السلام عليكم ورحمة الله
Pertengah bulan lepas, tangan zaza kena gigit serta cakar dengan ibu kucen huhuhu. Macam mana boleh jadi pun zaza tak tau sebab terlalu pantas berlaku hehe. Eh, bukan kucen zaza (oppie) yg lakukan tau !. tapi ada kene mengena la jugak.. kalau tak, semua ni tak akan berlaku uwaaa. Ibu kucen yg zaza maksudkan tu sebenarnya kucen biras zaza. Dia dengan suami (adik ipar) balik kg selama seminggu, so dia mintak zaza tolong jagakan. Bukan sekor tapi 9 ekor dan termasuk oppie 10 ekor semuanya. Hahahaha pening zaza dibuatnya sebab, bukan pasal kucen2 tu semua tapi sekor kucen je iaitu oppie !. Kebetulan ibu kucen tu baru je beranak 4 ekor. Zaza risau oppie pergi kacau je.. sebab oppie memang tak duduk dalam sangkar. zaza lepas je dalam rumah macam tu.. mana dia nak tido pun bebas !.
Ibu dan anak baru lahir tu biras zaza letak dalam kotak besar. So, zaza letakkan je dalam bilik stor. Manakala yg si abang dan kakak yg duduk dalam sangkar, zaza letakkan kat luar beranda je. Masalahnya, oppie ni nakal yg teramat ! bila bau kucen lain ada kat rumah tu.. mula lah dia buat perangai. Asyik2 nak dekat dengan ibu kucen yg duduk dalam kotak. Siap tunggu lagi kat situ hahahaha. Bila zaza tarik dia.. dia kacau pulak kucen yg kat luar tu adoii. Kucen tu semua macam takde perasaan dekat oppie hehe. Satu malam tu, tengah zaza dan suami syok tengok tv.. terdengar bunyi kucen gaduh. Memang terperanjat la ! terus kepala otak terpikir pasal oppie. Mana taknya, dia dah la kecik dari yg lain. Zaza melangkah nak bukak lampu bilik stor.. ibu kucen tu terkam zaza. Oppie sempat selamatkan diri. Zaza pegang kepala dia (rasa nak tampar laju2 je masa kena tu).. nak lepas dari kena gigit. Boleh pulak dengan kaki zaza sekali dia cakar huhu. Mula tu memang tak perasan pun tangan yg dia cakar.. sebab zaza menahan kesakitan tang yg dia gigit. Sampai belubang kesan dia gigit. Cepat2 zaza cuci dengan air bersih dan lepas tu baru zaza letak minyak gamat.
Oppie time tu buat muka tak bersalah, terus lompat dalam bakul kain. Geram yg amat, zaza jentik telinga hehe. Masa nak tido baru rasa berdenyut2 tangan yg kena gigit tu. Nak pergi klinik malam2 memang malas. Ingatkan okey la lepas sapu minyak. Esoknya zaza tengok bengkak tempat yg kena gigit tu.. nak genggam jari pun langsung tak boleh.. tapi 3 jari je la. Tunggu suami balik dari keje petang dalam kul 2 baru zaza pergi klinik. Sampai klinik doktor bagitau bahaya kalau kita kena gigi kucen atau anjing.. boleh bawa maut. 1st doktor inject lepas tu baru cuci tangan zaza dan doktor bagi ubat antibiotik, tahan sakit serta krim sapu. Ambik masa seminggu jugak la jari zaza baru betul2 boleh genggam. Syukur Alhamdulillah baik. Mujur la takde kesan nanah ke apa huhuhu risau jugak.
Tapi oppie memang tak serik2 lagi.. suka sangat nak dekat dengan ibu kucen tu huhu. Masalahnya ibu kucen tu kan baru beranak so memang dia marah la dekat dengan anak2 dia. Bukan kucen je.. kita manusia pun dia marah. Satu lagi, ibu kucen tu memang tak letak dalam sangkar sebab biras zaza dah ajar dia poo dalam bilik air. So bilik stor pon memang tak boleh nak tutup sebab senang dia nak keluar masuk poo sendiri hehe.
ibu kucen yg garang.. masa ni tengah mencuri minuman oppie hehe |
nOte : bila dah rajin macam karangan pulak hehehe..
Adoiiii..sakitnyaa..ngeri tengok
BalasPadamaahh kak, cakar ok lagi tak terasa..sedar2 darah je hahaha.. gigit tu giler sakit.. siap belobang huhuhu..
Padamboleh bayangkan sakit macam mana tu...
BalasPadamhuhuhu itu la
PadamTeruk jugak luka tu. Ada sapu ubat tak? Semoga cepat sembuh.
BalasPadam