Isnin, 1 November 2010

Inilah masanya untuk ibu..


السلام عليكم ورحمة الله


Jika kau ingin menyintai ibu.. cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu keidanhan dan kelembutan yg kudus daripada sanubarimu. Cintailah ibu sekarang, semasa ibu masih hidup.. usah tunggu sehingga ibu telah pergi. Kemudian barulah diukir di batu nisan dengan kata2 indah pada sekujur batu yg sepi. Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ini, tunjukkanlah pada ibu sekarang.. jika kau tunggu sehinga ibu mati, sudah pasti ibu tidak dapat mendengar kerana kita dibatasi kelemahan.


Oleh itu, jika kau menyintai ibu.. walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu. Lafazkanlah dan buktikanlah sekarang.. sementara ibu masih hidup. Agar ibu dapat menikmati dan menyajunginya.


So, hargailah ibu kita seperti mana dia menjaga dan mendidik kita sehingga sekarang. Sememangnya kasihibu memang sentiasa kita terima.. namun, kasih kita pada ibu? nilailah sendiri. Kalau hebat pun, takkan sehebat kasih ibu kepada kita.. betul tak?.

Terima kasih ibu, kaulah ratu hatiku..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.