Isnin, 29 Ogos 2016

Kenduri Kahwin Jempol, N9


السلام عليكم ورحمة الله

Lamanya tuan tanah ni tak update blog huhuhu. Nak kata sibuk sampai ke malam tu memang tak la kan ! hehe. tapi yg sibuknya mood tak sampai hmmm. Arini pun paksa jugak taip sebab mata dah ngatuk sangat.
  
 


Gambar kat atas ni, Oppie dengan mommy tengah tunggu kawan datang ambik nak pergi majlis kahwin dekat Jempol, Negeri Sembilan. Asalnya, nak pakaikan Oppie baju melayu time raya haritu.. tapi tak jumpa pulak mana letaknya.


Nampak tak muka excited Oppie, maklumlah 1st time dapat jalan jauh hehe.. biasa area KL je. Kami bertolak dari rumah jam 1 petang dan sampai rumah pengantin jam 4 petang selepas tolak campur darab bahagi dengan jam sekali package sesat huhuhu. Mujurlah jumpa jugak rumah pengantin. Masalahnya alamat dekat fb cuma tulis Raja Alias bukan Raja Alias 2. Kami siap singgah tanya satu warung tu mana rumah pengantin.. tapi diaorg pun tak tau sb takde tulis jalan berapa hmmm. Apapun, semuanya dah selamat.. pengantin selamat nikah dan kami pulak selamat sampai hihihi.




Alhamdulillah, masih rezeki kami untuk makan.. sb kami sampai memang tuan rumah dah siap kemas huhuhu. Kira kami org yg paling last kot. Mujur jugak sempat jumpa dengan pengantin dan sesi ambik gambar walaupun tak sempat nak sembang panjang. Time tu pengantin dah nak keluar ambik gambar outdoor pulak. Paling best, Oppie la.. siap duduk atas riba pengantin lelaki. Pengantin lelaki tu pun cat lover.. kat rumahnya ada 3 ekor anak bulus jugak. Nasib mood Oppie baik tak banyak kerenah. Dapat pulak pengantin yg super sporting habis !

 

 

Sepanjang perjalanan balik ke KL, Oppie langsung tak sedarkan diri hahahaha.. tau pun penat kan !. Sampai rumah jam 7.30 malam baru Oppie bangun. Kesian pulak hehehe. Masuk rumah, zaza bagi makan habis licin disapu bersih. Lepas tu sambung tido semula.. bangun jam 10.30 malam. Alamaknya berjaga la sampai pagi si Oppie tu huhuhu.


nOte : sape lagi nak ajak Oppie pergi jalan2 ?

 

Khamis, 5 Mei 2016

Nur Zara Arissa Berbaju Sekolah


السلام عليكم ورحمة الله

Sape rindu kak yong ? rasa dah lama zaza tak update pasal kak yong kot huhuhu. Bukan kak yong je.. blog zaza pun dah lama terabai hmmm. Mood asyik ke laut je.
 
 
Baru je dapat whats app dari adik. Ya ALLAH, rasa comey je budak kak yong ni bila berpakaian baju sekolah. Tinggi cita2 kak yong ni. Aamiin. Semoga suatu hari nanti impian kak yong nak sekolah akan sampai jua. Eh, kak yong baru umur 2 tahun la aunty !. tapi kan, ramai yg cakap kak yong umur 4 tahun hihi. Baju sekolah ni, kak yong pinjam kawan punya.. jangan tak tau, kak yong berkawan dengan org2 yg lebih tua dari kak yong hehe. Nasib la kawan kak yong pagi pinjam baju dan siap package sekali dengan kasut hehe. Tak sabar pulak kak yong nak pergi school.  
 
serupa dah macam akak pengawas pulak hehe.. tapi sempoi beg pulak minnie mouse !
alaaa.. cantik pulak akak pengawas ni bila pegang bunga. pakwe bagi ke ?
bab posing ! memang terserlah hihihi..
dah kenapa dengan akak pengawas ni ?
ni la dia kawan kak yong.. umur dia 4 tahun dan merupakan anak pengasuh nenek.


nOte : maklong tak sabar nak tengok anak buah baru.. baby Aariz !


Rabu, 4 Mei 2016

Selasa, 12 April 2016

Semoga Dipermudahkan..


السلام عليكم ورحمة الله


 
"Ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya ALLAH, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu. Ya Arhamar Rahimin".


nOte : bertambah lagi anak buah hehe..


Khamis, 7 April 2016

Tangan Kena Gigit Dan Cakar Dengan Kucing


السلام عليكم ورحمة الله

Pertengah bulan lepas, tangan zaza kena gigit serta cakar dengan ibu kucen huhuhu. Macam mana boleh jadi pun zaza tak tau sebab terlalu pantas berlaku hehe. Eh, bukan kucen zaza (oppie) yg lakukan tau !. tapi ada kene mengena la jugak.. kalau tak, semua ni tak akan berlaku uwaaa. Ibu kucen yg zaza maksudkan tu sebenarnya kucen biras zaza. Dia dengan suami (adik ipar) balik kg selama seminggu, so dia mintak zaza tolong jagakan. Bukan sekor tapi 9 ekor dan termasuk oppie 10 ekor semuanya. Hahahaha pening zaza dibuatnya sebab, bukan pasal kucen2 tu semua tapi sekor kucen je iaitu oppie !. Kebetulan ibu kucen tu baru je beranak 4 ekor. Zaza risau oppie pergi kacau je.. sebab oppie memang tak duduk dalam sangkar. zaza lepas je dalam rumah macam tu.. mana dia nak tido pun bebas !. 

 
Ibu dan anak baru lahir tu biras zaza letak dalam kotak besar. So, zaza letakkan je dalam bilik stor. Manakala yg si abang dan kakak yg duduk dalam sangkar, zaza letakkan kat luar beranda je. Masalahnya, oppie ni nakal yg teramat ! bila bau kucen lain ada kat rumah tu.. mula lah dia buat perangai. Asyik2 nak dekat dengan ibu kucen yg duduk dalam kotak. Siap tunggu lagi kat situ hahahaha. Bila zaza tarik dia.. dia kacau pulak kucen yg kat luar tu adoii. Kucen tu semua macam takde perasaan dekat oppie hehe. Satu malam tu, tengah zaza dan suami syok tengok tv.. terdengar bunyi kucen gaduh. Memang terperanjat la ! terus kepala otak terpikir pasal oppie. Mana taknya, dia dah la kecik dari yg lain. Zaza melangkah nak bukak lampu bilik stor.. ibu kucen tu terkam zaza. Oppie sempat selamatkan diri. Zaza pegang kepala dia (rasa nak tampar laju2 je masa kena tu).. nak lepas dari kena gigit. Boleh pulak dengan kaki zaza sekali dia cakar huhu. Mula tu memang tak perasan pun tangan yg dia cakar.. sebab zaza menahan kesakitan tang yg dia gigit. Sampai belubang kesan dia gigit. Cepat2 zaza cuci dengan air bersih dan lepas tu baru zaza letak minyak gamat.

 

Oppie time tu buat muka tak bersalah, terus lompat dalam bakul kain. Geram yg amat, zaza jentik telinga hehe. Masa nak tido baru rasa berdenyut2 tangan yg kena gigit tu. Nak pergi klinik malam2 memang malas. Ingatkan okey la lepas sapu minyak. Esoknya zaza tengok bengkak tempat yg kena gigit tu.. nak genggam jari pun langsung tak boleh.. tapi 3 jari je la. Tunggu suami balik dari keje petang dalam kul 2 baru zaza pergi klinik. Sampai klinik doktor bagitau bahaya kalau kita kena gigi kucen atau anjing.. boleh bawa maut. 1st doktor inject lepas tu baru cuci tangan zaza dan doktor bagi ubat antibiotik, tahan sakit serta krim sapu. Ambik masa seminggu jugak la jari zaza baru betul2 boleh genggam. Syukur Alhamdulillah baik. Mujur la takde kesan nanah ke apa huhuhu risau jugak.


Tapi oppie memang tak serik2 lagi.. suka sangat nak dekat dengan ibu kucen tu huhu. Masalahnya ibu kucen tu kan baru beranak so memang dia marah la dekat dengan anak2 dia. Bukan kucen je.. kita manusia pun dia marah. Satu lagi, ibu kucen tu memang tak letak dalam sangkar sebab biras zaza dah ajar dia poo dalam bilik air. So bilik stor pon memang tak boleh nak tutup sebab senang dia nak keluar masuk poo sendiri hehe.
 
ibu kucen yg garang.. masa ni tengah mencuri minuman oppie hehe




nOte : bila dah rajin macam karangan pulak hehehe..


Khamis, 31 Mac 2016

Xiammun Nur 26.02.16


السلام عليكم ورحمة الله

Sepi je pejabat bila budak xiam ni takde.. ngam sebulan beliau meninggalkan kami semua hukhuk. Kejap je masa berlalu.. tup2 dah sebulan, ingatkan baru semalam dia takde. Biasanya mesti dengar suara dia yg nyaring gitu hehe. Opss, lupa pulak nak bagitau.. sebenarnya, xiam dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, rezeki beliau. Tahniah diucapkan. Nanti jangan pulak ponteng kelas tau ! belajar rajin2. Ingat pesan akak2 di sini dan semoga urusan xiam di permudahkan. Aamiin. 


Sebelum xiam last keje, kami seramai 11 org keluar makan2 sempena meraikannya. Kami pergi KFC je sebab makanan tu yg paling senang, mudah dan sedap hehe. Dan tak lupa juga sesi bergambar kami bersama.. itu memang acara wajib kami muahahahaha. Kalau takde rasa tak lengkap pulak :p









Kalau nak tahu, dalam ramai2 ni.. xiam la yg paling muda remaja lagi, baru berumur 20 tahun tak silap zaza la. Akak lain tu semua dah bergelar 'isteri' org. Jangan nak perasan muda okey !. Opss, lupa.. ada lagi 3 org yg masih single available hehe. Apapun, kenangan bersama xiam tetap kami simpan sampai bila2. In Shaa ALLAH, ada rezeki nanti kita jumpa lagi.


nOte : bila kumpul ramai camni, nampak meriah pulak ;)


Khamis, 10 Mac 2016

#8 Ole-Ole Vietnam


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah rezeki. Bukan zaza sorg je yg dapat hadiah special ni, tapi semua budak perempuan dekat opis. Semoga bertambah lagi rezeki empunya badan yg baik hati. Baru balik dari Krabi terus fly ke Vietnam pulak kawan kita sorg ni.. untung rezeki. 

Sebenarnya kaler shawl ni pepel cantik sangat.. tapi di sebabkan pengcahayaan hp, so keluar kaler ni. Semalam baru zaza rasmi tudung baru tapi hp pulak rosak.. kalau tak mesti bergaya sakan selpie hehe. Tak pernah lagi dapat ole-ole shawl dari Vietnam memandangkan suami selalu je ost sana. Biasa lah kan, laki i pergi keje bukan holiday hahahaha.. itu kira bertuah dapat jugak t-shirt made in Vietnam. Syukur !. Mati kalau laki i baca.. nanti terus tak dapat apa2 dah hahaha.



nOte : banyak sangat story tak berupdate huhu...


Isnin, 7 Mac 2016

Bila Handphone Buat Hal


السلام عليكم ورحمة الله

Bila mood nak update tu datang laju2 kan, HP pulak buat hal. Sebelum ni satu HP rosak tak boleh nak ON. Tapi okey lagi la sebab second HP untuk internet masih bernyawa hehe. Hari ni pulak, second HP pun buat hal tak boleh ON dengan tiba2 huhu. Zaza baru cadang nak tukar bateri dan baiki tempat cas.. last2 dah jadi cam gini huhu sabar je la. So, terpaksa tunggu seminggu baru pikir HP lain or baiki sebab shuben OST. Ada rezeki tak kemana kan ?. HP sebelum ni pun mama kak long yg bagi hehe.

Alhamdulillah, dengan adanya FB dapat la zaza melepaskan rindu dengan family serta sahabat handai hehe. Kemain ayat, macam duduk obersea u ! muahahahaha. Syukur sangat2! kalau tak mati katak dibuatnya hahahaha. Bila mengadu dekat adik2, diaorg cakap HP kak long lagi canggih.. terkejut mak long. Bertuah kak long dapat hadiah dari cik long [kakak papa]. Sebelum ni dapat tablet sempena birthday dari Ayah [Atok] sudah JANAM..JANAM [rosak] hihihi.. sebulan je bertahan. Hebat betul kak long ni. Masalah dia suka campak barang. HP mama pun memang selalu je kena.  


[masa mama nak snap hp kak long, kemain marah tak nak bagi hahaha..]
[hahahahaha.. hp ni dia bagi mama, nampak tak dia punya akal]


nOte : nasib kat opis ada komputer dan kat rumah ada laptop hehe..


 

Rabu, 17 Februari 2016

#41 Wordless Wednesday [COMPANY TRIP]


السلام عليكم ورحمة الله


Doakan semoga kita selamat sampai ke destinasi ye!..


Jumaat, 12 Februari 2016

Rezeki Dari Laut


السلام عليكم ورحمة الله

Kejadian di Pantai Dungun, Terengganu. 

Moga di lindungi kalian semua. Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki yg ALLAH limpahkan buat hambanya. Rezeki yg tidak disangka2 ALLAH turunkan pada kita. Pada masa yg sama, kita mesti beringat dan berhati2. Jangan terlalu taksub mengutip kerang sampaikan anak2 kecil dibiarkan. Dah macam PESTA KERANG pulak, hehehe.

kredit gambar : fb


 nOte : Takziah buat keluarga arwah (form5) yg mati lemas ketika org ramai sedang mengutip kerang.


Khamis, 11 Februari 2016

HAPPY BIRTHDAY Nur Zara Arissa Mohd Hadar !


السلام عليكم ورحمة الله


HAPPY BIRTHDAY NUR ZARA ARISSA MOHD HADAR !
Alhamdulillah, usia kaklong genap 2 tahun pada 03 hb januari 2016. Sebulan sudah hehehe.. baru maklong sibuk nak update kat blog. Maklong & Ayahlong doakan, semoga kaklong menjadi anak yg solehah buat mama dan papa. Kami sayang kaklong dunia dan akhirat. Muaaah !.


Sibuk nak buat peace! jadinya rock! muahahaha. Happy pulak tengok budak kecik sorg ni. Iyelah kan, masa 1st birthday kecik lagi dan tak berapa nak pandai sangat.
Serius betul muka kaklong bercampur excited ! hehe. Gigih nak potong kek. Princes katakan, mestilah kena duduk atas kerusi khas lagi hihi.
ini la family bahagia kaklong bersama papa and mama tersayang!. baby dalam perut pun meraikan sama.
Opss ! perasan tak ? kaklong dah tukar baju.. habis sisa kek melekat kat baju. Itu yg mama tukar. Masa ni kaklong excited buka hadiah dari kawan2 serta family terdekat hihihi.
Amboi, dapat hadiah ni, terus naik. Hadiah dari ayahlong tersayang. Org lain nak naik pun kaklong tak bagi huhuhu. Kedekut betul la kaklong ni.. yg kelakarnya siap bawak lari pegi dapur muahahaha.
Alhamdulillah, rezeki kaklong. Nanti mama tak payah nak tambah beg dgn baju sb dah banyak koleksi hehe.

Untuk kawan2 yg datang.. jangan risau! kaklong dah pek siap2 hehe.
Decoration simple dari mama special untuk anak kesayangan.

nOte : banyak lagi story yg tertangguh huhuhu..