Tuhan kepadanya".


"Maafkanlah org yg menzalimi anda dan sambungkanlah tali silaturahim dengan org yg memutuskannya dengan anda. Berilah kepada org yg tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap org yg berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semu ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan".





 

Seribu kemanisan nikmat kebahagiaan..


السلام عليكم ورحمة الله


En3 ni mengisahkan tuan tanah dengan pasangat cinta sejati la kan hehe..


Kasih sayang merupakan sifat fitrah dalam diri manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa kasih sayang, begitu juga la kami suami isteri hihi. Tapi pengalaman kami berkenalan memang sungguh istimewa sampai bila2 pun kami tak akan lupakan. Kami kenal dalam 3 bulan saje lepas tu si lelaki terus mewakili faminya untuk datang merisik sekali majlis tunang. Sekaligus senang tak payah banyak ragam kan. Dengan selamatnya kami bertunang pada 14 April 2007 dan kami diijabkabulkan pula pada 16 Disember 2007 pada tahun yg sama. Sudah tertulis bahawa dia adalah jodohku. Aku terima dengan hati yg gembira rasa syukur.



Aku bagaikan puteri yg paling bahagia kerana pernikahan kami dipermudahkan walaupun sederhana namun meriah dengan adanya sanak saudara, jira tetangga serta sahabat handai. Bersyukur dikurniakan suami penyayang, baik hati dan pandai ambik hati family.


Dua tahun genap usia pernikahan kami sangat terasa cepat je masa berajalan. Kami masih belum dikurniakan anak. Walaubagaimanapun, kami tetap berusaha dan tabah dengan apa yg kami hadapi. Moga Allah membakbulkan doa kami suami isteri.





 





  



Kenangan bersama mereka LEMSB


السلام عليكم ورحمة الله

Apa yg ku alami tidak pernah ku lupakan dengan begitu saja. Aku amat seronok dengan apa yg telah aku pelajari selama aku bekerja di sebuah syarikat swasta iaitu LOCAL ENGINEERING (M) SDN BHD, di Kg. Nyior Paka. Aku berhenti kerja disebabkan berhijrah mengikut suami ke negerinya Selangor.


Aku berada disana agak sekian lama.. memang lama kerana sudah menjangkau usia 6 tahun huhuhu. Tapi apa kan daya bila sudah bergelar isteri org kan!. Berterima kasih kepada big bos Ir. Wan Sabri Wah Ahmad kerana memberi peluang dan percaya aku untuk bekerja. Permulaan masuk memang kosong talngsung takde basic asas. Tidak lupa juga kepada En. Azman Hj. Mohd Daud selaku bos yg paling kelakar hehe. En. Azman sangat huble orgnya, pandai pulak menjaga hati pekerja di bawah naugannya.


En. Azmi Abu Bakar selaki bos kewangan. Kalau tersepit masalah kewangan aku memang tak segan silu bertemunya hahahaha. Bukan mintak free ye! advanced dulu sementara tungu gaji. So far, alhamdulillah. Banyak sangat kenangan kalau nak di lemparkan disini. Pekeja di sana pun seratus peratus bumiputera tu yg enjo!!!. Kepada sahabat2 yg lain.. aku doakan semoga korg menjadi pekerja contoh kepada adik2 yg masih nak belajar berdikari pasal kerja. Jangan kedekut ilmu korang untuk menolong mereka yg memerlukan ye. Yang pasti, aku tetap merindui kamu semua.
 
 
 
 
 
 
 
nOte : kenangan yg tak dapat dilupakan. 



 






Khamis, 22 April 2010

Persahabatan Di Taman Teman

 


السلام عليكم ورحمة الله


Sesekali jadilah kawan yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan..
Kerana dia juga seorg manusia.

Dia juga ada rasa takut, rasa bimbang, sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka.D
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu... akan tetapi jika kia cuba jadi SAHABAT seperti dia, mungkin kita akan tahu.


"Mu tahu dop, dalam banyok2 kawan aku.. mu la yg paling aku sayang. Aku bersyukur sangat kepada Allah kerana dipertemukan sahabat yg ada semangat juang yg tinggi".


[zaza-lely-ani-cwan]



Mereka bertiga merupakan sahabat semasa dialam persekolahan lagi. Korang semua banyak memberi sokongan dekat aku dalam pelajaran mahupun dialam perkahwinan. Namun, sejak masing2 telah melangkah ke alam perkahwinan, aku jarang dapat menghabiskan masa bersama2 seperti bujang dulu. Sorg je yg masih single dalam kami berempat, Che Wan Hasiah @ Nora. Aku doakan agar ko cepat di pertemukan dengan jejaka idaman kalbu.


"Ya Allah, terimalah segala amal sahabat ku ini dan ikhlaskan dia. Dan kuarkan dia sekira dia berasa lemah dan ikhlaskan dia taktala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau."


Alhamdulillah rinduku sedikit terubat. Aku harap persahabatan yg kita bina sekian lama akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. 

  


 


Keluarga Bahagia kami..


السلام عليكم ورحمة الله


Hidup bererti ujian dan cabaran. Namun, ia bukanlah penamat kehidupan. Panjatkan doa kepadaNya mohon jadikan setiap ujian dan cabaran sebagai pencetus semangat untuk terus mara mencapai bahagia yg diredhaiNya.


Alhamdulillah... zaza bersyukur dikurniakan kedua ibubapa serta adik2 yg penyayang. Walaupun zaza berjauhan dengan mereka tak bermaksud zaza akan melupakan mereka. Zaza tetap merindui mereka apa jua pun. 





Ini pulak family MIL. Zaza pun sayang mereka sepertimana zaza menyayangi family zaza sendiri. Zaza bersyukur sangat dikurniakan 'family baru'. In Shaa Allah, zaza tak akan mensia2kan tanggungjawab sebagai seorg anak dan menantu.






Anakmu akan tetap berusaha menjaga hatimu. Anakmu akan tetap menjaga kasih sayangmu. Kerana kasih sayangmu sangat tidak ternilai bagiku, manisnya senyummu hangatnya pelukmu.. akan selalu membawa angin sejuk untukku. Percayalah, anakmu akan tetap menjadi seorg anak yg terbaik untuk family semua. In Shaa Allah.




Buah hati zaza

السلام عليكم ورحمة الله




15 April hari kelahiran buat suami tersayang ke muka bumi Allah. Ya Rabb, terima kasih kerana telah panjangkan umurnya. Zaza berharap suami akan perkemas dan lengkapkan lompong kosong supaya dia boleh menjadi hamba Mu yg sejati.

So, genaplah usianya 31 tahun. Tak lengkang senyuman darinya kerana menerima ucapan ulangtahun dari family serta sahabat handai. Zaza doakan semoga dengan usia yg kian menua ini di lengkapkan sebanyak mungkin ilmu antara maklluk dengan yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Zaza sempat menemaninya sekejap semasa bekerja. Zaza saje suprise kan dia! Harap suami terima dan suka pemberian yg tak seberapa dari isteri tercinta.





Bila Hati Berbicara


السلام عليكم ورحمة الله


Setiap amal bergantng pada niat. 
Niat dan tujuan org beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. 
Niat org yg tidak berikan lebih buruk daripada apa yg nyata dengan amalanya.