السلام عليكم ورحمة الله
BERLIN 4 Jan. - Gerhana separuh matahari berlaku di seluruh Eropah, Afrika Utara dan Asia Tengah hari ini, walaupun ia dilindungi awan tebal di kebanyakan bahagian di Eropah.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak antara bumi dan matahari yang kemudiannya melindungi sinaran matahari. Dalam kes gerhana separuh, matahari akan hilang menjadi rupa seakan bulan sabit.
Gerhana itu yang merupakan pertama tahun ini, begitu ketara di Sweden pada kira-kira pukul 8.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia) dan berlangsung di utara sehingga pukul 10.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia).
Orang ramai yang menongak ke langit di timur Sweden dapat menyasikan pemandangan terindah fenomena gerhana matahari itu.
Pakar astronomi menjangkakan lebih 80 peratus matahari dilindungi oleh bulan di Sweden.
Di negara jirannya Norway, gerhana itu hanya dapat dilihat di bahagian selatan neara itu kira-kira pukul 9.5 pagi (4.35 petang waktu Malaysia).
Di Jerman, gerhana mencapau tahap penuh antara pukul 9.18 pagi (4.18 petang waktu Malaysia) di bahagian selatan bandar Munich dan 9.27 pagi (4.27 petang waktu Malaysia) di Berlin.
Kesannya lebih dramatik di utara Jerman, dimana sebahagian besar matahari dilindungi bulan.
Di kebanyakan negara di Eropah bagaimanapun, fenomena itu dilindungi awan, menyebabkan suasana gelap yang dicetuskan oleh gerhana matahari kurang dirasai.
Gerhana separa matahari dijangka sekali lagi akan berlaku pada 1hb Jun, 1 Julai dan 25 November tahun ini.
nOte : sumber akhbar
ngee...bole jadi penyampai berita nieh...
BalasPadamada award utk kak za..nnti amek ye...
http://shiemacma.blogspot.com/2011/01/best-follower-award.html