السلام عليكم ورحمة الله
Sesekali jadilah kawan yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan..
Kerana dia juga seorg manusia.
Dia juga ada rasa takut, rasa bimbang, sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka.D
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu... akan tetapi jika kia cuba jadi SAHABAT seperti dia, mungkin kita akan tahu.
"Mu tahu dop, dalam banyok2 kawan aku.. mu la yg paling aku sayang. Aku bersyukur sangat kepada Allah kerana dipertemukan sahabat yg ada semangat juang yg tinggi".
[zaza-lely-ani-cwan] |
Mereka bertiga merupakan sahabat semasa dialam persekolahan lagi. Korang semua banyak memberi sokongan dekat aku dalam pelajaran mahupun dialam perkahwinan. Namun, sejak masing2 telah melangkah ke alam perkahwinan, aku jarang dapat menghabiskan masa bersama2 seperti bujang dulu. Sorg je yg masih single dalam kami berempat, Che Wan Hasiah @ Nora. Aku doakan agar ko cepat di pertemukan dengan jejaka idaman kalbu.
"Ya Allah, terimalah segala amal sahabat ku ini dan ikhlaskan dia. Dan kuarkan dia sekira dia berasa lemah dan ikhlaskan dia taktala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau."
Alhamdulillah rinduku sedikit terubat. Aku harap persahabatan yg kita bina sekian lama akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.