Isnin, 15 Jun 2015

Sekelip mata HP zaza boleh hilang


السلام عليكم ورحمة الله





 
Kisahnya, sabtu malam baru ni zaza otw balik ke rumah dari menghantar suami ke Hentian Pudu, KL. Sebelum tu singgah ke 223 PJ, tapau laksa. Padahal time tu jam dah lebih kurang 11 malam. Dalam perjalanan.. abg soib [kwn suami] suruh bluetooth video game silat anaknya. Dengan baik hati zaza terus mengeluarkan HP dari handbag zaza. Dah siap bluetooth. Tak lama lepas tu sampai rumah.. zaza dengan ateh, adik zaza masuk ke dalam rumah. Tangan seluk dalam handbang tengok2 HP takde. ALAMAK ? kat mana HP aku ?


Terbantut niat nak makan laksa yg dibeli tadi huhuhu.. zaza terus mintak ateh call abg soib. Tapi jawapan yg mendukacitakan huhuhu.. katanya takde pun dalam kereta dia. Pelik bin ajaib ! macam mana boleh hilang.. sebab zaza memang pegang HP time bluetooth tu tadi. Terus dalam kepala mengatakan bahawa kemungkinan semasa zaza keluar dari kereta.. HP tu terjatuh sekali. Ahhh, tidak  !. Ya ALLAH.. macam mana aku boleh lalai.


Sebenarnya, yg zaza risaukan isi yg kat dalam HP tu, kalau HP tu hilang zaza redha. Semua terfikir.. FB, wechat, whats app, IG dan lain2 semuanya zaza tak logout. Habis ! kalau org jumpa dan terambil mampus zaza. Dah ler password HP langsung takde. Adoii !. Terduduk zaza memikirkan.. dah tak boleh buat apa sebab semua dah terjadi. Ateh tak putus2 call HP zaza.. masih tiada yg menjawabnya. Dalam hati zaza, mintak2 lah ada dalam kereta abg soib. Tak lama lepas tu.. panggilan HP tu dijawab oleh abg soib. Alhamdulillah, lega segala2nya. Rupa2nya HP zaza silent.. patutlah tak dengar bunyi. Kemudian, HP tu betul2 tepi pintu je.. kalau bukan rezeki zaza mesti HP tu terjatuh huhu. HP tu pemberian adik ipar zaza. Ruginya zaza kalau tak jaga dengan betul2.
 

ALLAH nak beri ujian kat kita sekejap je.. ALLAH nak uji kelalaian kita.. ALLAH nak uji kesabaran kita.. ALLAH nak uji tutup pandangan mata kita.. Sekelip mata HP zaza boleh hilang dari pandangan mata. SUBHANALLAH.. kemudian, ALLAH ketemukan semula. Aamiin. Segalanya kuasa ALLAH. ALLAHUAKHBAR ! Syukur, Alhamdulillah. Masih ada rezeki zaza.



nOte : ujian semoga zaza lebih berhati2 di lain hari.


4 ulasan:

  1. ya allah kalau kite mmng nervous gila kak apalagi dlm hp tu ada mcm2 benda takut jugak rasanya.
    lpas ni akak letak lah password,safe sikit hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la dik, kza mmg giler2 cuak ! kuasa ALLAH, Dia maha mengetahui.. Alhamdulillah, rezeki HP tu masih ada. kalau x, memang tak leh nk ckp pe dah kan, benda dh berlaku.. lpas jupe tu kan, terus kza setting pswrd hihihi..

      Padam
  2. nasib ka ada
    rezeki utk brsamanya lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu alhamdulillah, rezeki masih ada ciksu.

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.