Isnin, 17 Ogos 2015

Telor Ikan Mayong Meletop


السلام عليكم ورحمة الله






Telor Ikan Mayong masak lemak memang lauk kegemaran suami zaza. Bukan senang nak cari telor ikan mayong ni.. sampai meleleh peluh dekat ketiak tau !. Alhamdulillah, jumpa jugak dekat pasar karat, Shah Alam pagi ahad. Tapi bukan ahad semalam ye hihihi. Ahad semalam, kami cuma beli ikan ayam2, ikan pari, ayam serta sayur sikit. Eh, ada tak sape2 yg suka telor ikan mayong ?. Harga telor ikan mayong sekilo ni pun boleh tahan jugak.. zaza pun dah lupa berapa huhu. Tengok ! betapa tak ambik berat langsung pasal telor ikan mayong hehe. Ini pun suami zaza yg belikan.
 
 
So, semalam takde pergi mana2.. zaza masakkan untuk suami. Masak pun cukup untuk kami berdua. Banyak kan nanti membazir pulak !. Lepas ni, suami takde la termimpi2 sebab dah dapat makan telor ikan mayong ni.. kalau mimpi isteri masak sedap2 takpe muahahahaha. 


nOte : Alhamdulillah, sabtu [last syawal], zaza dah raya 6 hihihihi.. puasa ganti pun dah selesai.


4 ulasan:

  1. adik beradik suami ciksu semua makan telur ikan mayong ni
    ciksu j x makan.ntah x reti la.sbbmg xpnh mkn n mak pon x pnh kenalkan

    BalasPadam
  2. Sedap nih kalau buat goreng garing2

    BalasPadam
  3. tak pernah lagi rasa telur ikan mayong..mesti sedap ni kan

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.