Selasa, 30 November 2010

Diri Ini


السلام عليكم ورحمة الله


Dalam kesibukan dan ketidak cukup waktu hehehe.. konon! sorry sampai bersawang belog ni tak diupdate story kehkeh. Okey, sebenarnya zaza nak jawab beberapa soalan dari Shiemacma. Tqsm sebab sudi tag kza hihihi. Macam nak isi form masuk IPT la ngeee.
 


Bila ku menulis..
segalanya bermula disini..
bermulanya satu perjalanan yg belum pasti..


Cinta Hati
Takdir Allah swt tiada siapa yg bleh nafikan, siapa sangka.. Allah munculkan pasangan hidup buat diri ini. Secara rasmi zaza menjadi suri hati kepada encik Khairul Nizam pada 16hb November 2007. Alhamdulillah, sungguh bermakna kehidupan kami bila bergelar pasangan suami isteri sungguhpun belum di kurniakan zuriat lagi buat masa ni. In Shaa Allah, semoga suatu hari nanti kami akan memperolehi anak sendiri.



Keluarga Kami
Family zaza takde la besar sangat cuma kami enam org je termasuk mak dan ayah hehe.. Zaza sebagai anak sulung merangkap kakak dan abang memang besar tanggungjawab kepada adik2 serta mak dan ayah. Opss! adik beradik zaza semuanya gegel ye!.. mak ayah nanti akan dapat menantu lelaki je la hihihi.
 


Sahabat Baik
Sedikit mengenai sahabat baik zaza.. kami memang berkawan rapat dari sekolah lagi. Terdiri dari Norlailie Alias, Rosmani Abd Razak dan Che Wan Hasih @ Nora Che Wan Hasan. Dia org lah sahabat zaza dunia dan akhirat. Zaza terlalu sayangkan persahabatan ni kerana zaza ikhlas kerana Allah swt. Semoga mereka semua sentiasa dibawah lindunganNya.



So, itu la serba sedikit mengenai diri ini yg bergelar zaza hehe. Salam ukhuwah dan salam perjuangan kepada semua dalam meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini. Zaza hanyalah seorg insan yg ingin terus mencari makna kehidupan sebagai hamba kepada sang pencipta yg maha Agung. Semoga setiap nafas, setiap denyut jantung dan setiap langkah zaza dalam peliharaan yg maha berkuasa. In Shaa Allah.


Rabu, 24 November 2010

Muhasabah diri..


السلام عليكم ورحمة الله


Zaza ingin berkongsi satu artikel ni... zaza dalat melalui email tempoh hari. Semoga ia bermanfaat untuk kita renugan bersama. In Shaa Allah.


"Ada seorg pemuda yg lama sekolah di luar negeri.. kembali ke tanah air. Sesampainya dirumah, dia meminta kepada org tuanya untuk mencari seorg guru agama kiyai atau siapa saja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya".


Akhirnya.. org tua kepada pemuda tersebut telah mendapatkan guru kiyai.


Pemuda : Anda siapa? dan bolehkah menjawab pertanyaan2 saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? sedangkan Professor serta ramai org yg puntar pun tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. 


Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan.
1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.
2) Apakah yg dinamakan takdir?
3) Kalau syaitan diciptakan dari api.. kenapa dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api? tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba2 kiyai tersebut penampar pipi pemuda dengan keras..

Pemuda : Sambil menahan sakit, kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah.. tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh2 tidak mengerti..
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Tentulah saya merasa sakit..
Kiyai : Jadi, anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!!..
Kiyai : Tunjukkan kepada saya wujud sakit tu?
Pemuda : Saya tak boleh..
Kiyai : Itulah pertanyaan pertama.. kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.


Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak..
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerika tampatan dari saya hari ni?
Pemuda : Tidak..
Kiyai : Itulah yg dinamakan takdir


Kiyai : Tangan yg saya gunakan untuk menampar anda dibuat dari apa?
Pemuda : Kulit..
Kiyai : Pipi anda pula dibuat daripada apa?
Pemuda : Kulit juga..
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga diperbuat dari apai.. jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan.


nOte : muhasabah diri..









Sahabat dan Kawan ada bezanya..


السلام عليكم ورحمة الله


Tegur saya jika saya mulai sombong.. tegur sayajika saya mulai angkuh.. tegur saya jika saya salah kerana saya masih sangat perlukan sahabat seperti kamu... harini, esok dan selamanya.


 

1) SAHABAT yg sejati adalah sahabat yg kita boleh percayai dalam menyimpan rahsia kita.
    KAWAN adalah kawan yg tidak boleh menyimpan rahsia kita.


2) SAHABAT yg sejati adalah sahabat yg kita boleh kongsi kegembiraan.
    KAWAN hanyalah kawan yg akan berkongsi kegembiraan disaat kita senang.


3) SAHABAT yg sejati adalah sahabat yg kita boleh berkongsi kesedihan.
    KAWAN adalah kawan yg tidak akan bersama kita disaat kita ditimpa musibah.



4) SAHABAT yg sejati adalah sahabat yg tidak akan membiarkan kita seorg diri taktala kita bersendirian.
    KAWAN adalah kawan yg tidak akan bersama kita bilama kita bersendirian.


So, carilah SAHABAT dan bukan KAWAN kerana sahabat akan menangis bersama kita, tetapi kawan hanya akan ketawa bersama kita.


Isnin, 22 November 2010

Kemalasan melanda diri


السلام عليكم ورحمة الله


Sejak2 ni malas kemain lagi.. ada je alasan nak update blog hehe. Maklumlah, baru2 ni kan cuti lama beraya kat kampung.. itu yg berat semacam je kan hihihi. Idea pun hilang jauh ke mana entah. Tapi datang mood rajin kalau boleh nak update sehari tu sampai dua tiga entri kehkeh. Whatever!.

Pernah tak alami perangai macam zaza hehehe. Biaslah kan, mood kita ni tak menentu... kadang ok kadang tak ok. Sabar je lah. Kalau rajin2 sikit nanti, kita update lagi ye!. Opss! sorry kat Shiema Cma mengenai tag kita baru ni. Sabar ye, nanti ada masa kak za akan menyusul.




Jumaat, 19 November 2010

Kerang bersama kacang botol bersos tiram special buat kami


السلام عليكم ورحمة الله


Pasti banyak kenangan beraya di kampung kan! banyak dapat daging korban? zaza pun sama macam korang happy tak terkata. Baru2 ni suami rajin masuk ke dapur hehe. Resepi kali ni [Kerang Kacang Botol Bersos Tiram] perghh!! memang menjilat jari habis. Alhamdulillah, rezeki bila suami jadi chef sementara hihihi. Zaza bukan buli suami tau! suami yg ikhlas nak masak. Hobby dia memang masak sejak dari bangku sekolah lagi.


Isnin, 15 November 2010

Doa untuk Wanita


السلام عليكم ورحمة الله


"Ya Allah, jadikan wanita yg membaca ini menjadi wanita yg cantik, kuat, sabar, sihat dan disayangi ramai org. Tolong tingkatkan kehidupannya. Begitu pun dia melangkah, selamatkan dia Ya Allah".



Jumaat, 12 November 2010

Rindu Awak




السلام عليكم ورحمة الله


Awak!!!!!!!!!!!!!! kita rindu sangat dekat awak tau. Bila kita berjauhan dengan awak sepi je rasa diri ni tanpa teman seperti awak. Kita rindu nak makan sama2 dengn awak. Kita rindu nak keluar merempit sama2 hehe. Susah senang kita sama2 selesaikan. Awaklah tempat kita mengadu bila kita happy mahupun duka. Susah nak dapat kawan macam awak. Kalau ada pun mybe tak sehebat awak. Kita bukan saja2 cakap nak bodek awak ye!. Kita ikhlas dari hati sanubari yg suci ni.. Kalau kita ada masa balik kampung halaman, awak tetap org pertama yg kita bagitau antara kawan2 yg lain. Sebab? kita sama2 satu kepala dan jugak kaki selfie muahahahaha.
ehsan google
 
In Shaa Allah, ada rezeki nanti kita jupe ye! kita lepak puas2.. kita sembang puas2. Tapi, itula.. dapat jumpa pun rasa masa sekejap je. Kadang2 awak yg bz.. kadang2 kita pulak yg bz. Harap sangat awak suka berkawan dengan kita dan awak jugak merindu kita hehe. Kak Yah, walaupun kita jauh di mata.. za takkan lupakan. Semoga persahabatan kita kekal abadi selamanya. In Shaa Allah.


.

Sama-sama kita mengenal [Rahsia Solat]


السلام عليكم ورحمة الله


Hari Jumaat yg penuh barokah.. semoga ia mendatangkan rahmat kepada korang semua. Bagi org lelaki muslim, hendaklah beramai2 pergi solat Jumaat. Sola tiang agama, jika korang tak solat bermakna korang telah robohkan Islam. Peringatan untuk diri sendiri tak lupa jugak.. tentang RAHSIA SOLAT. Sebagai peringatan atau panduan bagi yg baru tahu.





1) NIAT SEMBAHYANG
    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari Dunia dan Akhirat.


2) BERDIRI BETUL
    Fadilatnya kerika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3) TAKBIR RATUL IHRAM
     Fadilatnya sebagai pelita yg menerangi kita di dalam kubur.


4) FATIHAH
    Sebagai pakaian yg indah2 di dalam kubur.


5) RUKUK
    Sebagai tikar kita di dalam kubur


6) I'TIDAL
    Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.


7) SUJUD
    Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim.


8) DUDUK ANTARA DUA SUJUD
    Akan menaung panji2 Nabi kita di dalam kubur.


9) DUDUK ANTARA DUA SUJUD [AKHIR]
    Menjadi kenderaan kerika kita di padang Mahsyar.


10) TAHHIYAT AKHIR
      Sebagai penjawab bagi soalan yg dikemukakan oleh Munkar dan Nankir.


11) SELAWAT NABI
      Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12) SALAM
      Memelihara kita di dalam kubur.


13) TERTIB
      Akan pertemuan kita dengan Allah swt.



Dari Abdullah bin Amr' r.a, Rasulullah saw bersabda;


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa org yahudi/kafir tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yg begitu seram sekali iaitu 'FRIDAY the 13th' jika ada di kalangan kamu yg perasan.


"Sampaikanlah pesananku biarpun satu ayat.. "sebaik-baik manusia itu adalah mereka yg memberi manfaat kepada manusia lain".



 

Rabu, 10 November 2010

Hati sebesar cawan atau sebesar kolam


السلام عليكم ورحمة الله


Satukisah yg memberikan sati isnpirasi..
 
 
"Aduhai, kenapakah hidup aku telah dirundung malang begini?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yg sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
 
 
Fikirannya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
 
 
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yg menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niatnya ingin menemui seorg lelaki tua.
 
 
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertemu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
 
 
Masalah keluh kesah dan kerisauannya di dengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yg besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
 
 
"Anak muda, "lelaki tua itu bersuara.
 
"Ambillah cawan ni, isikan air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yg dalam kebinggungan hanya menurut perintah.
 
 
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi. 
 
 
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam binggung yg masih bersisa, lelaki itu mengikut lagi kata2 lelaki tua itu.
 
 
"Apa rasanya? tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
 
"Masin".
 
Lelaki tua itu tersenyum lagi. 


"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini kedalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."


Lelaki tua itu menunjukkan arah kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.


"Apa rasanya, wahai anak muda? soal lelaki tua itu.


"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
 
 
"Anakku, adalah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk2 bahu lelaki tersebut.
 
 
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap org mempunyai masalah, di timpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita." 


"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan menggangu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita".


"Annaku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku supaya aku boleh berfikir tentang perkara2 lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri".


Maka, pada petang itu, lelaki itu pulang dengan senyuman yg terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membersarkan jiwa dan berlapang dada.

SEBESAR

ATAU

ANDA YG TENTUKAN??

Alhamdulillahm ilmu dalam artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengharungi hidup dengan seumpurna dan yg penting kita jangan berputus asa.



Selasa, 9 November 2010

Munajatku..


السلام عليكم ورحمة الله


Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yg ku sembah, Engkau menciptakan aku dan aku terikat dengan janji-janji akan mentaati segala perintahMu. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yg telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat2 yg Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui segla dosa2 yg telah aku lakukan. Oleh itu Ya Allah, Kau ampunilah aku, sesungguhnya tiada Tuhan yg dapat mengampuni segala dosa2 kecuali Engkau Allah Yang Esa.

Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgaMu, maka oleh itu Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa2ku sesungguhnya Engkaulah yg dapat mengampuni segala dosa2 besar yg telah aku lakukan. Aamiin Yarobill Aalamiin. 




Isnin, 8 November 2010

Lawak [Nama-Nama Jepun]


السلام عليكم ورحمة الله


Pada yg sedang boring2 tak tau nak buat pe.. apa kata korang layan lawak nama org jepun ni. Zaza cuma copypaste je pun.. lupa dah ambik kat web mana. Kira halal la yer tuan empunya.


ehsan google

1)    yg peramah                      [keijicacimaki]
2)    yg suka berjimat               [sayori sukamura]
3)    yg bisu                             [kieta tadasora]
4)    yg suka makan nasi           [nanachi kasibanya]
5)    yg suka layan blues           [apo nadikato]
6)    yg suka belajar                 [ashiko ulangkaji]
7)    yg kerap bikin kacau          [wakasi huruhara]
8)    yg sangat kedekut             [matimati tamokasi]
9)    yg suka sangat tidur          [ichiban tidomati]
10)  yg suka mengintai             [hintai akosuka]
11)  yg tua                              [taragigi padanmuka]
12)  yg kena tinggal bini           [susahati binilari]
13)  yg suka merempit             [saja carimati]
14)  yg suka bersumpah          [saifoo baukari]
15)  yg lembap                       [ayumi siputbabi]


Selamat Hari Raya AidilAdha


السلام عليكم ورحمة الله


Setelah seminggu lebih tak update blog terasa sunyi je blog ni hehe.. Erk! macam ler blog ni glamour pun kan. Manalah la tahu, nanti org luar sana cakap zaza terlebih perasan pulak susah jugak. Whaterver!. Janji dengan menulis coretan disini agar boleh disimpan rapi.. tiba2 zaza hilang ingatan ke? tak pun tak mampu nak ingat detik2 manis hehe.. ok dah merapu banyak dah ni.


Baru je seminggu raya Deepavali.. pejam celik nak raya AidilAdha pulak. Masa berputar sekejap je tak terasa. Bercakap bab raya kan, baju raya zaza tak nak membazir so pakai je apa yg ada hihi. Tak kisahlah org ckp baju recycle raya Puasa baru2 ni janji kita selesa kan!. Paling penting sekali kita dapat meraikan perayaan dengan family tersayang.





 

Khamis, 4 November 2010

Surat untuk Mak..


السلام عليكم ورحمة الله


Tersentuh jiwa bila membaca surat ni.. Jadi zaza ingin kongsi dengan korang sebab surat ni berjaya menyentuh banyak hati selain mampu mengingatkan jasa ibu kita. Ia mampu menaikkan semangat kita untuk terus berusaha dalam lapangan masing2 dengan izin Allah swt. In Shaa Allah. Juga sesuai dihadiahkan kepada anak2 supaya mereka sentiasa lembut hatinya kesan daripada membaca surat ni.


SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL.

Mak,
terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
dah hampir sepuluh bulan mak pergi..
rasanya baru semalam mak peluk kita kan! sejuk syahdu masih terasa..

Mak tahu tak,
itulah pertama kali mak peluk anak mak yg nakal ni sejak kita dewasa..
dan itu juga terakhir kalinya..
Emmm.. rupanya, mak dah tahu mak nak pergi jauh..
nak tinggalkan anak2 mak.. nak tinggalkan dunia fana ni..
mak macam dah sedia.. seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
akak kata, sampai ke pagi mak anyam tikar tu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan, mak tak pernah buat begitu..
pastu mak pasang radio kecil disebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kekadang siaran indonesia..
mak terus tekun menganyam..
rupanya, tikar yg telah mak siapkan itu digunakan untuk mengiring mak ke kuburan. 
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih..
pastu mak jemur karpet2..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
paling menarik sekali, mak bagitau kat mana semua duit 
dan barang2 kemas mak ada kat dalam almari, dalam beg..
ada dalam asb dan juga tabung haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulungan tikar..
masa tu mak perasan tak?
kita gelak sakan bila mak bagi tau duit dalam gulungan tikar..
kita kata mak ni memang pesen lama la.. mak cuma gelak.. 
ermmm bahagianya saat tu..


Mak,
Hari sabtu, 18/8/99 jam 3 perang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu, kita sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan..
akak dan abang kat kg semua dah pujuk..
mak tetap tak mau pergi hospital..
dan cuma tinggal giliran kita je yg belum pujuk mak..
mak kata, mak tak mau duduk hospital..
tapi kita berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak makan..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut je la..
mak tetap tak setuju..
mak memang degil..
tak salah, anak2 mak yg ni pun mengikut perangai mak tu..
tapi akhirnya, bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun rasa sakit..
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..


Mak,
ampunilah kami semua..
kami nak mak sihat..
kami tak mau mak sakit2 lagi..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampun kan kami ye mak..


Mak,
malam tu, abang bawa mak ke hospital..
dan itulah pertama dan terkahir kali mak naik kereta kita..
masih terbayang betapa ceria dan gembiranya ma..
kita kata nak beli kereta..
mak asyik tanya aje.. cukup ke duit?
kita jawab, kalau tak cukup kan mak banyak duit..
mak gelak jer..
lepas ti bila kereta kita sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
dan kita masih ingat lagi..
bila kita eksiden terlanggar Ah Chong naik motor..
punya lah kita takut..
kita warning kakak.. jangan sesekali bagi tau dekat mak..
bila balik kampung je..
kita cepat2 simpan kereta dalam garaj..
tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa? selamba jer kita jawab terlanggar pokok bunga..


Mak,
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau..
maafkan kita, kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal sebenar..
mak, kita menipu mak kan.. ampun kan kita..


Mak,
jam 4.30 pagi 19/8/06 bila tiba je kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital..
mesti mak nampak abang cium dahi mak..
mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
mesti mak nampak semua tu kan.. kan.. kan..


Mak tahu tak,
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi, kita memandu dalam keadaan separuh sedar..
adik kat sebelah diam melayan perasaan..
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan kita rela..
namun, alhamdulillah.. akhirnya kita sampai juga..
di sebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong, sekosong hati ni..
sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dingin.


Mak,
kita masih ingat lagi..
kita baca al-quran kat tepi mak.. temankan mak..
jam 11.00 pagi mak dimandikan..
anak2 mak yg pangku masa mak mandi..
mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak..
kita gosok kaki mak perlahan2..
mak perasan tak?
makcik yg mandikan mak tu pujuk kita..
dia kata 'dikk, jangan nangis.. kalau sayang mak, jangan buat begitu.. jangan nangis ye'..
bila makcik tu kata gitu.. lagi la laju airmata ni..
tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak.. 


Mak,
sampai takat ni surat kita tulis..
kita nangis ni.. ni kat dalam bilik baru jam 4.00 pagi..
takde org yg bangun lagi..
kita dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kita sedih..
kita rindu mak!!
takpe la.. nanti bila kita selesai solat subuh..
kita baca surah yassin untuk mak..
mak tunggu ye..


Mak,
sebelum muka mak ditutup buat selamanya..
semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terkahir..
semua org kata mak seolah2 senyum je..
mak rasa tak.. masa tu kita sentuh dahi mak..
kita rasa sejuk sangat dahi mak..
kita tak mampu nak cium mak.. kita tak daya..
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
airmata kita tak boleh tahan dah..
mak mesti ingatkan yg anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak..
jam 12.00 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akan terasa panas..


Mak,
anak mak yg seorg tu demam.. mak tahu!
cuma akak seorg saja anak mak yg tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..


Mak,
hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib, anak mak ni berendam airmata..
dan sampai satu tahap, masa tu malam jumaat selepas maghrib..
selepas kita baca surah yassin dengan kawan2..
entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kita tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung..


Mak tahu,
kita cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak jugak reda..
kita rasa nak telefon mak..
anak mak yg ni dah tak betul kan?
dan akhirnya dalam sedu sedan tu kita telefon kampung..
puas la akak memujuk kita..
akak kata 'tak baik la nangis aje.. doalah untuk mak'
dan akhirnya akak jugak nangis..


Mak tahu tak,
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehinga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk2 sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah surah al-fatihah kita berikan..


Mak,
cukup la sampai sini dulu..
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu.. 
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid sama..
selalunya, kita yg bawak mak naik motor kan?
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak..
esok, kita ingat nak tulis surat kat ayah pulak..
mula2 kita tak tahu nak hantar mana surat ni..
pastu kawan kita bagitau, simpan je buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni aje.. takpe ye mak..
kita kasi org lain baca.. kita stop sini dulu..
sebab kawan kita dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak..


ehsan google



I LOVE YOU SO MUCH.
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kita rasa naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara org..
sampai akhir hayat ni, jasa mak tak akan mampu kita balas.