Assalamualaikum..
REMAJA perempuan sering menganggap amalan mencuci muka dgn pembersih muka sbg satu rutin wajib utk mendapatkan kulit yg bersih serta bebas dari jerawat dan cela.
Bukan itu sahaja, penjagaan kulit remaja ini disusuli dgn penggunaan losen pelembap menyebabkan kulit lebih lembut dan gebu.
Penampilan tambahan menarik dgn seikit solekan selain berupaya menambah keyakinan diri.
Remaja yg mengabaikan kebersihan diri hanya akan mengundang pemasalahan lain seperti jerawat, kulit kering dan macam2 lagi.
Malah di peringkat usia remaja. hormon badan lebih aktif dan perpeluhan berlaku dgn banyak. Sekiranya kebersihan diri diabaikan pasti menimbulkan bauan yg kurang menyenangkan.
Tidak dinafikan gaya hidup remaja yg aktif seperti bersukan, keluar bersama rakan2 menyebabkan masa yg ada begitu suntuk utk penjagaan diri. Bagaimanapun sekiranya pandai membahagikan masa, semuanya boleh diaturkan. Paling penting bagi setiap remaja itu mendisiplinkan diri serta mengutamakan kebersihan sebagai agenda utama setiap hari.
Justeru gologan remaja disarankan supaya mengamalkan amalan mandi, gosok gigi, cuci muka, syampu rambut sebagai rutin harian. Sekurang 2nya dua kali sehari.
Kulit yg bersih melambangkan imej serta personaliti seseorang.
Mereka tidak perlu menyusahkan diri pergi ke salon atau spa yg menuntut perbelanjaan yg tinggi.
Dengan status yg di sandang sebagai remaja, apa salahnya meminta ibu atau bapa utk membeli pembersih muka, mandian, losen utk penjagaan kebersihan serta kecantikan diri.
- Pastikan anda mempunyai sekurang2nya pemberish muka yg sesuai dgn kulit anda.
- Gunakan losen atau pelembap utk memelihara kulit.
- Berus gigi setiap pagi dan sebelum tidur mengelakkan plak dan bakteria.
- Jangan ulang pakain lebih dari sekali, termasuk pakaian dalam utk kebersihan.
- Lap seluruh badan terutama kaki dgn kering selepas mandi utk elak masalah kaki berbau.
Jom kita pakat jaga kebersihan diri ye kawan2..:)) jgn ambil mudah..
nOte : info diambil dari Utusan Malaysia & gambar dari cik google.