Khamis, 24 Oktober 2019

Jangan Hidup Nak Senang !


السلام عليكم ورحمة الله

Okey, zaza nak share pengalaman sendiri. Selama ni sabar je kan, buat tak tau je.. tapi zaza rasa rimas pulak org macam ni. So zaza tanya kawan terdekat.. diaorg suruh zaza BLOK lagi baik. Hati pun takde sakit.

Bermulanya kisah.. dia ni follower FB kucing zaza (Oppie) hehe. Kiranya pernah la jumpa sekali, itupun masa hari dia nikah. So ingatkan dia ni baik ii je la kan. Tak sangka rupanya hujan setiap petang hahahaha. First dia masej bulan Januari 2019 dia guna akauan FB wife. Jumlah nak pinjam RM50 or RM100.. zaza cakap takde sb banyak sangat tu.. ye la kan, bukan kawan baik.. kawan kenal FB je pun. Lepas tu April 2019 dia masej lagi nak pinjam RM20. Okey la zaza terpedaya sb kesian.. lagipun dia berjanji nak bayar semula pertengahan bulan. Tunggu punya tunggu.. habuk pun tak nampak. Lepas tu muncul lagi masej dia Jun 2019.. nak pinjam RM30. Oh tidak ! ko dah permainkan aku. Memang takde nak kesian sangat la dekat org macam ni. Zaza abaikan je masej dia tu.. buat ii tak nampak. Lantak dia la nak cakap zaza ni kedekut or jahat whatever!. Ada aku kisah.

Kali ni wife dia pulak masej Oktober 2019. Nak pinjam RM50 semata ii nak ikat jamin asben dia. Korang rasa? betul ke? zaza bagi alasan yg kukuh. Eh eh, date yg sama cuma waktu berbeza.. boleh pulak dia masej 'Oppie Hensem Boy'. Tapi zaza tak layan. Esoknya dia masej lagi nak pinjam RM30. Huh! zaza terus 'unfriend and block'. Selamat tak diganggu org mcm ni. Zaza post dekat FB so baru zaza tau yg dia ni 'scammer' beberapa org lagi. Walaupun zaza tak detailkan nama dia.. org kat luar sana boleh agak siapa dia. Sorg tu siap PM massenger zaza  tanya org yg sama ke apa yg zaza post. Nasib la dia tak bagi pinjam. Korang tau kenapa diaorg boleh tahu?.. masej ayat yg sama hahahaha. Dekat komen FB siap akak tu SS dia punya masej.. so org yg baca boleh tengok sape dia. Terbongkar jugak nama dia.

Korang, please la.. jangan la hidup nak senang dengan cara yg salah. Kami semua ni bekerja susah payah tau!. Zaza harap, diaorg laki bini insaf dgn perbuatan jahat selama ni. Korang susah.. tak kan family sendiri tak boleh tolong. Memang tak logik dek akal. Zaza sendiri pun akan dahulukan family.



Sebenar ada je lagi manusia yg masih berhutang dgn zaza.. bukan tak mintak? kita pulak dah macam peminjam. Takpe, dekat dunia ni korang boleh la lari dari bayar hutang kan? 


Khamis, 17 Oktober 2019

Selagi Boleh Balik.. Balik Je


السلام عليكم ورحمة الله

Selagi boleh balik jumpa mak ayah, balik je. Walau berjauhan sekalipun? ofkos la korang kena balik jugak. No.. No.. alasan okey !. Tapi kalau sejengkal je lagi senang hari-hari boleh balik jenguk kan.. Syukur alhamdulillah bertuah korang yg masih ada mak dan ayah (zaza pun masih ada mak ayah). Ada peluang je kita balik. Bukan kita anak mak ke.. anak ayah ke.. sb kita rajin balik rumah. Tapi peluang untuk berjumpa mak ayah tidak kekal lama sb 'mati itu pasti'. Bayangkanlah, suatu hari peluang itu terhenti. Kita tidak ada lagi peluang kecuali 'flashback' huhu. Macam zaza sendiri, 11 tahun duduk berjauhan dgn family. Rindu tu tak payah nak cakap.. kalau dekat mahu hari-hari zaza singgah rumah mak hehehe. Makan pun mesti rumah mak.. melampau ke? hahahahaha.

Kita sebagai anak mestilah kena pikul tanggungjawab terhadap family kan. Tak kira la anak lelaki or perempuan. Dan tak semestinya kita hulur duit melalui on9 kita rasa bangga dan dah langsai tanggungjawab kita. Jangan sb kita dah kawin, ada family sendiri.. macam-macam alasan untuk tidak balik ke kg jenguk mak ayah sendiri. Jangan tunggu raya baru nak balik huhu.




nOted : Al-Fatihah, buat mak ayah sahabat yg telah tiada.